7

35 7 30
                                    

Aku menggeliat apabila selesai sahaja memasukkan data tentang mayat yang baru sahaja aku bedah

Dengar macam seram bukan? Tapi entah kenapa aku tertarik dengan kerja ni

Rasa macam seronok bila dapat tolong kerja polis dan aku juga rasa bangga bila aku dapat tahu ahli forensik berjaya menyempurnakan balik mayat arwah abang aku yang dah ditanam oleh simen itu

"Ok, semua dah settle jadi aku nak keluar makan dulu" bisik aku perlahan kepada diri sendiri

This is the time to have lunch

~•~•~•~•~•

Aku hanya menunggu Azwani di hadapan bilik mayat itu, kenapalah dia ni lama sangat nak settlekan kerja dia?

"Mana lah az ni? Aku dah lapar tahap dewa dah ni" rengek aku perlahan walaupun sebenarnya aku boleh je pergi tanpa dia tapi rasa macam tak manis lah pula

Lagipun dekat tempat kerja ni memang aku dengan az seorang sahaja perempuan

Yang lain lelaki, nak kata kawan dengan lelaki yang ada dekat sini tu boleh lah tapi takdelah rapat sangat

Sedang aku leka memandang sekeliling terus mata aku tertacap pada bahagian belakang badan lelaki

"Encik Khalil" bisik aku perlahan

Ketua untuk kumpulan aku, marilah aku terangkan sedikit cara kerja dekat sini

Dekat sini akan ada dua kumpulan boleh disenangkan ialah satu kumpulan A dan satu lagi kumpulan B

Kumpulan A iaitu kumpulan aku akan lebih kepada waktu pagi sampai ke petang dalam pukul 6 macam tu dan kumpulan B pula lebih kepada petang sampai ke malam

Setiap kumpulan akan ada 5 orang dan setiap kumpulan juga akan ada seorang ketua dan ketua kumpulan untuk group A ialah encik Khalil

Untuk kumpulan B pula ialah encik Nizam tapi disebabkan aku tersangatlah jarang jumpa dia jadi aku hanya tahu nama sahaja

Ada yang cakap encik Nizam lagi tegas dari encik Khalil dan nasib baiklah aku tak satu team dengan encik Nizam

Pada awalnya az ialah kumpulan B tapi disebabkan oleh kumpulan B bekerja pada waktu petang dan az adalah seorang wanita jadi dipindahkan masuk ke group A

Lebih selamat katanya

"Encik Khalil" panggil aku apabila sampai sahaja berdekatan dengannya

"Oo helo Misha, kenapa tak lunch lagi" senyum encik Khalil kepada aku

Lupa nak cakap satu benda yang encik Khalil umur dia dah 37 dan sudah mempunyai 3 orang cahaya mata

Jadi janganlah ship kan aku dengan dia sebab semua benda ni kalau aku mati hidup balik pun takkan pernah terjadi

"Saya tunggu az, nampak macam dia lama je lagi"

Encik Khalil mula berjalan dan duduk di kerusi yang sudah ditempatkan di taman hospital itu

Lantas dia menunjuk ke kerusi kosong, menyuruh agar aku duduk di sebelahnya

"Saya faham niat baik encik tapi kalau orang lain nampak saya takut timbul fitnah" tolak aku lembut

Kalau lelaki dan perempuan berduaan di taman walaupun tak melakukan sebarang kegiatan yang keji tetap akan dianggap kotor untuk orang yang melihat keadaan tersebut dengan mata kasar

Jadi, macam tu lah fitnah berleluasa

Encik Khalil hanya tergelak kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut aku

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now