29

15 2 13
                                    

Aku merenung lama fail yang berada di depan aku sekarang ni. Entah apa yang aku tulis pun aku tak tahu sebenarnya ni

Dia macam bila start tadi aku dah faham dah kerja apa yang nak dibuat tapi bila dah nak sampai penghujung ni aku dah mula tergaru-garu kepala

Nampak macam tebal. Betul lah orang putih cakap Don't judge a book by it's cover, nampak tebal tapi banyak goreng dalam ni

Aku mula memandang sekeliling, nak rehatkan mata sekejap dari terus menghadap tulisan aku yang sekejap kecil sekejap besar ni

Maklumlah aku tulis ikut mood, kalau mood tengah baik memang cantik lah tulisan tu tapi kalau tak memang hmmm, kalah cakar ayam

Aku lihat Yusoff tengah sibuk tentang fail juga, sama macam aku ni tapi yang lain nya Yusoff ni nampak khusyuk dan tawaduk dalam buat kerja

Beza dengan aku yang dah terteleng ke kanan dan ke kiri ni, sakit pinggang duduk lama-lama tapi bila cuti je aku jadi rindu pula nak kerja

Aku menoleh pula melihat Azwani. Nampak macam dia tengah sibuk tengok balik fail-fail dia yang dah bertumpuk atas meja tu, maklumlah kalau lama sangat cuti memang macam tu

Nasiblah fail aku tak banyak sangat, fail yang aku pegang ni pun fail yang terakhir sekali. Aku toleh pula ke arah Haslam nampak macam dia sama juga, sibuk dengan fail dia yang bertumpuk tu

Aku melihat ke arah tempat meja Aliff. Hari ni pun dia tak datang kerja juga, mungkin tak sihat lagi kot dari demam lagipun demam ni ambil masa juga untuk sembuh asalkan ada mc takpelah

Dan akhir sekali aku menoleh ke arah meja Iqbal yang berada bersebelah sahaja dengan aku. Takdelah rapat sangat walaupun bersebelahan jangan salah sangka pula

Tapi dia tiada dekat meja dia. Encik Khalil panggil tadi mungkin sebab akhirnya dia akan memulakan kerja sebagai seorang ahli forensik lah ni

Meja Iqbal ni mungkin sebab dia baru lagi jadi tak banyak sangat fail yang ada cuma ada 2-3 sahaja. Tapi aku tertarik pula dengan keychain teddy bear yang digantung di hujung komputernya itu

Mungkin girlfriend dia bagi kot. Comel juga Iqbal ni rupanya

Aku mula bersandar di kerusi disebabkan kerja dah siap aku nak sahaja bangun dan buat air kopi untuk segarkan mata yang dah mula tertutup ni

"Eh encik, encik tak boleh tiba-tiba masuk macam ni" aku menoleh ke arah suara

Secara tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian suit hitam panjang dan membawa beg bimbit mulai masuk ke ruangan

"Encik? Encik kalau ada apa-apa hubungan dengan mayat yang kami dah autopsi boleh jumpa dengan encik Khalil bukan dekat sini ya" Yusoff mula bangun

Aku mula duduk tegak, dah kenapa pula keadaan jadi tegang sangat sampai macam ni sekali? Baru je tadi aku rasa mengantuk terus segar serta merta

Namun lelaki tersebut tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Yusoff. Matanya sibuk memandang semua orang yang berada di ruangan itu

"Siapa yang uruskan mayat Aina Sofea?" Tanya lelaki tersebut, matanya memandang sekeliling ruangan

Aku mula meneguk air liur, baru je semalam aku uruskan tentang mayat Aina ni

Aku mengangkat tangan secara perlahan. Dengan renungan mata lelaki tu yang menakutkan dan suaranya yang deep dan garau buatkan aku jadi takut pula

Namun lelaki tersebut mula tersenyum dan menuju ke arah aku. Lagilah aku tak senang duduk jadinya

Namun aku hanya mengekalkan riak wajah bersahaja. Jangan tunjuk sangat yang aku sebenarnya tengah kecut perut sekarang ni nanti orang tu mungkin akan mengambil kesempatan

Our Story (Completed ❤️)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu