27

15 2 20
                                    

Aku melihat tangan kiri aku yang sudah terbuka balutannya, walaupun urat tangan aku nampak lagi dan jari aku rasa pelik bila digerakkan

Tapi takpelah asalkan balutan aku dah terbuka jadi aku rasa aku kena bersyukur jelah apa adanya

"Miaw"

Aku mula memandang ke arah Fanta yang berada di atas katil aku. Punyalah lama aku tak melayan cucu aku ni

Rasa macam cepat sangat masa berlalu, Fanta dengan brownies dah besar dah. Dah boleh berlari dah

Banyaknya perkara yang aku terlepas, tak tahulah sama ada aku yang terlepas ke atau memang anak kucing ni cepat sangat membesar

Manalah tahu kan

"Mika, Oyen" aku memandang ke arah mereka

Mereka pula seakan tahu sahaja nama dipanggil terus datang ke arah aku dan berbaring di sebelah aku

Ditinggalkan sahaja anak-anak mereka di hujung katil, jahat betul jadi parents

"Buatlah anak lagi" aku memujuk Mika

Lagipun Mika tinggal beranak je, yang jaga nanti aku juga. Kan senang kerja dia tu

Namun mika cepat-cepat turun dari katil. Nampak macam tak dapat je anak kucing baru je aku ni

"Eleh, asal cakap pasal anak kucing je merajuk asal cakap je merajuk" aku memandang ke arah Oyen

"Tok,tok,tok Misha" pak cik aku memanggil dari luar bilik

"Ye masuklah" aku mengemaskan sedikit katil aku lalu duduk di atasnya

"Misha cakap dengan siapa tadi?" Pak cik mula duduk di atas katil aku juga, brownies yang berada berdekat dengan pak cik diangkat lalu diletakkan di atas peha

Aku dah tak keruan, macam mana nak jawab soalan ni? Kalau aku cakap yang aku ni bercakap dengan Mika dan oyen rasanya nampak gila tak?

"Dengan kucing" aku tersengih

Pak cik hanya mengganguk, mungkin dia dah masak sangat kot dengan perangai anak buah dia yang tak berapa nak betul ni

"Mak cik mana?" sejak semalam aku tak nampak mak cik aku. Semalam asyik dalam bilik je pagi tadi pula dengar macam mak cik aku keluar

"Tak tahu" pak cik aku menggeluh

Ok, ini dah problem ni

Selalunya kalau pak cik aku tak tahu ke mana mak cik aku pergi mesti diorang bergaduh ni

"Misha, fighting is the basic things in marriage Misha" pak cik aku dah mula dah broken English ya tu

Aku menggeluh, walaupun kadang-kadang aku geli sebenarnya tengok kemesraan pak cik aku dengan mak cik aku tapi bila diorang gaduh aku rasa macam banyak benda tak kena pula

"Misha start kerja bila?"

"Esok" aku dah mula tersenyum, tak sabar wei nak pergi kerja semula

"Pak cik, pokok bunga matahari yang Misha tanam tu dah mula meninggi kan" aku memegang bahu pak cik

"Confirm lah meninggi, kan pak cik yang take care" pak cik mula meninggi diri di situ

"Boleh tak pak cik sediakan, Misha nak bagi kawan"

"Hari ni juga ke?"

"Yelah, cepatlah" aku mula bangun dari katil

"Alaaa, i'm so lazy lah" pak cik mula berbaring di atas katil aku dengan Fanta dan brownies di atasnya

"Cepatlah pak cik" aku mula keluar dari bilik

~•~•~•~•~•

"Haa, kau kenapa suruh aku datang rumah kau ni baru je semalam jumpa" Zaquan keluar sahaja dari kereta terus membebel mulutnya

Our Story (Completed ❤️)Onde histórias criam vida. Descubra agora