33

18 2 24
                                    

Aliff melabuhkan punggungnya di atas sofa. Topi yang dipakainya dibuka kasar lalu dicampak entah ke mana

~"ini anak awak Aliff!"~

Ayat Fasha itu berkali-kali muncul di benaknya. Takkanlah itu anak dia pula? Diorang cuma lakukan benda tu sekali sahaja

"Tak, tak mungkin" Aliff meraup mukanya kasar

"Minah tu saja je nak provok aku, entah-entah tu anak dia dengan laki dia" Aliff tergelak sendirian

~"sebab kau kan kawan aku"~

Aliff menggeluh perlahan, perasaan bersalahnya kepada Misha semakin menebal di dalam hati

"Kenapalah aku buat semua tu dekat Misha" keluh Aliff lagi

Aliff mula berbaring di atas sofa tersebut. Fikiran nya terlalu bercelaru sekarang ni

Soal Iqbal rasanya hampir selesai. Bersusah payah dia cuba pujuk encik Khalil supaya Iqbal diterima kerja di situ

"Tuk"

Aliff menoleh ke arah pagar rumahnya. Iqbal ke tu? Rasanya dia balik malam nanti

Aliff mula bangun dari sofanya, dia berjalan keluar dari rumahnya dan pergi ke arah pagar

"Iqbal?" Panggil Aliff lagi

Matanya memerhati sekeliling, rasanya memang takde sesiapa di situ

"Angin kot" Aliff berpusing kembali untuk masuk semula ke arah rumahnya

Namun secara tiba-tiba mulutnya ditekup menggunakan sapu tangan

"Hmm, siapa kau?!" Sempat Aliff meronta-ronta. Namun lelaki tersebut menguatkan pegangannya

Namun minyak yang berada di atas sapu tangan tersebut membuatkan aliff berhenti meronta-ronta

Aliff pengsan di tempat

~•~•~•~•~•

"Hello" disimbah muka Aliff menggunakan air untuk mengejutkannya

Pembalut muka Aliff dibuka, supaya Aliff melihat jelas dirinya

Terbatuk-batuk Aliff apabila air yang disimbah terlalu banyak mengenainya.

"Anieq?" Terbeliak biji mata Aliff melihat anieq yang duduk juga di hadapannya itu

"Anieq? Aku tak sangka kau yan-"

"Yang culik kau?" Senyum anieq

"Kenapa kau buat aku macam ni?!" Aliff meronta-ronta kemarahan, nasiblah tangan dan kakinya di ikat di kerusi

"Kenapa pula tak boleh?" Senyum anieq lagi

Aliff masih lagi meronta kemarahan, hendak diterkamnya anieq waktu itu juga

"Kemarahan kau ni buat aku rasa jijik kau tahu tak"

"Kau diamlah! Kau tu orang kaya kau boleh buat apa je yang kau nak. Kau bukannya orang miskin macam aku, orang miskin ni selalu kena tindas je!"

Anieq tergelak besar di situ. Lawak pula apa yang didengarnya itu, Aliff memang pandai cakap merapu

"Tak payah nak playvictim lah Aliff, kalau kau tu yang bodoh"

Ditarik kolar baju Aliff kasar. Sehingga ke depan Aliff jadinya

"Kau tahu tak apa yang paling berkuasa dekat dunia ni?"

"Lepaskan aku" bentak Aliff lagi

"Ilmu" tanpa mempedulikan amarah Aliff. Anieq hanya menyambung ucapannya

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now