20

20 4 0
                                    

"Mak cik dengan pak cik balik dulu ye, esok kitaorang jenguk Misha ya?" Mak cik aku mencium pipi aku selepas habis menyuapi aku dengan nasi goreng ayam

"Bye Misha" pak cik mencium dahi aku pula

Mereka hanya tersenyum ramah kepada anieq apabila ingin keluar dari wad aku

Tup...

Sekarang ini hanya tinggal aku dan anieq sahaja di dalam bilik ini. Baguslah, entah apa pula yang aku kena cakap sekarang ni

"Assalamualaikum Misha" senyum anieq lantas berjalan ke arah aku

"Waalaikummussalam" aku membalas senyumannya

"May I sit?" Anieq melihat kerusi yang berada di sebelah katil aku

"Duduklah" aku mengganguk

Anieq mula duduk di sebelah aku. Aku yang tidak tahu harus berbuat apa itu hanya mampu tersenyum memandangnya

"Kau ingat apa-apa tak pasal kemalangan tu?"

Aku menggeleng perlahan. Aku tak ingat secara keseluruhan tapi aku ingat benda tu macam sekerat sahaja

"Kau tolong kereta aku, eh?"

Anieq mengangguk "aku ada dekat sana waktu kau kemalangan tu"

Aku berkerut "kau... ada dekat sana?"

Anieq mengganguk "kau tak ingat ke ada orang jerit sebelum kau pengsan tu?"

Aku mula berfikir lama, ada orang jerit? Rasanya memang aku ingat ada orang jerit dekat aku sebelum aku pengsan

"Aku rasa ingat.."

"Tu kawan aku kitaorang nak pergi somewhere tapi tengok ada kereta kemalangan depan kitaorang jadi tu yang dia pergi check tapi aku tak sangka pula tu kau" terang anieq dengan sedetail yang boleh

Aku mengganguk

"Thanks tau sebab uruskan kereta aku"

"Takde hal lah, untuk kau takde benda yang aku tak boleh buat"

"Pandai nampak susun ayat" senyum aku

Anieq tersenyum "aku pergi dulu Misha lagipun tak elok kalau aku dekat sini lama-lama"

Aku mengganguk, betul juga tu. Tak elok kalau ada lelaki dan perempuan sahaja dalam bilik ni

~•~•~•~•~•

Aku berpusing ke kiri, tidak selesa jadi aku berpusing ke kanan pula dan masih lagi tidak selesa

Namun aku paksakan diri aku untuk melelapkan mata juga. Aku dahlah memang jenis orang yang susah nak lelap kalau ni bukan katil aku

Tapi sekarang ni aku dekat hospital, jadi aku takde pilihan lain dah

Namun aku memilih untuk tidak tidur sahajalah, lagipun kalau aku paksakan juga memang hasilnya aku tak tidur juga

Jadi sama je, lebih baik aku bangun

"Skreet..."

Terdengar seakan tingkap wad aku terbuka. Laju aku menoleh ke arah tingkap tersebut

Namun tingkap wad aku terlihat seperti biasa. Masih lagi tertutup seperti sedia kala

Ni dah start seram jadinya ni, kenapa pula genre bertukar jadi seram ni?

Aku memandang sekeliling. Dahlah dalam wad ni memang pak cik aku bayar special untuk aku seorang sahaja

Senang cerita bilik VVIP lah, ada aku je dalam bilik wad ni. Kalau time aku remaja dulu ada jugalah pesakit yang lain

"Skreet..." Terasa seakan kerusi ditarik dari belah kanan aku pula

Aku menutup muka menggunakan bantal sambil memandang ke arah kanan aku. Dahlah nak pegang bantal ni susah

Dengan keadaan tergopoh-gapahnya dahlah aku guna tangan kanan je nak pegang bantal ni

"Helo" ucap seseorang tersebut

Secara refleks aku membalingkan bantal ke arah kanan tempat bunyi tersebut berlaku

"Rilekslah dik, abang nak jenguk adik sendiri pun tak boleh ke?" Fateh menangkap bantal tersebut

Aku membuka mata aku secara perlahan-lahan, suara ni memang aku rasa aku selalu dengar dulu...

"Abang" jerit aku, laju aku bergerak ke arahnya dan memeluknya sambil menangis

"Ehh, nak peluk slow-slow lah sikit tangan adik kan patah" tegur Fateh

Aku tergelak lantas melepaskan pelukan "abang masih sama"

Fateh tiada perubahan langsung, masih lagi sama dengan rupa sewaktu dia muncul

Waktu aku form 1 dulu

"Yelah, abang kan mati masa umur 16 jadi mana boleh menua kalau menua tu tak mati namanya" Fateh tergelak lantas duduk di hujung katil aku

"Tapi apa yang abang buat dekat sini?"

"Misha tak sedar lagi ke?" Fateh menggusap ubun-ubun Misha perlahan

"Abang ni imaginasi Misha je"

Hilang senyuman aku, salah satu sebab aku rasa Fateh ni sama je waktu umur 16 dulu sebab tu jelah kali terakhir aku jumpa dia

Aku tak boleh bayangkan muka abang aku menua

"Misha kenapa sebenarnya ni? Sunyi sangat ke sampai berimaginasi yang abang ada balik dengan adik"

Aku menggeluh, air mata mula menitik "Misha rindulah" rintih aku

Fateh hanya tersenyum, lantas menarik lengan aku agar mendekat kepadanya

Tubuhku dipeluk perlahan olehnya

"Abang pun rindu Misha, suatu hari nanti kita jumpa lagi ye sayang" dicium dahi aku

"Abang ada cakap tak yang Misha sekarang semakin ikut muka arwah mak"

Aku tersenyum "semakin lawa kan?"

Fateh termenung seketika "boleh lah"

Aku tergelak. Namun senyuman aku berhenti apabila Fateh mula bangun dari duduknya

"Misha jaga diri baik-baik ye sayang" Fateh menggusap pipi aku

"Bye abang"

~•~•~•~•~•

Aku terbangun dari tidur, telefon yang berada di sebelah katil aku ambil dan melihat masa di dalamnya

"7.01 pagi" keluh aku perlahan

Air mata yang mengalir aku lap menggunakan lengan baju. Kenapalah boleh termimpikan abang aku ni?

Mungkin aku rindu sangat dengan dia. Rindu kasih sayang yang dia pernah bagi dekat aku dulu.

"Astaghfirullahalazim" aku mengucap perlahan, tak elok kalau terlalu rindu nanti arwah tak tenang

Aku mula berbaring semula. Ingin merehatkan minda yang dah penat ini

Nasiblah aku tengah datang bulan jadi aku tak perlulah tergesa-gesa tentang terlepas solat subuh ataupun tidak

Stay tuned tau ❤️💌

Terima kasih sebab baca vote dan komen 💌

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now