9

29 6 58
                                    

"Misha!" Jerit Amani dengan berlari-lari anaknya ke arah aku di depan rumah itu

Musa pula hanya menunggu sambil memeluk tubuh di depan keretanya, hanya menyaksikan gelagat Amani terhadap aku

"Amani" aku memeluknya, walaupun baru je 3 hari yang lepas dia baru sahaja balik dari menginap dekat rumah aku selama 2 hari

Memang rumah aku ni bagaikan hotel bagi dia lagipun mak cik dengan pak cik aku tak kisah dengan kehadiran Amani

"Cantiklah kau baju kurung Pahang ni, ehh" Amani menekup mulutnya

"Maklumlah kau kan memang lawa pakai apa pun confirm lawa ni" puji Amani lalu memukul lengan aku perlahan

"Eceh, cakap orang kau dengan dress hitam kau tu pun bukan main lawa lagi tau" aku menilik dari atas ke bawah

Rambutnya yang hitam bersinar dan ikal mayang itu dilepaskan sehingga menutupi bahagian belakang badannya

Dress yang dipakai pula hitam dan penuh dihiasi dengan diamond walaupun dress tersebut panjang sehingga ke kaki namun dress nya mengikuti badan Amani itu

Menjadikan Amani terlihat sexy walaupun dress tersebut menutupi badan nya

Belum lagi cakap dengan rantai yang dipakai oleh Amani, warna maroon dengan corak love

Bertuah betul Musa

"Sampai bila nak tercegat lagi dekat situ?" Mak cik aku mula mendatangi aku dan Amani yang sedari tadi sibuk membelek satu sama lain

"Yelah nak pergi lah ni" aku dan Amani menyalami tangan mak cik aku itu

"Ingat, pergi majlis macam tu jaga sikit behave kalau boring pun buat-buatlah tak boring" mak cik aku berpesan kepada aku dengan sudip nya sekali keluar

Mana datang pula sudip ni? Mak cik aku bawa dapur ke kat belakang badan dia ni?

"Mak cik cakap macam mak cik dah banyak pengalaman je dekat majlis macam tu" Amani mengerdipkan matanya ke arah mak cik

Mak cik pula sudah tersipu-sipu malu jadinya

"Situlah mak cik jumpa pak cik kamu dulu" mak cik aku secara tiba-tiba menolak bahu aku perlahan

Ternganga aku, tak sangka mak cik aku yang gengster ni pun boleh jadi semalu ini

"Ceritalah mak cik" pinta Amani

"Nantilah mak cik cerita sekarang ni baik kamu berdua pergi sekarang, kesian tunang kamu tu mak cik tengok" mak cik aku menunjuk ke arah Musa yang tersenyum-senyum itu

"Ooo yelah, lupa pula diri ini sudah bertunang" Amani tersenyum ke arah mak cik aku dan bergegas pergi ke arah Musa

"Misha, kat sana jaga diri elok-elok tau hati-hati sikit bila berbual dengan lelaki kat sana tu, bahaya"

Pelik aku memandang mak cik aku ini, kenapa bunyi nya teruk betul lelaki kat sana tu? Namun aku hanya mengganguk

Malas nak tanya banyak-banyak, lagipun kalau asyik bertanya je memang jenuhlah Amani dan Musa menunggu aku

"Bye mak cik, Misha pergi dulu Assalamualaikum" ucap aku sebelum berlari anak menuju ke arah kereta Musa itu

"Waalaikummussalam"

~•~•~•~•~•

Aku rasa macam nak termuntah bila satu kereta dengan Musa dan juga Amani ni

Bukan main sweet lagi sampai naik geli aku mendengarnya, dahlah aku tak bawa earphone

Tengok suasana dekat luar jelah sekarang ni tapi masalahnya suasana dekat luar pun bukan main gelap lagi walaupun lampu jalan sudah disediakan

Lantas aku membelek handbag aku yang kecil itu, beg ni punya tahap kecil sampaikan memang muat handphone sahaja

Our Story (Completed ❤️)Where stories live. Discover now