BAB 4

5.9K 228 0
                                    

KASAR Dian membaling beg sandangnya ke atas katil. Kemudian dia melabuhkan duduk dan menekup muka ke dalam kedua-dua tangan. Haish!! Marahnya dia sekarang. Dan...malunya dia! Macam manalah mamat tu tahu aku nampak dia kat kolam hari tu? Dia ada mata kat belakang kepala ke apa?

"You...have to be responsible."

Sekonyong-konyong suara lelaki itu bergema di hujung telinga. Sekarang mengertilah dia akan maksud kata-kata tersebut. Bertanggungjawab kerana dia telah menghendapnya? Tetapi, sejak bila pula ada istilah seorang wanita perlu bertanggungjawab kalau melihat tubuh seorang lelaki? Lagipun, bukannya dia melihat lelaki itu tanpa seurat benang pun.

"Eleh, jiwa kecik betul. Benda macam tu pun nak berkira bagai. Entah-entah ramai dah perempuan yang pernah tengok body dia. Tak pun...dia tu playboy. Nampak gaya, macam sesuai sangat jadi lelaki gatal." Terherot-herot mulut Dian mengata dan mengumpat.

"Dan yang paling penting sekarang...." Dian memusingkan tubuh ke belakang. Kedua-dua kakinya disilang, elok sahaja dia bersila di atas katil. Mukanya dihadapkan ke arah dinding yang memisahkan biliknya dengan bilik sebelah. "Macam mana pula dia ni boleh duduk kat sebelah bilik aku ni? Huh, mesti dia akan kacau aku lagi."

*****

SINGLET putih dari bagasi dikeluarkannya dan disarungkan ke tubuh. Rambutnya yang basah dikirai dengan tangan. Kemudian dia merebahkan tubuh ke atas katil dengan lengan yang separuh menutupi dahi. Tidak semena-mena wajah cemberut gadis tadi menyapa kotak memori. Semerta bibirnya menyorot senyum. Gadis itu benar-benar melucukan.

Sejujurnya, bukanlah niatnya untuk mengusik begitu. Sementelah pula, dia tidak pernah bersikap sedemikian dengan mana-mana wanita sekali pun. Lebih-lebih lagi seorang asing. Tetapi gadis yang seorang ini agak berlainan. Seakan-akan ada sesuatu yang istimewa padanya, walhal wajahnya bukanlah secantik mana pun. Hanya sedap mata memandang. Dan kerana itu, dia bagaikan tertarik-tarik untuk menjadi sang penyakat.

Dia masih ingat waktu pertama kali melihat gadis tersebut. Dia sedang berehat-rehat di lobi hotel saat sebuah tuk-tuk muncul dan seorang gadis turun. Dengan seluar palazo berwarna jingga, T-shirt biru tua yang agak besar dan tudung berbunga-bunga, gadis tersebut memang kelihatan menyerlah. Dan yang paling menarik perhatiannya adalah raut wajah selamba itu. Entahlah, kelihatan selamba dan berani benar. Kalau tidak, masakan boleh terpacak di bumi asing ini seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

Jiwa nakalnya jadi membuak-buak saat perasan bahawa dirinya diperhatikan waktu di kolam renang semalam. Bukanlah dia mahu mengada-ngada, kerana bagi seorang lelaki, apalah sangat kalau ada mata melihat tubuhnya. Tetapi sengaja dia mahu membuatkan jiwa gadis tersebut tidak keruan. Pasti narak (comel) sekali!

Ternyata perkiraannya memang tepat. Gadis yang tidak dikenali nama itu benar-benar jadi menggelabah dan mencuit hatinya yang selama ini agak kontang.

Kring! Kring! Kring!

Bunyi telefon merenjatkan fikirannya. Setelah melepaskan keluhan, dia mengambil telefon bimbitnya dan menekapkannya ke telinga.

"Khun Klaharn!! (Tuan Klaharn!!)"

Automatik telefon bimbitnya dijauhkan dari telinga. Hampir pecah gegendang telinganya mendengar jeritan si pemanggil.

"Where have you been??"tanya suara itu lagi, masih bernada tinggi.

"A-rai krap? (Apa?)" tanya Karn dengan cukup bosan.

"Mint bagitahu Tuan tak ke rumah. Tuan pergi ke mana?"

Karn mendengus, sedikit keras. Tidak gemar sungguh dia dengan nada mendesak dan menggesa yang hinggap di telinganya, walaupun nada itu sebenarnya terpacul keluar dari mulut Uncle Sukrit, pembantu setia keluarga Thanasukolwit yang sudah berpuluh tahun berkhidmat kepadanya.

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Where stories live. Discover now