BAB 25

4.3K 114 1
                                    

TEPAT pandangan mata Karn pada Dian yang sedang bercakap-cakap dengan Dr. Cassandra. Walaupun wajah gadis itu monyok sahaja, tetapi sekurang-kurangnya Dian masih mahu bekerjasama dan memberikan tindak balas pada setiap kata-kata Dr. Cassandra.

Sesekali Dian akan mengerling padanya, seakan-akan mahu memastikan bahawa dia tetap berada di dalam bilik. Dan dia seperti biasa, akan melambaikan tangan pada gadis tersebut. Sebelum ini, dia berkira-kira mahu berada di sisi Dian dalam menghadapi sesi terapi itu, namun rancangannya cepat-cepat sahaja ditegah oleh Dr. Cassandra. Kata doktor tersebut, lebih elok jika Dian cuba menghadapinya sendiri. One-on-one session, katanya.

Dan ternyata itulah yang membuatkan Dian masam mencuka. Hampir satu jam jugalah dia mengambil masa untuk memujuk gadis itu sebelum Dian akhirnya bersetuju. Sungguh! Tatkala berhadapan dengan Dian, Karn merasakan tahap kesabarannya jadi makin tinggi. Dian buatlah apa sahaja, pasti dia akan mengikut sahaja rentaknya.

"Tuan Klaharn."

Suara yang menegur membuatkan Karn agak tersentak. Bila masa Dr. Cassandra terpacak di hadapannya, dia sendiri tidak sedar. Ah, itulah kesannya terlalu memikirkan Dian! Tengok, sudah termalu sendiri akhirnya.

"Yes, Cassie. Macam mana dengan Dian?" Cepat-cepat Karn menyoal sambil hujung matanya dilirik pada Dian yang kini tegak berdiri di sisi beranda bilik.

"Cik Dian...seperti pesakit ASD lain, masih lagi mencipta satu sempadan antara dia, peristiwa hitam tu dan juga orang-orang di sekelilingnya. She's living in her very own world. Jadi sekarang, tugas kita adalah untuk tarik dia keluar dari dunia tu dan bawa dia kembali ke realiti. Dan yang paling penting, kita kena bersabar dan jangan sesekali buat dia rasa takut."

"Jangan buat dia rasa takut?"

"Yup, sekarang Cik Dian dah mula selesa dengan keadaan sekeliling dia. Dia rasa selamat. Mungkin sebab Tuan ada di sisi dia. Jadi kita kena pastikan dia terus rasa macam tu, rasa selamat. Dengan itu, perlahan-lahan segala simptom ASD ini akan hilang."

Timbul sedikit rasa lega dalam diri Karn. Segala penerangan Dr. Cassandra menyedarkan dia bahawa sekurang-kurang masih ada ruang dan peluang untuk Dian sembuh. Dan dia akan memastikan itu benar-benar terjadi. Dia akan menarik Dian keluar dari dunia ciptaannya.

*****

"TENGOK apa tu?"

"Ya Allah!" Terkejut Dian. Suara Karn yang berbisik lembut di sebelah telinganya hampir-hampir sahaja membuatkan jantungnya terkeluar dari jasad. Itu belum lagi termasuk jantungnya yang kini seakan berhenti berdegup dek kerana tubuh tegap Karn yang elok sahaja memerangkap dirinya dari belakang. Kedua-dua belah tangan Karn memegang birai beranda di sebelah kiri dan kanannya. Kalau sahaja dia berpusing, pasti yang bakal menerpa di hadapan mukanya adalah leher lelaki itu.

"Cantik kan, pemandangan depan ni?"

Dian mendengus dalam diam. Karn ini, selamba sahaja bercakap-cakap. Tidakkah lelaki ini sedar betapa dekatnya mereka sekarang? Betapa hampir putus nyawanya kala ini?

"Awak...boleh tak awak jangan berdiri belakang saya macam ni?" Dengan suara yang bergetar kuat, Dian menyoal.

"Oh!" Karn cepat-cepat menganjakkan diri. Entahlah, dia sendiri tidak sedar bila masanya dia memerangkap Dian begitu. Seingatnya tadi, dia cuma mahu menegur. Aduh, macam mana pula teguran biasa tiba-tiba bertukar menjadi sedemikian rupa? Sudah hampir terpeluk pula!

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Where stories live. Discover now