BAB 18

4.3K 155 3
                                    

"KAMU dah gila ke? Kita tak boleh bawa dia balik dalam keadaan macam tu!"

Liza mendengus. Wajah suaminya ditenung dalam-dalam.

"Habis tu? Kita nak biarkan Dian dengan lelaki tu? Entah apa yang dia akan buat pada adik saya!"

"Ya Allah, Liza! Sudah-sudahlah salahkan Karn. Berapa kali abang nak kena cakap yang dia tu pun mangsa?!" tempelak Azmi.

"Itu saya tak peduli. Apa yang saya tahu, disebabkan dia...Dian yang jadi mangsa." Liza membalas kembali dengan berani. Riak tegang yang jelas terpamer di wajah suaminya tidak diambil peduli.

Azmi meraup wajah. Kusut kepalanya memikirkan tingkah isterinya yang seorang ini.

"Liza, kamu sendiri dengar apa yang doktor cakap tadi, kan? Dian terlalu lemah untuk dibawa balik. Emosi dia tak stabil. Bila-bila masa sahaja dia boleh jadi hilang kawalan."

Liza terdiam. Betul, dia sedar akan hakikat itu kerana itulah yang dikhabarkan oleh doktor saat dia tiba-tiba sahaja bersuara dan mengatakan mahu membawa Dian pulang. Tetapi...tetap juga hatinya berat untuk meninggalkan Dian di bumi asing ini.

"Sudahlah. Jangan ikutkan lagi perasaan geram, perasaan marah pada Karn. Sekarang Liza kena fikir apa yang terbaik untuk Dian. Kalau doktor cakap lebih baik untuk Dian menerima rawatan di sini, then itulah yang akan kita buat." Azmi menyambung lagi seraya membuat keputusan.

"Abang dah lupa something ke?" Liza tiba-tiba menyoal, dengan kening yang terjongket.

Berkerut dahi Azmi. "Apa?"

"Kalau diikutkan kata doktor, Dian sekarang terlalu bergantung pada Karn. In other word, hanya lelaki itu saja yang boleh jaga Dian. Takkanlah...takkanlah kita nak tinggalkan Dian dengan seorang lelaki kat negara asing macam ni?"

Azmi tersentak. Mulutnya kelu tiba-tiba.

*****

"SAYA akan bawa dia balik ke Pak Chong."

Terlopong mulut Liza dan Azmi. Uncle Sukrit di sebelah mereka juga kelihatan tercengang.

"Apa???" Serentak Liza dan suaminya terjerit setelah beberapa saat terkedu.

Karn menarik nafas dalam-dalam sebelum mengulangi kata-katanya. "Saya akan bawa Dian Damia balik ke Pak Chong."

"Eh, kamu dah gila ke? Kamu ingat kami akan biarkan kamu buat sesuka hati macam tu?" marah Liza. Geram sungguh dia dengan lelaki di hadapannya yang enak-enak sahaja mengambil keputusan sendiri mengenai Dian.

"Puan, saya minta maaf sebab terpaksa buat keputusan macam ni. Tapi, ini demi kebaikan Dian. Saya percaya keadaan persekitaran kat sana lebih elok untuk Dian." Penuh teliti Karn menjelaskan tindakannya.

"Elok kamu kata? Dian tu perempuan! Takkanlah saya nak biarkan dia tinggal dengan lelaki yang tak dikenali, yang tak ada hubungan dengan dia?!" Kali ini Azmi pula yang membentak. Terkejut sungguh dia dengan kata-kata Karn. Baginya, dia masih boleh terima kalau terpaksa membiarkan Dian menjalani tempoh pemulihan di hospital. Tetapi, kalau hingga ke tahap membiarkan Dian tinggal bersama Karn, itu sudah melampau!

"Saya tak ada apa-apa niat buruk, Encik. Bukan hanya ada dia dan saya di rumah itu. Lagipun kat sana nanti, akan ada ramai orang yang boleh jaga dia. Saya juga dah pun upah doktor yang terbaik untukpantau keadaan Dian. Kalau Encik takut Dian akan tinggal dengan non-muslim, saya nak Encik tahu...semua orang di rumah saya sebenarnya beragama Islam. Jadi, segala apa yang ada di rumah tu tidak bertentangan dengan agama kamu." Panjang lebar Karn memberikan penjelasan lanjut. Fikirannya menerawang pada pembantu-pembantu rumahnya yang tinggal serumah dengannya. Mereka semua menganuti agama Islam.

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Where stories live. Discover now