BAB 20

4.1K 148 0
                                    

"DIAN..."

Panggilan Karn hanya dibalas oleh jelingan tajam daripada Dian. Dia tidak mengendahkan langsung lelaki yang kini duduk bersebelahan dengannya.

Karn mengeluh kecil. Wajah Dian yang mencuka ditatap lama. Gadis itu tidak tampak marah tetapi lebih ke arah riak merajuk dan sedih. Karn perasaan akan mata Dian yang berkaca-kaca.

"Dian, saya..."

"Kenapa awak tak datang semalam? Awak cakap...awak takkan tinggalkan saya. Awak akan selalu ada untuk saya. Tapi, semalam..."

"Saya selalu ada untuk awak, Dian. Mungkin fizikal saya bukan depan mata awak, tapi percayalah...saya sentiasa ada di sisi awak," pintas Karn tanpa berfikir panjang.

Dian memusingkan tubuh, menghadap Karn. Dahinya berkerut seribu. Langsung dia tidak mengerti apa yang cuba diperkatakan oleh Karn. Tiada di hadapan mata tapi sentiasa ada? Apa maksudnya?

Tersenyum kecil Karn melihat reaksi Dian yang terkulat-kulat tidak mengerti. Dalam keadaan tidak bermaya begitu, Dian tetap nampak comel pada pandangan matanya.

"Kenapa awak senyum?" Tanpa sedar Dian menyoal.

Makin lebar pula senyuman Karn. Naif sungguh gadis ini. Entah kenapa, kelibat Dian yang dahulu seperti muncul di hadapannya. Ya, Dian yang comel, naïf dan selalu berterus-terang. Ah, dia rindukan Dian yang itu! Sesaat kemudian, Karn mula tersedar. Isy, apa yang dia fikirkan ini? Rindu?

"Betul nak tahu kenapa?" tanya Karn kembali.

Dian menganggukkan kepalanya beberapa kali. "Nak...nak..."

"Hmmm..." Karn menyandarkan tubuh ke sofa dan menyilangkan tangan ke dada. "Nak saya bagitahu ke?"

"Kenapa tak boleh bagitahu?!" Laju Dian membalas bersama nada suara yang tidak berpuas hati.

Karn menoleh ke arah Dian yang duduk di sebelahnya dan kemudiannya menetapkan renungan pada Dian. Lama dan dalam.

Terkebil-kebil Dian membalas pandangan mata Karn yang kelihatan aneh. Lelaki itu seakan-akan sedang membaca dirinya. Dian menelan air liur. Sedikit takut pula dia melihat tingkah Karn.

"Kalau nak saya bagitahu, saya nak balasan daripada awak. Boleh awak bagi?" Tiba-tiba Karn menyoal. Nada suaranya perlahan dan seperti berbisik.

Meremang bulu roma Dian mendengarkan nada suara Karn yang gemersik. Perlahan dia mengetap bibir dan menggaru kepala. "A..apa awak nak?"

Karn menundukkan kepalanya dan berbisik lembut di hujung telinga Dian. "Saya nak...senyuman awak."

Tergamam Dian mendengar bisikan Karn. Matanya diangkat, menatap wajah Karn yang sudah kembali menyandarkan tubuh ke sofa. Lelaki itu tetap seperti tadi, merenungnya dengan suatu pandangan yang sukar dimengertikan.

"Boleh awak bagi itu pada saya, Dian?" Sekali lagi Karn menyoal.

Dian bungkam, buntu untuk memberikan jawapan. Tanpa dapat dihalang, sedikit demi sedikit peristiwa hitam itu menjelma dalam fikirannya. Dia yang diikat tanpa belas kasihan, tubuhnya yang hampir-hampir sahaja menjadi santapan jantan-jantan keparat, jari-jemarinya yang nyaris dikerat-kerat umpama sayur, nyawanya yang cuma sedetik sahaja lagi akan direnggut kejam dan akhir sekali...mayat Manop yang menindih tubuhnya bersama darah merah yang pekat dan hanyir.

"Arghhhh!!!" teriak Dian tiba-tiba. Kedua-dua tangannya memegang kepala dengan erat. Dia tidak mahu mengingati itu semua. Tidak!!!

Karn tercengang. Terperanjat sungguh dia dengan reaksi Dian. Automatik dia merapati Dian. Baru sahaja tangannya mendarat di bahu gadis itu, Dian pantas menepis tangannya. Kasar sekali.

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Where stories live. Discover now