BAB 11

4.1K 165 0
                                    

"KARN...KARN..."

Perlahan-lahan Dian mengengsot ke arah tubuh kaku Karn. Kali ini tangannya sudah tidak berikat namun tubuhnya terasa lemah sekali. Kedua-dua kakinya terasa lembik dan dia tidak mampu langsung untuk berdiri. Tadi sewaktu lelaki-lelaki bertopeng itu mengheret mereka kembali ke bilik kurungan asal mereka, Dian hanya mampu membiarkan sahaja. Sedikit pun dia tiada kudrat untuk melawan. Meronta seperti sebelum ini juga tidak larat. Lebih-lebih lagi apa yang terpamer di hadapan matanya waktu itu adalah tubuh Karn yang terkulai layu.

Bagaimana mungkin dia cuba melawan kalau akhirnya dia dan Karn yang akan menerima akibatnya?

"Karn..." seru Dian lagi. Kini dia sudah pun terduduk di sebelah Karn. Dengan tangan yang terketar-ketar, Dian menggoncang tubuh kaku lelaki itu. Namun reaksi yang diterima adalah kosong semata-mata. Hati Dian mula diserang rasa tidak enak. Cepat-cepat dia menghalakan jari telunjuknya ke bawah hidung Karn.

"Please...please be fine..."

Tersentap Dian saat merasakan tiada desah nafas Karn yang menyapa jarinya. Pantas dia mengalihkan telapak tangannya ke dada Karn, merasa degupan jantung lelaki itu. Juga...tiada!

"Tak...tak...dia belum mati.." Sambil menggelengkan kepalanya, Dian berbicara sendiri. "Tak...Karn...Karn takkan mati..."

Dian memandang sekeliling sambil mencengkam rambutnya yang sedari tadi kusut masai. Cuba mencari dan menelah apa yang patut dibuat sekarang. Namun segalanya sia-sia sahaja. Otaknya kini terasa bengap, tidak mampu untuk memikirkan apa-apa.

Setelah beberapa saat kebingungan, Dian kembali pada Karn dan menggenggam kedua-dua belah tangan lelaki itu. "Tolong...tolong bangun, Karn. Jangan buat saya macam ni...."

Melihat keadaan Karn yang tetap sahaja pegun di atas lantai, Dian jadi semakin panik. Genggamannya beralih pada bahu Karn sebelum menggoncangnya dengan kuat.

"Awak tak boleh mati. Awak tak boleh tinggalkan saya. Awak dengar tak, Karn?!" jerit Dian bersama air mata yang sedikit demi sedikit menitik.

Tergerak-gerak tubuh Karn dengan setiap goncangan Dian. Akan tetapi, sepasang matanya setia terkatup rapat.

"Awak cakap awak nak protect saya, awak nak jaga saya...awak takkan biarkan dia orang sentuh saya. Tapi..."

Tanpa sedar Dian mula menumbuk-numbuk dada bidang Karn."Macam mana awak nak jaga saya kalau awak macam ni?! Macam mana awak nak protect saya kalau awak dah mati?! Hah, Karn? Macam mana???"

Setelah beberapa ketika memekik kuat, berselang seli dengan tumbukan pada dada Karn. Dian akhirnya menghentikan tingkahnya. Kedua-dua belah tangannya yang terasa lembik dijatuhkan perlahan. Dan kini yang termampu Dian lakukan cuma melabuhkan kepalanya ke sisi Karn. Teresak-esak Dian di situ, melepaskan rasa takut dan sedih yang berselirat dalam diri.

"Please...bangun, Karn. Bangun...I'm begging you...awak tak boleh tinggalkan saya dengan dia orang semua. Saya takut..."

"Di..Dian...."

Spontan Dian membeliakkan mata. Dia tidak salah mendengar, bukan? Cepat-Cepat Dian mengangkat kepala. Matanya tertancap pada Karn yang sedang menatapnya di sebalik darah pekat yang menutupi sebahagian wajah lelaki itu.

"Karn! Awak...awak tak apa-apa, kan? Awak hidup lagi, kan? Ni bukan hantu awak, kan?" Bertalu-talu soalan yang terpacul dari mulut Dian di sebalik esak tangisannya. Kedua-dua telapak tangannya kini sudah pun mendarat pada pipi Karn, memegang erat.

"Ini...saya..."

Di luar kesedaran, Dian terus sahaja memeluk Karn. Kemas sekali. "Karn selamat, Karn tak apa-apa...."

Karn yang terkaku dalam rangkulan Dian mula mengerutkan dahi. Terasa sakit tubuhnya dipeluk erat begitu. Namun yang lagi menyesakkan hatinya kala ini adalah keadaan Dian yang menangis teresak-esak. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu.

"Dian...awak...awak okey ke? Dia orang...dia orang tak ada buat...apa-apa...pada awak, kan?" Tersekat-sekat dan lemah sekali bisikan suara Karn.

Dian memejamkan mata dengan rasa tersentuh yang teramat. Dalam keadaan yang sudah umpama nyawa-nyawa ikan itu, Karn masih lagi memikirkan soal dirinya.

Hati Karn mula dijengah rasa perit dan risau. Apakah...apakah Manop dan konco-konconya memungkiri janji? Adakah mereka telah melampiaskan nafsu serakah mereka pada Dian sewaktu dia tidak sedarkan diri?

"Dian...dia orang...dia orang sentuh awak ke?"

Cepat-cepat Dian menggeleng seraya meleraikan pelukan. "Tak..tak...dia orang tak buat apa-apa. Tapi awak...kenapa...kenapa awak..."

Karn tersenyum lemah. Sedaya upaya dia cuba bertahan daripada kesakitan yang seakan-akan mencucuk segenap tubuhnya.

"Kan saya...saya dah janji? Saya akan lindungi awak..."

Lagi berjuraian air mata di pipi Dian. Sanggupnya Karn menjadikan diri sendiri sebagai galang ganti demi melindungi dirinya!

"Tapi...tapi tengoklah keadaan awak sekarang. Darah ni....luka ni..." Dian mengangkat dan membelek kedua-dua tangannya yang kini dilumuri dengan darah pekat Karn.

"It's nothing much, Dian..." cantas Karn.

Dian terlopong sebelum membalas penuh emosi. "Nothing much apanya, Karn?! Saya betul-betul ingat awak...awak dah..."

"Tapi saya okey aje, kan?" Karn membalas. Sedaya-upaya dia cuba bertahan kerana dia sedar itu adalah satu-satunya perkara yang dia boleh buat saat ini. Ya, bertahan bukan lagi demi dirinya sendiri tetapi demi gadis yang sedang ketakutan di hadapannya ini. Dia perlu menguatkan dirinya kerana dia sedar jika tiada dia, siapa lagi yang boleh melindungi Dian?

Dian membungkam sejenak. Dia tahu Karn berbohong. Apa yang okeynya dengan keadaan yang sedemikian? Bernafas pun sudah seperti suatu kesukaran dan kepayahan buat lelaki itu. Tetapi dia juga tahu bahawa mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka tidak mampu! Apa yang boleh dia lakukan kini hanyalah berserah pada Allah yang Maha Esa, Maha Pelindung.

"Awak...awak rehatlah. Saya...saya akan jaga awak," ucap Dian perlahan. Tangannya mula menanggalkan jaket yang sedari tadi membaluti tubuhnya. Sebelum bertindak menyelimutkan Karn, sempat dia mengeluarkan sapu tangan daripada kocek jaketnya. Penuh hati-hati dan kelembutan Dian mengelap darah pada wajah sahabatnya itu.

Terkulat-kulat Karn memerhatikan segala perilaku Dian terhadap dirinya. Wajah Dian yang jelas comot, pucat dan tidak bermaya bersama rambut yang kusut masai cuba ditatap dalam-dalam sebelum dia akhirnya semakin hanyut dalam rasa sakit dan lemah.

"Ya Allah, Engkau lindungilah dia...." Telinga Karn seakan dapat mendengar bisikan halus Dian sebelum matanya akhirnya tertutup sendiri. Dan akhirnya sedikit sedikit kesakitan yang menyelubungi tubuhnya mula menjauh.

*****

DALAM-DALAM Dian merenung wajah lena Karn. Kemudian dia menjatuhkan pandangan pada jaket yang membaluti tubuh lelaki itu. Segera dia mengetap bibir dan mengalihkan pandangan pada tubuhnya yang hanya dibaluti t-shirt berlengan tiga suku. Seketika kemudian dia mengangkat tangan dan menyentuh kepalanya yang kini sudah tidak bertutup.

Ya Allah! Terasa dirinya sungguh berdosa kerana membiarkan auratnya terdedah. Tetapi, apakan daya...dia tidak mampu untuk mempertahankan diri. Tadi sewaktu lelaki-lelaki itu bertindak menarik tudungnya, dia hanya mampu menjerit. Dan waktu dia bertindak menanggalkan jaketnya pula, dia merasakan itu yang sepatutnya kerana tubuh Karn jelas mula menggigigil. Lelaki itu kedinginan!

"Ya Allah, Ya Tuhanku...ampunkan aku. Aku...aku tidak kuat untuk mempertahankan auratku," doa Dian perlahan. "Dan aku memohon pada-Mu, lindungilah aku dan dia. Hanya pada Engkau tempatku mengadu, hanya pada-Mu aku merayu...."

Tidak semena-mena segala perlakuan jelik tigalelaki tadi bermain-main di matanya. Tubuh Dian mula menggigil. Betapa takutnyadia tadi hanya Allah yang tahu. Sungguh dia tidak menduga perkara sebegitu akanberlaku pada dirinya. Tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnyabahawa dia akan berhadapan keadaan segenting itu. Walau dalam novelnya sekalipun, tidak pernah ada jalan cerita sebegitu!

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Where stories live. Discover now