BAB 17

4.1K 170 5
                                    

TERPANA Karn melihat Dian yang sedang memeluk lutut di atas sofa di hujung bilik. Sesekali mulut gadis itu terkumat-kamit. Entah apa yang dikatakannya, Karn juga tidak pasti. Kadang-kala mata Dian akan melilau, seakan-akan cuba mencari sesuatu. Aneh sekali tingkahnya!

"Itulah yang dia buat sejak dia sedar tadi," bisik seorang jururawat di telinga Karn.

"Dian!" panggil Liza seraya menolak tubuh Karn ke tepi. Bergegas dia ke arah adik angkatnya dan merangkulnya erat. "Dian dah okey, kan? Dian dah okey, kan?"

"Siapa awak?"

Soalan Dian membuatkan Liza tersentak. Karn yang mendengar turut membeliakkan mata. Takkanlah....

"Dian jangan bergurau dengan akak. Ini Kak Liza...kakak angkat Dian." Kelam-kabut Liza menjawab beserta senyuman yang kelihatan canggung. Pipi Dian yang mulus diusap-usap.

"Kakak? Saya ada kakak ke?" Dengan riak wajah kebingungan, Dian menyoal kembali. Kemudian dia menggelengkan kepala. "Tak...saya mana ada kakak. Saya cuma ada....." Dian mematikan kata-kata sebelum meliarkan pandangan ke sekeliling. "Awak! Ya, saya cuma ada awak!"

Karn mengedipkan mata berkali-kali. Dian yang tiba-tiba sahaja bangun dan mendekatinya diamati tanpa kata.

"Saya ada awak, kan?" soal Dian sambil melangut kepala. Kemudian tidak semena-mena dia mengerutkan dahi. "Tapi...tapi, siapa awak?"

Sekali lagi Karn tercengang. Oh, God! Tolong jangan bagitahu dia yang Dian kini hilang ingatan. Mustahil!

"Siapa...siapa?" tanya Dian berkali-kali. Tangannya mula mencengkam rambut dengan kuat. Dan tiba-tiba pelbagai ingatan yang menerpa masuk dalam fikirannya. Pantas Dian memejamkan mata rapat-rapat. Ternyata itu adalah perkiraan yang salah besar kerana kini apa yang menerpa di matanya membuatkan dia berasa sesak nafas. Van yang dihujani dengan berdas-das tembakan, beberapa orang lelaki yang bertopeng, seorang lelaki yang dibelasah teruk, seorang lelaki yang mengangkat besi tajam, seorang lelaki yang berlumuran darah....

"Arghhhh!!!" Dian memekik kuat. Tubuhnya mula terhuyung-hayang di tengah bilik. Habis segala-galanya dilanggar dan dirempuh. Jururawat yang sedari tadi berdiri di sisi Karn segera menekan butang kecemasan. Sesaat kemudian beberapa orang jururawat lain menyerbu masuk dan pantas memegang Dian.

"Apa ni? Kenapa pegang aku, hah? Lepaslah!!!"Dian mula menggelepar, mahu melepaskan diri daripada cengkaman. "Lepaslah!!! Aku cakap lepas...lepaslah!!!"

Terkaku tubuh Karn. Hanya matanya yang membulat melihat segala adegan di hadapan matanya. Rontaan Dian kelihatan kuat sekali, seolah-olah bukannya datang daripada tubuh yang hampir lunyai dikerjakan oleh seorang lelaki. Sungguh dia terkejut. Apa sudah jadi pada Dian?!

Liza dan Azmi yang melihat turut tekemap. Hampir gugur jantung mereka menyaksikan segala apa yang terbentang kala ini.

"Everyone...except nurses, please leave..." Tiba-tiba muncul seorang doctor dari sebalik pintu. Di tangannya terdapat sebatang picagari.

Karn tercengang. "Is that...sedative?"

Doktor muda tadi mengangguk dan mendekati Dian yang masih tidak henti-henti meronta.

"Tak!!! Jangan...jangan!!!" pekik Dian dengan kuat. Kaki ditendang-tendang cuba menendang lelaki asing yang semakin merapati dirinya. Kedua-dua tangannya yang dipegang cuba disentap.

Liza segera menyembamkan wajahnya di dada suaminya. Tidak sanggup melihat segala adegan di hadapan matanya. Air matanya bercucuran turun membasahi pipi.

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Where stories live. Discover now