BAB 5

5.2K 199 0
                                    

"KLAHARN."

"Apa yang Klaharn?" Tanpa memandang lelaki di sisinya, Dian menyoal. Kini mereka dalam perjalanan ke Kimyong Market. Syarat lelaki tersebut atas 'tanggungjawab' yang perlu dia lunaskan adalah menemaninya sewaktu mereka sama-sama di Hat Yai. Dan demi tidak memanjangkan cerita, Dian mengikut sahaja. Malaslah dia mahu terus-terusan membangkang. Entah apa pula yang bakal dilakukan lelaki aneh ini nanti.

"My name. Klaharn Thanasukolwit."

"Kenapalah nama Thai ni buat lidah orang berbelit-belit? Tak ada nama lain yang lebih pendek ke?" Walau sebal hatinya, rajin pula Dian melayan lelaki ini. Entahlah, naik pelik pula dia dengan diri sendiri. Mungkin kerana lelaki ini tidaklah terlampau teruk, dan tidak juga seperti orang jahat. Kalau tidak, masakan dia dihantar pulang dengan selamat ke The Weenee semalam.

"Then, awak boleh panggil saya Karn. That's my nickname. A shorter version of Klaharn."

"Okey...Karn." Masih lagi dengan lagak tidak terlalu peduli akan lelaki yang digelar Karn ini, Dian memanjangkan langkah ke arah deretan kedai yang bakal menyambut kedatangannya.

"Awak pula?" soal Karn menyaingi langkah Dian yang semakin laju.

"Apa?"

"Nama."

"Dian. Dian Damia. Awak boleh panggil saya...Dian. Simple and precise."

Karn tergelak kecil. Ayat terakhir Dian seakan-akan sengaja ditujukan untuk menyindirnya.

"So, Dian...apa sebenarnya awak buat kat sini, seorang-seorang?"

"Apa pula seorangnya? Awak tak nampak ke? Awak tengah menempel dengan saya sekarang ni?" ucap Dian, kedengaran agak kasar. Akan tetapi dia hanyalah bergurau dan dia yakin Karn sedar akan hakikat itu.

"Isy, main-main pula. Maksud saya, seorang kat Thailand ni. Awak ni...memang backpacker ke? Selalu buat solo travel?" balas Karn. Langsung tidak terasa dengan nada suara Dian tadi yang sedikit keras.

"I write."

Karn mengerutkan dahi. Mukanya dikalih sedikit pada wajah selamba Dian. "Maksud awak?"

"Macam awak dengar, I write."

"So..." Karn memikirkan sesuatu. "You're a writer? Kiranya awak datang sini untuk buat research, dapatkan maklumat, or perhaps dapatkan idea?"

Dian menganggukkan kepala.

"Eh, yang awak macam excited sangat ni, kenapa?"

"Well...lagilah kita boleh sama-sama explore tempat ni. Saya temankan awak, dan awak temankan saya."

"Huh?"

"Deal, right?"

Belum pun sempat Dian menjawab, lengannya terlebih dahulu disambar. Lidahnya jadi kelu sendiri.

*****

"AWAK ni sebenarnya pernah datang sini ke tak?"

Karn menyengih dan menggaru kepala yang tidak gatal.

Dian mengecilkan mata. "Tak pernah, kan?"

"Mana ada! Pernah..."

"Tapi?" sambung Dian.

"Tiap kali saya datang ke sini, saya tak pernah ke pasar ni."

Terlepas nafas panjang dari mulut Dian. Padanlah lelaki yang seorang ini nampak sangat jakunnya. Sudah mengalahkan dia yang datang jauh beribu-ribu batu. Tadi, berkali-kali juga mereka sesat di dalam Kimyong Market yang tidak ubah seperti kawasan dalam pagar sesat. Baru kini mereka berjaya keluar ke jalan utama.

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Where stories live. Discover now