BAB 8

4.6K 170 3
                                    

TIDAK!

Bukan wang yang dia idamkan. Ah, pembetulan! Bukan sekadar wang yang dia mahu daripada lelaki itu. Dia mahukan lebih daripada itu. Dia mahukan nyawa. Ya, nyawa Karn Klaharn Thanasukolwit yang bernilai lebih berbilion Baht.

Andai nyawa itu berada dalam genggaman tangannya, pasti dia akan berasa puas. Kepuasan itulah yang dia mahu, yang dia dambakan lebih daripada segala-galanya dalam dunia ini. Jika Karn Klaharn lenyap, dialah yang akan menjadi manusia paling kaya di kawasan Pak Chong.

Bukan setakat Siripon Resort yang akan menjadi miliknya, malah Siripon Farm, ladang ternakan lembu yang berekar-ekar luasnya itu pasti akan diperolehnya. Dan itu belum lagi termasuk dengan ladang anggur Le Grand yang menjadi pengeluar utama wain bermutu tinggi dari Asia Tenggara. Hanya dengan terhapusnya lelaki itu dari muka bumi ini, segala-galanya akan dia miliki! Dia puas, benar-benar puas!

Kring...kring!!!

Bunyi telefon bimbit segera mematikan lamunan dan angan-angannya. Terlepas dengusan dari bibirnya. Ah, siapa yang berani mengganggunya malam-malam begini!

"Helo..." Dengan lagak sedikit tidak berpuas hati, dia menjawab.

"Tuan Sakda..."

Berdesing telinga Sakda. Berani lelaki itu menelefonnya? Sudah dia arahkan bahawa jangan sesekali menelefonnya. Takkanlah arahan ringkas begitu pun susah untuk difahami? Kenapa bodoh sangat?

"Kenapa kau telefon? Kan aku dah pesan..."

"Kita ada masalah, bos."

Suara si pemanggil yang menyampuk pantas sahaja melenyapkan niat Sakda untuk memaki hamun. Fokusnya beralih pada kata-kata orang suruhannya tadi. "Apa kau cakap?"

"Ada...ada..."

"Ada apa???" tengking Sakda. Firasatnya mula mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Dan itu...adalah apa yang dia tidak boleh terima. Dia takkan terima sebarang kesilapan!

"Ada perempuan...." balas Manop di hujung talian. Nada suaranya takut-takut.

Sakda mengerutkan dahi.

"Apa maksud kau...ada perempuan?"

Jelas di telinga Sakda bunyi keluhan Manop sebelum lelaki itu akhirnya memulakan cerita. Menurut Manop, sewaktu mereka menyerang hendap van yang disewa Karn Klaharn, terdapat seorang wanita bersamanya.

Bertambah rasa kehairanan dalam diri Sakda. Wanita? Siapa wanita itu? Setahunya Karn Klaharn tidak mempunyai teman wanita, jauh sekali seorang isteri!

"Jadi, apa kau buat dengan perempuan tu?" tanya Sakda setelah Manop mengakhiri ceritanya.

"Aku...aku...kami..."

"Kami apa?!"

"Kami bawa dia balik."

Tersirap darah panas ke wajah Sakda. Kemarahan dalam dirinya makin menggelegak.

"Kau orang ni kan, kenapa bengap sangat? Kenapa suka sangat buat apa yang aku tak suruh, hah?"

"Err...habis tu...habis tu...nak buat apa dengan dia?"

Sakda merengus. "Hapuskan dia. Seperti mana kau orang hapuskan driver tu. Itu pun aku nak kena ajar ke??"

"Tapi, Tuan Sakda..."

Sakda menggenggam tangan kirinya. Hatinya benar-benar panas. Orang suruhannya ini, sudahlah tolol...masih lagi ada hati mahu mempertikaikan arahannya?

"Apa kau cuba buat ni, Manop? Kau jangan cuba nak lawan cakap aku." Tanpa nada Sakda memberikan amaran.

"Bu...bukan macam tu, Tuan. Cuma...cuma, kalau bunuh dia sekarang...mungkin polis akan syak sesuatu."

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum