BAB 21 + BAB 22

4.4K 144 5
                                    

"KARN! HEI!"

Automatik Karn mengangkat muka ke arah muka pintu. "Kris!"

Cepat-cepat Krissada menapak masuk ke dalam rumah dan mengambil tempat duduk di sebelah sepupunya itu. Sempat bahu Karn ditepuk sekali.

"So, kau macam mana? Sorrylah, aku tak dapat jumpa kau kat hospital hari tu." Krissada memulakan bicara.

Karn tersenyum kelat dan menggelengkan kepala. "No big deal. Uncle Sukrit dah inform aku yang kau ada jumpa dia waktu aku...aku kena culik tu. Tapi dia minta kau jaga Siripon. Thanks, man."

"Isy, cara kau cakap ni...macamlah aku orang lain. Siripon tu pun dah jadi macam tempat aku sendiri. Kawasan aku sendiri. Kalau aku tak jaga, siapa lagi?" balas Krissada. Matanya tidak lepas daripada melihat keadaan Karn yang jelas kusut dan berserabut. "Anyway, kau dah tak apa-apa ke? Okey tak ni?"

Terbit keluhan berat dari mulut Karn. Tangan kanannya menyentuh tangan kiri yang masih beranduh.

"Macam nilah. Still in the process of healing, I guess." Lemah jawapan Karn.

Sedikit terdiam Karissada mendengarkan balasan Karn. Kasihan sungguh dia pada sepupunya itu. Pasti Karn masih dalam keadaan terkejut.

"So...kes kau macam mana?" tanya Krissada.

Karn merengus. "Penculik dua orang tu akan didakwa dalam masa dua bulan lagi. So lepas ni, aku kena turun naik mahkamahlah. Cuma..."

"Cuma apa?" sampuk Krissada penuh minat.

Tangan kanan Karn dikepal kuat sebelum dia menjawab. "Sakda."

Tertoleh kepala Krissada. Wajah Karn ditenung lama. "Itu kan...orang yang..."

"Yup," sambung Karn tanpa sempat Krissada menyudahkan kata. Sesaat kemudian dia tersenyum sinis dengan lagak kegeraman. "Tapi sayangnya, itu hanyalah apa yang kita cakap. Pihak polis langsung tak boleh jejaki dia, tak boleh nak kaitkan dia dengan semua ni. Dia tu hantu ke apa???"

Krissada membatu tanpa kata. Dia memahami perasaan Karn. Yalah, mereka semua sudah terlampau pasti bahawa Sakdalah yang menjadi dalang di sebalik penculikan itu. Tetapi jika tiada bukti...tiada langsung klu akan penglibatan lelaki itu, apa yang mereka boleh lakukan? Tiada apa-apa!

"Memang...memang dua orang tu tak reveal apa-apa ke?" tanya Krissada setelah agak lama mendiamkan diri.

Karn mencebik.

"Dua orang tu? Huh, memang tak guna! Dia orang langsung tak pernah contact Sakda, tak tahu apa-apa pun pasal manusia keparat tu." Keras dan kasar sekali kata-kata Karn, jelas menampakkan hatinya yang kepanasan.

"Habis tu, macam mana dia orang deal dengan Sakda selama ni?"

Soalan Krissada segera mengembalikan ingatan Karn kepada manusia yang telah dia ambil nyawanya. Mengingati lelaki itu, pelbagai rasa mula menyelubungi hati Karn. Ada sedikit rasa bersalah, ada rasa puas, ada rasa takut...segalanya bercampur baur. Ah, dia cuma mempertahankan diri dan yang paling penting, dia cuma mahu menyelamatkan Dian.

"Manop." Akhirnya Karn membalas.

Terbit kerutan di dahi Krissada. "Lelaki yang kau..."

"Yup, yang aku bunuh tu. Dia satu-satunya yang selalu berhubung dengan Sakda. So, tiada dia...tiadalah Sakda." Di sebalik bibirnya yang diketap kegeraman, Karn menjawab.

CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU (Published)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora