Bab 13

1.9K 72 0
                                    

TOLEH kiri, toleh kanan. Last-last, dia duduk sambil memeluk patung Rilakkuma pemberian Rifqi pada hari ke lima mereka couple. Dihidu bau patung itu. Ada bau Rifqi melekat. Itupun sebab Rifqi simpan sehari buat tinggalkan bau untuk Ifti. Ifti tersenyum mengingati hal itu.

"Haaaah... macam mana ni. Makin aku nak jauh Rifqi, makin dekat pula mamat tu. " Ifti menggosok rambut panjangnya.

Handphone Ifti bergetar. Whatsapp text masuk.

Keluar, beranda. -Rifqi.

Ifti bingkas memasang tudung insta nya. Lalu dikemaskan pakaiannya. Nak jumpa kekasih hati kan? Harus la lawa-lawa. Nyehee~

Rifqi tersenyum pandang Ifti dengan baju nya yang simple, tapi tetap menutup aurat. Ni la pilihan gadis yang di ingini Rifqi.. Walaupun dia nakal, tapi taste dia memang Tip-top daaa.

"Assalamualaikum?"

"Wa'alaikumussalam.. "Ifti senyum manis. First time la tu, memberi salam. Selalu tu.. yo! Kadang tu.. yang buat Ifti bengang, Rifqi cakap hey bro. Patut ke tu?!

"Tak dapat tidur ke?" Soal Rifqi.

"Uh-huh. Awak pulak, asal tak masuk tidur lagi?"

"Nah. Aku dah biasa tidur lewat... orang gamer la kan?" Rifqi sengih.

Ifti buat muka blur." Saya tak tahu pun awak gamer."

Rifqi mencebik. " Mana la kau nak tahu. Selama kita couple.. ada kau ambik kisah pasal aku? Tak...kan? Ni tak. Cuma aku je ambik tau pasal kau. "

Ifti mengeluh seketika. Perbualan antara datin Syika tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Aku harap ini yang terbaik kot. Aku pun tak nak Rifqi dapat masalah pelajaran nanti.

"Rifqi..."

"Ha?"

"Saya dah buat keputusan." Ifti pandang rumah depan.

Rifqi teguk air liur. Dia yakin nada Ifti tu bukan petanda baik.

"Saya.." tarik nafas." Saya tak nak goback"

"Why?" Terkilan.

"Sebab saya nak concentrate kat study saya. Saya tak mahu la, terganggu dek percintaan saya dengan awak. Awak pun tahu kan? Cita-cita saya nak jadi apa kan? Saya harap awak faham. Awak cari la perempuan lain. Maafkan saya.."

kemudian itu, Ifti bergerak masuk ke dalam biliknya.

Dia menangis.

Kerana telah melukakan hati nya dan hati seorang lelaki yang dicintainya.
Maafkan saya awak! Ifti menekup wajanya.

Rifqi hanya rasa sedih apabila Ifti berkata sedemikian. Mungkin aku dan dia tak de jodoh kot. Takpe la.. kalau betul-betul dia bukan jodoh kau, kau redha je la Rif.









。。。

HAMPIR dua bulan berlalu, merpati dua sejoli itu tidak lagi bertegur sapa. Malah banyak rakan mereka tertanya-tanya sesama sendiri. Dah clash ke? Nak bertanya, takut kena gol ke padang bola tu.

Ifti merenung keluar jendela sambil tangan kanan menongkat dagu. Bosan betul dia hari ni. Dah la, taman bunga kena tutup buat sementara waktu dek ada binatang buas buat bencana kat situ.

Rifqi pulak, dengan selamba badak dia je, makan lollipop dengan kedua kaki nya naik santai kat atas meja.

Macam Ifti juga, bosan. Dah la takde orang nak kawan dia. Tak sudi.

"Alamak! Cikgu Suraya datang. " jerit Ain lantang.

Semua orang duduk di tempat masing-masing. Cikgu garang tu, sapa tak takut? Nak kena hempas kayu kat tangan agak nya.







- kelas 3-3

"Weh, Iqbal.. tepi la. Aku nak sapu lantai ni.. " Fiona merengus. Iqbal ni tau buang sampah kat atas lantai je. Nak bersihkan kelas tak tahu.Pemalas.

Iqbal mengalihkan kakinya ke sebelah. Dengar minah ni asyik memekak je, bingit telinga. Memang dia ni totally out la jadi salah seorang awek dia. Reject!

"Iq.. dia datang lagi kat luar tu."

"Siapa?"

"Biasa lah.. Hanni kau." Jawap Wafi malas.

Iqbal merengus.

Ni tentu nak bahas kan pasal abang dia lagi. Apa istimewanya abang dia tu? Entah la.

"Hah, you nak apa?" Hanni berdiri di belakang pagar menoleh.

"I ada plan for this campaign nanti. You nak tahu apa plan I?" Hanni senyum sinis.

"Plan? Untuk apa?" Iqbal kerut dahi.

"Ish, you tau tak? I dah plan sesuatu untuk mendekatkan kita bersama orang yang kita suka tu. I dengan Rifqi and you dengan Ifti. Hows that sound darling?" Lengan Iqbal dipegang. Manja.

Iqbal tersenyum sinis. Ini buat kali pertamanya dia setuju dengan plan gila Hanni ni. Well, memang dia akui dia jugak nak dekat dengan orang yang bernama Ifti tu. Sikit lagi nak buat plan nak perangkap Ifti. Tapi, dia akan ikut plan bodoh si Hanni.

Edited: 26/05/18

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now