Bab 17

1.8K 70 1
                                    

Flower girl plus black Prince.
Bab 17

"HI. You Ifti right?"
Ifti terkejut. Dia menoleh melihat gerangan suara itu. Fikir manusia mana tegur dia pepagi buta ni. Dah la sekolah masih sunyi.
"Hi.. and ya. And you are.." Ifti mengecilkan mata sepetnya.
"Yes.. it's me. The one yang Rifqi peluk." Sinis sahaja wajah gadis itu.
Ifti buat muka jengkel. Cebikkan bibir di hias.
"Awak nak cakap dengan saya ke?" Tiada lagi nada mesra. Hanya pandangan sinis diberikan kepada Hanni. Macam pernah aku nampak minah ni. Tapi di mana ek.. Hah! Accident kat depan pintu dewan sekolah!
"Well, yeah. Obviously, I have a words for you." Hanni mendekati Ifti.
"Stay. Away. From. Him" kata Hanni, berbaur amaran.
"Hoo, kalau tak? Apa awak nak buat?"
Hanni senyum sengit. Betul kata Iqbal. Ifti Aulia bukan sebarang gadis yang boleh dipermainkan. Nak cabar Ifti pun susah.
"Then, I should do something. Something yang boleh buat kau akan menyesal." Ucap Hanni , penuh semangat.
"If you dare Safura, aku pun akan buat benda yang sama!" Tetiba Rifqi muncul.
Ifti diam dan mendongak pandang Rifqi yang sudah berdiri di sebelahnya.
"Rifqi, please. Bukan ke auntie Syika dah jodohkan I dengan you Rif.." Hanni merapati Rifqi. Lengan Rifqi dipeluk.
Ifti mendengus kasar. Bab-bab ni la dia tak suka. Gedik!
"Eh lepasla." Tangan Hanni ditolak. Rifqi mula menjauhkan diri.
"Sorry, pasal tu aku tak tahu. Dan aku takkan berniat nak jadikan kau isteri aku. Sebab, gadis sebelah aku ni la akan jadi bakal makmum aku kelak" Rifqi pandang Ifti. Senyuman manis diberikan buat Ifti.
Pipi Ifti mula berona merah. Jantungnya pula mula mengepam laju dek terpukau dengan senyuman kacak milik Rifqi. Oh my!
"Sampai hati you kan..? You tak takut ke ma you akan marah kat you and.. she will.."
"Jom Ifti, kita breakfast. Aku dah lapar la.." Rifqi memutuskan kata Hanni. Dia sengaja mengadu lapar sebab tidak mahu Hanni merosakkan lagi fikiran Ifti.
Ifti cuma senyum kelat. Takkan dibiarkan minah tu macam tu saja? Kesian aku tengok wajah dia dah merah. Tahan geram kot?
Hanni berdecit. Matanya tajam menghantar kelibat dua pasangan itu menghilang di balik dinding. Hatinya panas.
"Sabar Hanni. Kau kena buat plan baru. Apa pun terjadi, yang pastinya aku akan dapat kan kau Naufal Rifqi.." Hanni mula gelak sinis.
Nasib baik tidak ada pelajar yang lalu dekat situ. Kalau tidak, sah-sah dia kena label gila.





"YOU, bukan ke kita dah janji nak satukan Naufal dan Hanni?ingat janji you tiga tahun lepas?" Soal datin Rina sambil mengingati janji yang mereka ikat pada tiga tahun lepas.
Datin Syika mengeluh sebelum memandang datin Rina.
"Masalahnya.. anak I tu yang degil. Dah I kata jangan rapat dengan mana-mana perempuan, tapi dia tetap rapat dengan anak jiran rumah sebelah I tu.." adu Datin Syika dengan penuh emosi.
Sekejap-sekejap matanya memandang suasana restaurant mewah yang dipenuhi oleh orang kenamaan.
Sejak peristiwa Rifqi dilaporkan bergaduh di sekolah, datin Syika mula tidak menyukai Ifti Aulia. Meskipun gadis itu anak jiran sebelah yang baik hati.
"You cuba la slowtalk dengan Naufal ek? Anak I tu.. dah tergila-gila kan Naufal. I tak nak kecewa kan dia nanti.." tegas Datin Rina berkata.
Janji kena janji. Apa pun pilihan Rifqi, anak tunggal nya itu kena kahwin dengan Rifqi. Datin Rina tekad.
Datin Syika senyum sinis. "I will. Don't worry."





。 。 。

"IFTI, tolong hantar buku kawan awak kat bilik saya nanti ye?" Pesan Cikgu Ariel sebelum mengundur diri.
Ifti mengangguk dengan senyuman.
Begitu Ramai pelajar perempuan tergilakan cikgu muda itu. Termasuk diri Ifti sendiri. Sampai masa belajar pun, empat orang pelajar perempuan itu asyik tenung muka cikgu handsome tu saja.
Rifqi mencebik. Handsome lagi aku la. Getus nya di hati.
Tidak semana-mana, bahu Ifti di cucuk Rifqi dengan pembaris. Ifti menoleh. Wajah cemberut Rifqi dipandang.
"Yes?" Ifti senyum.
"Jangan senyum." Marah Rifqi.
"Why?" Soal Ifti lagi tanpa menukar reaksi wajahnya.
Tetap. Senyum.
"Siapa lagi handsome? Rifqi ke Ariel? " soal Rifqi dengan tegas. Kalau Ifti kata Ariel, rasanya hari ni dia kena mogok kat rumah. Dan besok, dia takkan hadir ke sekolah.
"Hmm.." Ifti pegang dagu. Seraya merenung wajah Rifqi. Dari mata sehinggalah dagu jejaka itu.
"Awak lebih handsome dari cikgu Ariel.. "
Lega hati.
Rifqi tenung Ifti. Wajah mereka dekat.
"Betul?" Soal Rifqi, tidak puas hati.
"Betul. Saya tak main-main." Ifti menarik rambut Rifqi seketika. Mengaduh sakit si Rifqi.
"Kau ni.. " jeda Rifqi sambil mengemaskan rambutnya semula. Rifqi menyandarkan badan ke kerusi. Wajah Ifti tetap dipandang.
Ifti gelak kecil. Muka cemberut Rifqi buat dia rasa seronok. Comel apa wajah lelaki itu.
"Umm, Rifqi.." Ifti berhenti gelak. Mata nya kini tepat memandang mata brown milik Rifqi.
"Yes?" Sahut Rifqi.
Tampak air muka gadis itu serious. Apakah Ifti nak putuskan hubungan atau... Rifqi rasa berdebar. Harap-harap Ifti tak akan buat macam hari itu.
Ifti senyum. Dia tahu apa yang tengah difikirkan oleh Rifqi. Mesti mamat tu rasa suspen dulu. Hehe.. Ifti gelak di hati.
"Meh sini dekat."
Rifqi mengerutkan dahinya.
"Cepat la." Desak Ifti.
Rifqi merapatkan dirinya. Dan Ifti membisikkan sesuatu ke telinga Rifqi.







RIFQI bersiul-siul sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam saku seluar. Hatinya riang menyanyi. Masih segar lagi telinga nya mendengar bisikkan Ifti tadi.
"Kita goback. I wanna be your girlfriend once again. " suara halus-mulus itu mendayu-dayu di dalam telinga Rifqi.
Rifqi senyum lebar.
Tetiba ..
Bahu Rifqi dilanggar. Rifqi berhenti seraya mata nya tajam memandang lelaki itu. Cikgu Ariel!
"Eh, maaf kan cikgu. Awak tak apa-apa?" Soal Cikgu Ariel pantas.
Rifqi mendengus kasar. "Tak. "
Tanpa meminta diri, Rifqi meneruskan jalannya melepasi Cikgu Ariel. Cikgu Ariel cuma menjongket bahu dan turut meneruskan jalan nya.
"Kau rasa, si Rifqi tu ada masalah ke dengan Cikgu Ariel?" soal Qayyum.
Mereka dari tadi memerhatikan gelagat Rifqi. Sejak mamat itu keluar dari kelas, mamat itu asyik tersenyum sahaja. Di tanya Ifti gadis itu cuma mengatakan..
"Entah. Terminum Ribenna kot.." Tu dia jawapan tidak logic dari Ifti.
"Hmm, nak bet tak?" Soal Rayyan dengan sengihan.
"I'm on."
"Menang dapat apa?" Soal Qayyum kemudiannya.
" duit ler..." Rayyan sengih lebar sehingga menampakkan braces gigi dia.
"Alright, so.. aku bet Rifqi dan Cikgu Riel tu.. bergaduh. Sebab tak sama fiil."
Rayyan termanggu seketika.
" okay, aku bet.. yang Rifqi tu jealous sebab tengok Ifti tenung Cikgu Riel bagai nak rak." Kata Rayyan kemudiannya.
"Okay, deal?"
"Deal!"
Kedua lelaki itu punch hand.
"Haaa... korang bet Rifqi ek? Nak aku sound kat Ifti tak?"
Mereka berdua terkejut. Ain tetiba muncul dari belakang.
"Satu.. duaa"
"Lari!!!" Jerit Rayyan tetiba. Qayyum yang masih tercegat di situ, buat muka. Tanpa menunggu lagi, dia pun turut lari.
Tinggal la Ain yang terlopong melihat rakannya itu.
"Kurang asam.. terbaik betul aku punya kawan ni!" Ain bercekak pinggang sambil menghantar kelibat rakannya menghilang.




.。 。 。

IFTI merengangkan otot sendi jari nya. Sudah penat bertungkus-lumus melukis dan mewarna lukisan yang bakal akan dihantar ke meja Cikgu Ida nanti. Kerja itu perlu disiapkan. Siap awal, senang hati. Itu kata Ifti Aulia.
Minuman kotak Ovaltine di capai lalu di hirup perlahan. Masih teringat lagi peristiwa Rifqi marah kepadanya gara-gara suka minum caffeine. Dan sejak dari hari itu la, Ifti mula minum Ovaltine. Bagi menyegarkan matanya.
"Teringat aku ke?" Suara Rifqi mengejutkan Ifti.
Ifti mengangkat wajah dan memandang Rifqi yang masih berseragam baju sekolah. Ifti mengerutkan dahi.
"Awak belum balik lagi ke?," soal Ifti.
"Belum. Aku tunggu kau." Jawab Rifqi.
"Selama tiga jam ni, awak dekat mana? Tak bosan ke tunggu saya?" Soal Ifti lagi. Takkan lelaki itu sanggup tunggu dia?
Rifqi senyum. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi milik Medina. Rifqi duduk membangkang dan menopang dagu merenung Ifti.
"Aku lepak kat library. Revised subject yang aku belum berapa nak pro. "
Ifti menutup mulutnya. Terkejut dengan kenyataan itu.
"Serious awak?"
"Uh-huh. "
Ifti tersenyum. Nampaknya Rifqi betul-betul mahu bersama nya. Kalau berjodoh in shaa Allah..
"Wait. Please don't show this face to other man okay? Promise me?" Pipi Ifti dicubit perlahan.
"Kenapa pula?" Ifti.pelik.
"Sebab. Senyuman. Itu. Buat. Naufal Rifqi." Satu-persatu ayat disebut Rifqi dengan senyuman nakalnya.
"Awww... so sweet. Tak sangka awak ni sweet. Muka saja ganas!" Usik Ifti.
Dan Rifqi buat muka kegemarannya. Iaitu muka kayu. Ifti gelak halus.
"Tu pujian plus perli ke?" Rifqi buat muka menyampah.
"No no.. tu satu compliment. Jangan la buat muka macam tu awak.. tak menarik langsung tau?" Ifti sambung gelak.
"Hah.. nakal kan kau ni? Sebab tu aku sayang kau." Rifqi mula mengorak senyuman manis.
Ifti terpaku di tempat duduk nya. Terpaku kerana melihat senyuman kacak Rifqi.
"Hello, Ifti Aulia?" Rifqi menggerakkan tangan kirinya di hadapan Ifti.
Ifti tersentak. "Oh, sorry. Terpaku.. "
"Terpaku sebab?" Rifqi senyum nakal.
Alamak! Mulut ni... ingin saja Ifti menampar mulut nya. Tapi dah terlajak. Tengok, lelaki di hadapannya itu sudah pun senyum sampai ke telinga.


Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now