Bab 23

1.6K 64 1
                                    

                                Bab 23

                          
                                     MATA Ifti melilau memandang kawasan taman permainan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain bersama ibu bapa mereka. keriangan dan gelakkan mereka memeriahkan lagi taman permainan itu. Ifti tersenyum.
        “One day, kita akan jadi macam tu juga.” Rifqi muncul sambil membawa dua ice-cream di tangannya. Dia melabuhkan punggung di sebelah buaian Ifti.
        Ifti mengangkat keningnya.
        “Kita?” ulang Ifti sambli mengerakkan jari telunjuknya merujuk dirinya dan Rifqi.
        Rifqi mengangguk. Tangan menghulur sebatang ice-cream dan disambut baik oleh Ifti.
        “Awak yakin ke, saya ni bakal makmum awak kelak?” soal Ifti.
        “In Sha Allah, babe. “ tuturnya, selamba.
        Ifti senyum.
        Mereka diam sambil menikmati Ice-cream berperisa strawberries itu.
        “Awak.. apa dah terjadi kat rumah awak tadi?,” soal Ifti sebaik sahaja ice-creamnya habis.
        Rifqi menghentikan ayunan buaiannya. Melihat air muka Rifqi yang sudah tegang itu buat Ifti ingin sahaja menampar mulutnya.
        Salah timing kau ni Ifti, getus Ifti.
        “Maafkan saya awak. Saya tak bermaksud nak campur tangan dalam urusan keluarga awak.. saya-”
        “Takpe la.”sampuk Rifqi perlahan.
        “lagipun, aku kebetulan nak luah perasaan terpendam kat kau ni. Kau dengar dan diam. Okay sayang?” Sambung Rifqi sambil pandang Ifti di kirinya.
        “Okay..” Ifti mengangguk sambil menatap wajah Rifqi tanpa berjerawat itu.
        Rifqi menghabiskan ice-creamnya terlebih dahulu sebelum dia mula meluahkan sesi luahan hati. Keramaian orang awam tidak dipedulikan. Apa yang penting, luahan ini kena diluahkan. Hanya tempat orang yang dia sayang sahaja dia ringan mulut mahu meluahkan perasaan.
        Ifti setia menunggu.
        “Sebenarnya.. ma yang ada kat rumah aku tu bukan ma aku yang sebenar.”
        Ifti terkedu. Kok bisa?
        “Dia tu kembar ma aku. Syima nama dia.” Rifqi menarik nafas perlahan.
        “Aku pun baru perasan yang perangai ma aku tu pelik. Sejak aku kena paksa jangan dekat dengan kau lagi aku dah mula syak ma aku tu lain dari perangainya yang sebenar. Pendek cerita sejak tu la aku mula pasang mata-mata tengok-tengokkan dia.”sambungnya dengan diakhiri hembusan nafas lega.
        Ih. Tak cukup informasi ni. Ifti mengangkat keningnya. “Apa motif dia?”
        Rifqi menyentuh dagunya. Berfikir.
        “Tak tahu tapi sekarang ni dia tengah kena siasat oleh polis.”
        “Hm.. misteri.” tutur Ifti.
        Rifqi mengangguk kepala. Setuju.
        “So, auntie Syika kat mana sekarang ni?” soal Ifti.
        Air muka Rifqi tampak suram. “Ma keluar negeri.”
        “Negeri mana?”
        Rifqi menjongket bahunya, tidak tahu.
        Nasib baik semalam penyiasat upahannya memberitahu bahawa ibunya pergi keluar negara setelah dipaksa oleh kakaknya, Syima. Namun tidak pula penyiasatnya berjaya mengetahui di mana lokasi ibunya sekarang ni. Susah betul jejak lokasinya ibunya semenjak ibunya itu asyik tukar tempat tinggal. Apa yang Rifqi harap sangat yang ibunya akan baik-baik sahaja di sana.
        Rifqi tersentak disaat bahunya ditepuk kuat oleh Ifti.
        “Dah sampai mana?” Soal Ifti sinis.
        Orang tengah bercakap, dia mengelamun pula. Getus Ifti.
        “Kat hati kau..”balasnya, menggoda.
        Pipi Ifti berona merah. Tapi dengan sedaya upaya disorok. “ pick up line lapuk!”
        “Lapuk pun kau suka juga, kan?” usik Rifqi sambil berdiri.
        Ifti turut berdiri.
        “Mana ada!” nafinya, perlahan.
        “elaaah.. suka lah tu!”
        “Awak jangan usik saya” marah Ifti. Kakinya laju melangkah meninggalkan Rifqi yang sengih-sengih seperti iklan gigi. Kurang asam betul!
        “Sukati aku la, nak usik awak ke tak. Aku kan boyfriend kau.. ye tak?” Rifqi mula menyaingi langkah laju Ifti. Wajah comel Ifti ditatap lama.
        “Awak!”seru Ifti kuat. Langkahnya terhenti. Begitu juga Rifqi.
        “Aduh babe. Sakit telinga aku la” Rifqi menggosok telinganya. Tetiba sahaja Ifti ni meroyan.
        “Saya nak balik!”Ifti buat muka.
        Pula..
        Rifqi mencekak pinggangnya dan menghadap Ifti.
        “Orang nak usik pun marah. Kedekut.. jom la.” tutur Rifqi. Dia menyambung langkahnya berjalan menuju ke parkir kereta.
        Ifti melopong. Kedekut dia kata?
        “Awak! Oii.. awak!” jerit Ifti sambil mengejar Rifqi yang sengaja melajukan langkahnya.
        “Apa dia?” soalnya, tanpa memandang Ifti. Merajuk!
        “Kenapa awak kata saya, kedekut?”
        Rifqi tidak membalas soalan Ifti. Wajahnya diketatkan lagi.
        “Awaaak..” seru Ifti, manja.
        Alahai.. suara dia ni. Perghh.. menusuk ke hati. Rifqi terasa longlai mendengar suara lemah-gelemai Ifti tu. Pandai sungguh minah kecik ni ambik perhatian aku.
        Namun..         “Lu pikir lah sendiri”
        Whaaat.. Ifti terlopong buat kali kedua. Ingin sahaja kepala Rifqi itu digigitnya. Nasib baik benda itu mustahil dapat dilakukan. Huh! Black prince!










“AIRA..”
Aira menoleh ketika namanya diseru oleh Yasmin. Keningnya ternaik apabila melihat seorang pemuda tinggi lampai berdiri di sebelah rakan kelasnya itu. Dia mendekati.
        “Dia kata nak jumpa awak.”kata Yasmin sambil mendongak memandang lelaki tersebut.
        Aira mengerutkan dahinya. Pemuda itu dipandang kembali.
        “Abang ni siapa?” soal Aira, polos.
        “Nama abang Ayai. Kawan akak Aira.” jawap Ayai. Bibir tersenyum.
        Aira diam. Berfikir. Ada ke kawan akak nama Ayai?
        “Yasmin.. sini kejap.”
        Yasmin berlalu meninggalkan Aira dengan Ayai.
        “Akak Aira apa khabar? Dia sihat saja kan?” soal Ayai, sekadar basa-basi.
        “Akak sentiasa sihat. Hari tu je dia sakit. Demam.” tutur Aira.
        “Oh..”Ayai terangguk-angguk.
        “Oh ye.. lupa pula abang nak bagi Aira makanan ni. Nah, buah tangan dari abang. Ambik la.. abang nak balik dulu. Nanti kirim salam kat akak Aira ye?” tupperware berisi kek dihulur.
        Dan Aira tanpa rasa ragu-ragu menyambut huluran itu. Dia mengangguk.
        “Bye Aira..” Ayai melambai-lambai sambil perlahan mengorak langkah.
        Aira membalas lambaian Ayai sehingga kelibat pemuda itu hilang di ruangan matanya.
        “Wah.. kek cheese!” jerit Aira riang. Tanpa menunggu lama budak itu terus sahaja membuka penutup tupperware itu dan ngap!
       



JAM menunjukkan pukul empat suku petang. Ifti yang sedang melukis anime sambil baring melentang terkejut apabila mendengar suara riuh dari bawah rumah. Cepat-cepat Ifti bingkas bangun dan melangkah keluar. Suara uminya sedang menangis.
        “Ya Allah bang.. macam mana boleh terjadi ni..” datin Husna terduduk di atas lantai. Dadanya di urut-urut. Terkejut dia mendengar berita tentang anaknya hilang di sekolah.
        “Umi.. abi.. kenapa ni?” soal Ifti sebaik sahaja kakinya berada di ruang tamu.
        Dilihatnya si umi menangis. Si abi pula sedang memegang telifon rumah.
        “Adik Ifti..”
        “Kenapa dengan adik umi..” Ifti mendekati datin Husna. Jantungnya mula berdegup kencang.
        “Adik Ifti..” datin Husna menangis. Ayat pun tergantung.
        “Umi..” seru Ifti.
        “Kena culik.”jawap datok Safuan perlahan.
        Ifti terkedu. Dunianya seperti terhenti seketika.
        Wajah Aira tersenyum, terbayang-bayang di ruang mata.
        “A-adik…”seru Ifti tanpa sedar.
        Tetiba
        Telifon bimbit Ifti berdering lantang dan menyentakkan kesedaran Ifti. Ifti pantas menyaluk saku bajunya.
        Unknown number, message.
        Dengan perlahan Ifti menekan kotak message itu.

        Nak selamatkan adik kau? Come and get her. But dengan dua syarat. Kau datang seorang tanpa berteman dan jangan bagitau siapa-siapa. Kalau tak, adik kau mati di tangan aku.
    
        Ifti membulatkan matanya. Jarinya laju membalas. Jika syarat itu yang diperlukan, dia tidak kisah. Walaupun nyawanya jadi galang ganti, janji adiknya terselamat.
        Sebaik sahaja dapat balasan daripada unknown number, Ifti pantas bergerak naik ke bilik. Bersiap diri mahu menuju ke tempat yang diberitahu di dalam kotak message tadi.
        “Maafkan Ifti abi, umi..” tutur Ifti sebelum dia bergerak ke arah jendela sebelah.



       

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now