Bab 41

1.6K 57 0
                                    

                                Bab 41

                                            IFTI memandang Rifqi dari jauh. Sejak dua tiga hari ini, Rifqi seperti sibuk sahaja bermain dengan Iphone 6 kesayangan suaminya itu. Entah dengan siapa mamat tu texting. Tidak pula Ifti mahu menyibuk. Difikiran Ifti cuma satu. Mesti suaminya itu sedang texting dengan member lepaknya. Takkan dengan perempuan kan? Kalau ya, siang-siang dah Ifti smack suaminya itu.
           “Ifti. . .” tegur Dahlia.
           Ifti menoleh belakang. Dahlia yang sedang senyum berjalan  ke  arahnya.
           “Apa yang Ifti tengok tu..” ujar Dahlia seraya berdiri di sebelah Ifti.
           Ifti menggaru tudungnya. Nampak sangat ke dia tenung orang tu?
           “Ifti tengok Rifqi.. sibuk sangat dengan phone dia.” kata Ifti.
           “Oh. Dah takde kerja lain lah mamat tu.”
           Ifti gelak kecil.
           “By the way Ifti, akak nak tanya sikit ni.” Dahlia  berdeham  seketika.
           “Tanya la kak. Tanya banyak pun takpe.” ucap Ifti, tersengih.
           Dahlia gelak sikit. Pandai belawak. Itu pasal dia rasa selesa dengan Ifti. Memandangkan dia lebih tua dari Ifti, dia membahaskan dirinya kakak. Lebih mesra bak katanya sendiri.
           “How come ek, Ifti cepat ingat semula? I mean Ifti back to the oldself. Ye la.. selama ni yang akak tau, orang kena hidap amnesia ni kena lama mengingati sesuatu event. Tapi Ifti?” Dahlia pandang Ifti.
           Ifti senyum.
           “Hmm.. entah la. Yang Ifti tau, lepas Ifti demam hari tu Ifti macam ada ingat masa lalu. Tapi melalui mimpi. Dalam mimpi tu, Ifti ada jumpa abi, umi dan Aira. Mereka pujuk Ifti, supaya ingat balik apa yang telah berlaku” Ifti menghela nafas.
           “lepas tu Ifti sedar. Tu je.. wallahu’alam.” cerita tutup dan Ifti tersengih. Dahlia mengerutkan dahinya yang sedia berkerut.
           “Just like that?”
           “Yeap. Unbelievable aight?”
           Dahlia pantas mengangguk laju.
           “Well nothing is impossible. When Allah said Kun Fayakun, then it happend.. no matter what.” kata Ifti lagi.
           “Betul juga.. tiada yang mustahil.” ujar Dahlia bersetuju. Seketika kemudian tangannya menepuk bahu Ifti lembut.
           “Bagus Ifti jadi ustazah!” komen Dahlia dengan sengihan kambing.
           “As if! Ilmu di dada pun belum memuaskan..” Ifti tergelak dengan komen Dahlia.
           Teringat arwah abi. Dulunya ada juga pernah rekomen kan dia menjadi ustazah memandangkan dia pernah berkata ingin menjadi ustazah, seperti ustazah yang berceramah di kaca tv. Tapi tu dulu la..
           “ Haih isteri orang ni. . tengah borak apa tu..” tok ma muncul bersama juadah makanan petang.
           “Biasa tok ma. Cerita orang muda..” balas Dahlia.
           Tok ma mencebik. “Ye la tu.. meh minum petang.”
           Ifti menjerit memanggil Rifqi sebelum duduk di sebelah tok ma. Diikuti Dahlia duduk di sebelah Ifti.
           Rifqi mengerutkan dahinya. “Lia!”
           “Apa?” Dahlia mendongak Rifqi.
           “Tepi. Aku nak duduk belah kekasih aku.” ujarnya selamba.
           “Cehh! Belah tok ma kan kosong..” tukas Dahlia sambil menjuihkan bibirnya ke arah kerusi sebelah tok ma.
           Ifti tersengih melihat wajah masam Rifqi.
           “Duduk je belah tok ma Naufal..” tegur tok ma sambil menuangkan air teh ke dalam gelas kaca.
           Rifqi akur. Sebelum melabuhkan duduk, sempat tangannya menarik rambut pendek Dahlia sebagai tanda dia tidak puas hati. Dahlia menjelirkan lidahnya mengatakan padan muka.
           “Mana pulak Iqbal ni. Ifti, tolong tok ma panggil adik ipar kamu tu..”
           Belum sempat Ifti berdiri, Rifqi terlebih dahulu berdiri. “Let me call him sayang. Sit down and enjoy your tea cup.”
           Ifti terpingga-pingga namun tidak pula dia membalas kata suaminya itu.
           “Elah, cemburu tak bertempat!” cebik Dahlia, meluat.
           Rifqi mendekati pintu adiknya. Ketukkan bertalu-talu di pintu.
           “Kejap ar!” sahut Iqbal di dalam.
           Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah tegang Rifqi terpampang. Iqbal buat senyum-senyum ayam.
           “Aik bro, pehal?” tanya Iqbal sambil menyilang kedua tangannya ke dada.
           “Tok ma panggil. Minum petang.” dingin saja suaranya itu.
           Tanpa berkata lagi Rifqi ingin beredar. Namun tangannya di sambar Iqbal.
           “Apahal?” soal Rifqi, bengang. Aku sepak kang..
           Iqbal melepaskan tangan abangnya. Abangnya yang tinggi itu di pandang. Namun jelas kelihatan di mata Rifqi renungan itu bukan sinis. Sebaliknya ada terbit perasaan sedih apabila melihat renungan adiknya itu.
           Rifqi kembali menghadap Iqbal. Menanti apa akan di cakapkan oleh adiknya itu.
           “Aku minta maaf bro. Percayalah, aku dah taubat. Aku khilaf dengan apa yang aku buat pada kau. Apalagi pada kakak ipar aku..” sebak di dada di abaikan. Yela.. crush dah jadi bini orang. Apa boleh buat kan? Dah takdir abang dia.
           Rifqi terpegun seketika. Macam tidak percaya saja dengan apa yang dibicarakan Iqbal beberapa saat lalu. Sejak kecil sehingga besar, tidak pernah adiknya itu meminta maaf secara ikhlas. Baru hari ini dia nampak cahaya keikhlasan dari adiknya itu. Oh terlebih sudah!
           “Dengan apa yang sudah terjadi ni, aku insaf bro. Tak nak lagi buat perkara bodoh tu.” ucapnya lagi. Kepala ditundukkan. Takut dia melihat apa reaksi yang akan diberikan oleh abangnya itu.
           Rifqi tarik senyuman sengit.
           Tanpa sebarang amaran tengkuk Iqbal di paut. Iqbal hampir tersedak dengan perbuatan drastik itu.
           “Aku maafkan kau. Kitakan adik beradik? Tali persaudaran kita takkan putus dude. Jom pekena tea cup tok ma. Baru best!” Rifqi terkekeh-kekeh. Tangannya kekal memaut tengkuk Iqbal sehingga ke luar.
           Mereka kaum wanita serentak menggeleng melihat kerenah Rifqi yang jahat tu. Namun tidak dapat dinafikan bahawa mereka senang hati melihat dua beradik itu berbaik semula. Tidak seperti tiga hari lepas, asyik bermasam muka sahaja.








“SERIUS kau?!” Medina menjauhkan telifon bimbitnya jauh dari telinga seketika. Suara kuat Ifti sangat menyakitkan gegendang telinganya. Haih nasib nasib. Medina menggeleng sebelum kembali mendakap telifon bimbit itu ke telinganya.
           “Tiga rius beb! Kau tau, nangis-nangis dia kat depan rumah aku tu. Aku apa lagi. Malu siot. Habis jiran-jiran aku yang mesra tu dok hendap-hendap pandang babak sentimental tu.” luah Medina dengan gaya-gaya muka mak datin tengah gossip. Hafiz yang dok minum Strawberry Ice di sebelah, dikerling sekejap. Masam muka mamat tu.
           “Aigoo cian kawan aku sorang ni.” ucap Ifti, bersimpati di hujung talian.
           “Tu la!” Medina buat muka sedih. Macam Ifti nampak muka dia tu.
           “Tapi kenapa dia datang rumah kau? Ni persoalan yang belum kau bagitau detail kat aku.”
           Medina menjulingkan matanya. “ Dia mintak pendapat. Pasal nak minta maaf kat kau. Habis air liur aku dok nasihat kat dia. Dia pun apa lagi, lepas terima nasihat aku.. terus cao. I bet dia dah nak heading kat kau tu.”
           “Alamak! Haih, takutnya aku…”
           “Apa pasal?”
           “Yela.. mana tau dia main-main. Mana tau dia nak serbu aku. Pastu dia bawak pisau kecil dan.. cut! Bleeding.. and I--”
           “Cut!NG! Please Ifti, kau jangan nak act macam babak filem tu ek.. jumpa kau nanti aku parang kau!” potong Medina sebelum kawannya itu mencarut bukan-bukan.
           Tu la. Terlalu obses dengan filem-filem thriller, ni la natijahnya. Heh..
           Di hujung talian Ifti melepaskan gelak. Dia tahu Medina takut bab-bab Action ni. Dengan sengajanya lagi dia memberi imaginasi yang bukan-bukan. Memang nak kena!
           “Okay beb, jumpa kau esok.. suami tercinta aku dah merajuk tu. Kata dia 24 jam bergayut handphone. Sentap betul dia ni..” rungut Ifti.
           Medina gelak sebelum bye-bye pada Ifti. Talian diputus kemudian dia memandang Hafiz yang sudah tertidur di atas meja.
           “Afiz jiwakuu..” seru Medina lembut.
           Dan-dan itu pantas Hafiz bangun seraya senyum memandang gadisnya itu. “ Yes sayang? Dah habis ceritanya?”
           “Ish, awak ni. Sorry la..” Medina buat-buat muka sedih.
           “Maafkan saya juga. Haih, jom sambung date kita. Off phone dan kita enjoy date kita hari ni. Okey?”
           Medina mengangguk sebelum silentkan samsungnya.
           “Jom!”








Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now