Bab 51

2K 68 0
                                    

                          Bab 51

                        
                        RIFQI menghembus kepulan asap ke udara. Wajahnya di dongak memandang ke dada langit yang cerah dan panas. Peluh yang turun di dahi dilap menggunakan belakang tangan. Mana mamat ni? Dah hampir setengah minit aku tertonggek kat sini. Batang hidung dia pun belum lagi nampak bisik Rifqi dalam hati.
           Jam di tangan dikerling. Dah hampir satu setengah petang. Orang yang ditunggu pun belum tiba. Kata  sepuluh  minit  lagi. Heh, janji  melayu  betul.
           “Yo! Sorry bro. Bini aku meragam nak beli nasi katok tadi.”
           Rifqi menoleh ke belakang memandang seorang pemuda yang berjalan mendekatinya. Seketika dia senyum sinis. Potongan rokok dibaling ke arah tong sampah. Goal!
           “Kali ni aku maafkan. Kau tau aku kan, tak suka tunggu orang lama. Apatah lagi seminit men.” kata Rifqi, tegas.
           Kecut perut Nabil dek amaran keras dari Rifqi. Siapa tak kenal ketua gangster tu. Namun walaupun Rifqi berpangkat samseng, dia masih ada hati manusia. Sebab itu lah orang bawahan seperti Nabil setia dengan Rifqi.
           “Sorry bro.” ucap Nabil sekali lagi.
           Rifqi berdecit sebelum mengukir senyuman kacaknya.
           Nabil terkejut apabila bahunya dipeluk mesra Rifqi.
           “Aku nak gather semua member kita kat tempat biasa. Ada misi aku nak korang semua bantu aku. Ada faham?”
           “Really?” soal Nabil, sukar percaya. Namun dalam hati betapa bahagianya dia mendengar perkataan tersebut. Itulah saat yang dinanti-nantikan oleh mereka semua  selama  ini.
           Melihat anggukan Rifqi, Nabil terus tersenyum lebar.
           “Right away boss, aku gather dia orang!” ucap Nabil sebelum dia melangkah pergi secepat kakinya.
           Rifqi terpingga-pingga seketika di tepi jalan raya yang kosong. Kelibat Nabil yang menghilang dipandang sepi.
           “Hm.. cepat betul bilanya ada misi. Well, as long as misi ni berjaya.. aku janji nak hidup bahagia dengan isteri cantik aku. Yey!” bebel Rifqi dan dia melompat gembira tanpa segan sebelum kakinya melangkah menaiki motornya.








“IFTI.. oi Ifti Aulia..” panggilan dari Irlina menyentakkan Ifti yang ketika itu berangan sambil mencoret sesuatu di atas kertas putih. Dia memandang Irlina yang duduk di sebelahnya. Lecturer di depan kelas, tidak diendahkan.
           “Ifti okay ke?,” soal Irlina, prihatin. Jelas ketara wajah Ifti tampak sungul. Mesti ada sesuatu yang berlaku kat Ifti ni, duga Irlina.
           Ifti menggeleng perlahan lalu tersenyum kecil. “Ifti okey je.”
           “Really?”
           “Ha’ah. Lina jangan risau la.” balas Ifti sambil menepuk tangan Irlina lembut.
           Irlina ukir senyuman hambar. Dia takut ada penyebab yang berkaitan dengan nenda mereka. Aku kena buat sesuatu sebelum terjadi, Irlina nekad dalam hati.
           Ting!
           Semua orang tersentak. Tatkala bunyi microphone mula bergema. Mereka serentak diam dan menanti.
           “Maaf kerana menganggu. Diminta pelajar yang bernama Nur Ifti Aulia dari kelas lukisan akan datang ke bilik pentadbiran sekarang juga. Saya ulangi lagi..”
           Ifti tersentak seketika. Nama aku ke?
           Bahu Ifti ditepuk perlahan. “ Nama kau Ifti..”
           “Yeke?” Ifti pandang Medina dan Irlina bersilih ganti.
           Kedua-dua mereka mengangguk.
           “You can go Aulia.” ujar Miss Jay.
           Ifti akur dan mula meninggalkan kelas.
           Sepanjangan perjalanan mahu ke bilik pentadbiran, Ifti asyik berfikir. Kenapa bahagian pentadbiran memanggilnya? Adakah dia ada buat masalah tanpa dia sedar? Or mungkin sebab dia punya assignment tidak memuaskan? Ah! Kusut wayar otak aku macam ni. Ifti menghentikan persoalan dikepalanya.
           Tiba di depan pintu pentadbiran tangannnya naik mengetuk pintu dengan perlahan. Dia masuk sebaik saja mendengar suara di dalam. Dan kelihatan ada seorang wanita berusia duduk di atas sofa sambil merenungnya..  Tajam?
           Ifti tersenyum tidak semana-mana. Namun wajah tua itu tidak membalas senyumannya. Makin ada kuman benci ada lah!
           “Puan nak jumpa saya ke?,” soal Ifti, hormat.
           “Ya. Cik Ifti, sila duduk.” arah wanita berusia itu tanpa senyuman.
           Ifti akur tanpa banyak soal. Dia duduk setentangan dengan wanita tersebut.
           Wajah polos Ifti direnung tajam. Senyuman gadis itu juga menyakitkan hatinya yang sudah hitam bagaikan arang.
           “Cik Ifti kenal saya tak?,”
           Ifti menggeleng. “Tak payah bercik-cik bagai puan. Panggil Ifti je. Nampaks  sangat  formal.”
           Datin Haiza senyum sinis. Kakinya mula bersilang. Lagak sinis.
           “Good. Tak payah aku nak berlagak hormat kat kau.” tuturnya kasar.
           Ifti tersentak seketika. Dengan sekelip mata saja wanita berusia itu bertukar sikap. Dia ni talam dua muka ke?
           “Aku ni datin Haiza. Datin Haiza yang digeruni orang ramai. Dan akulah orang yang menghantar surat kat kau” datin Haiza gelak sinis.
           “Erk..” Ifti tergamam. Bagaikan tidak percaya yang dia sudah berhadapan dengan orang yang mengugutnya seminggu lalu.
           “Apa yang puan nak dari saya? Yang saya tahu, saya tak pernah ganggu kehidupan puan. Kenapa saya jadi mangsa puan?” bertubi-tubi soalan dilemparkan Ifti. Alang-lang dah jumpa, tak salah dia menyoal direct.
           “Huh.” datin Haiza mendengus. “ Aku nak kau mati. Dan apa? Tak ganggu kehidupan aku? Well that part kau salah young lad.
           Wajah datin Haiza direnung tajam. Apa dah ku buat??
           “Kau ingat ni perempuan. Disebabkan kau wujud di dalam dunia ni, hubungan keluarga aku berpecah belah. Disebabkan aku tukar kau dengan anak orang lain, anak menantu aku tinggalkan aku tanpa sebab. Tapi aku tau apa penyebabnya. Penyebabnya adalah kau perempuan!” tempelak datin Haiza tetiba.
           Ifti terkejut tatkala mendengar bait-bait kata kasar wanita itu. Mindanya mula tidak berfungsi betul. Aku.. aku kena tukar? Siapa ibu dan ayah aku sebenar? Kenapa semua ni aku tak tau? Ya Allah, dugaan apakah kali ini? Bantu aku Ya Allah.. desis Ifti dalam hati.
           “Kau tunggu hari pembalasan aku Ifti Aulia.” tanpa Ifti sedar datin Haiza sudah mendekatinya.
           Dengan kasar dagu Ifti dipegang kasar. Kepala Ifti terdongak tetiba.
           “Cucu pembawa malang!!”
           Sekali lagi Ifti terkejut dengan kenyataan itu. Cucu? Bermakna dia adalah cucu kepada datin Haiza? Datin Haiza yang bakal membunuhnya nanti?
           Ifti tergamam. Kelibat datin Haiza juga sudah tiada.
           “Ifti!” pintu terkuak dari luar secara kuat oleh Irlina. Dilihatnya Ifti terduduk sambil tunduk. Kedengaran suara esakkan bergema di bilik tersebut.
           Cepat-cepat Irlina mendekati Ifti. “Kenapa ni Ifti? Ifti okey tak? Kenapa menangis ni?” bahu Ifti digoncang perlahan.
           “Lina.. Ifti, Ifti..” belum sempat Ifti menghabiskan ayat, dia rebah di atas bahu Irlina. Irlina terkejut seraya memandang wajah Ifti. Pucat tanpa darah.
           “Ifti!!”












Flower Girl plus Black Prince✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن