Bab 35

1.6K 59 4
                                    

                             Bab 35

                              
                                            “OITS!”
                                            Rifqi berpaling sebaik sahaja mendengar teguran suara garau dari arah belakang.  Fariz tersengih mendekatinya.
          “Oits!” Rifqi mengangkat tangannya. Potongan rokok di baling ke sampah yang tidak jauh darinya.
          “Patut la adik aku dok bising mengata yang kau dah balik.” ujar Fariz seraya memeluk sepupunya itu. Maklum dah lama tak jumpa.
          Rifqi tersengih. “Mulut astro Warna betul, Fina tu.”
          Dan mereka gelak.
          “Jap. Siapa tu?” Fariz mengecilkan matanya. Terpandang kelibat seorang gadis berjalan melepasi jendela rumah tok ma.
          “Isteri aku.” jawap Rifqi selamba.
          “Ha! Serius? Bila kau kahwin? Kenapa takde surat jemputan kat aku? Kau kahwin Siam ke?” soal Fariz bertalu-talu. Hampir tergelak Rifqi dengan ‘wajah kekejutan eletrik’ Fariz tu.
          “Oh..”Fariz senyum sinis. Tahu lah dia bahawa sepupunya itu tengah memainkannya. Tidak semana-mana tangannya memeluk batang leher Rifqi. Rifqi terkekeh-kekeh.
          “Kau memang kan!”
          “Woi, sakit siot. Aku gurau laa.” Rifqi meronta.
          “Tau pun sakit, hang memain lagi ngan aku.” ujar Fariz seraya melepaskan Rifqi.
          Rifqi menjauhkan diri. Sakit bukan main. Aduii..
          “So, siapa dia?” soalan dilontarkan lagi.
          “Ifti Aulia,” jawap Rifqi, pendek.
          Sekali lagi wajah Fariz terkejut. Gadis yang pernah Rifqi cerita kepadanya.
          “Dia la yang kau idamkan tu?”
          “Uh-huh.”
          “Gadis yang pernah sebut kau mamat samseng tu?”
          “Yalaa.. siapa lagi kalau bukan minah tu.”Rifqi mula malas. Banyak soalan pula mamat ni. Hempuk  kang.
          Fariz mengangguk beberapa kali. Akhirnya sepupunya itu buat keputusan untuk membawa gadis itu ke sini. Tapi wait!
          “So that means, kau bawak lari dia dan akan kahwini dia di sini ke?!”
          “Aduh!” Rifqi menggosok telinganya. Hampir sahaja rupa Fariz yang kacak itu jadi rumah pecah olehnya. Nasib baik kau sepupu aku der.. bisik Rifqi menahan sabar.
          “Pelan-pelan suara tu. Dengar dek mak Bibi, habis satu kampong dok cerita pasal kami nanti.” amaran Rifqi, keras. Fariz menampar mulutnya. Tidak sengaja membesarkan suaranya kerana terkejut.
          “Jom, ikut aku kat atas. Aku cerita dari A sampai alif ba ta.”
          Eh? Fariz terkebil-kebil. Namun kakinya tetap melangkah mengikuti Rifqi yang sudah masuk ke dalam rumah tok ma.
          “Ha, Fariz.. baru mai.”Tegur tok ma yang kebetulan melalui ruang tamu. Sebelahnya pula Ifti sambil mengangkat bakul.
          Fariz tersengih. “Busy teman ibu tok ma.”
          “Teman apanya?,”
          “Jualan kat gerai.” beritahu Fariz sambil matanya melirik Ifti yang ayu dengan baju biasa. Jauh di sudut hati, agak tergugat dengan kecantikkan yang di miliki Ifti. Haih.. untung kau Rif.
          Tok ma mengangguk sebelum menyambung langkahnya semula. Ifti mengikutinya sehingga ke luar. Sedikit pun gadis itu tidak mempedulikan dua orang lelaki itu.
          “Oi, kau jangan dok pandang dia macam tu. Aku cucuk kang mata kau tu!” tegur Rifqi, keras. Bukan main lagi mata Fariz asyik pandang kekasih hatinya.
          “Sorry la. Dah awek kau lawa sangat!” balasnya, selamba.
          Rifqi mengetap bibirnya. Menahan geram.
          “Jokology la! Kau ni..” tutur Fariz hampir tergelak. Macam la dia tak kenal sepupunya itu. Sekali dia bagi amaran, dia takkan main-main.
          Tanpa membalas kata-kata sepupunya itu Rifqi melabuhkan punggung di atas sofa. Tangannya mencapai remote tv. Saluran Animax jadi pilihannya.
          “So.. apa cer? Cer la kat aku.” Fariz turut duduk di atas sofa tidak jauh dari Rifqi.
          “Macam ni cerita dia..”
          Rifqi mula ceritakan dari awal sehinggala akhir cerita. Fariz cuma mengangguk dan adakalanya dia mula menyampuk.
          Beberapa minit berlalu barulah ceritanya tamat. Rifqi menghela nafas, lalu dihembus. Penat juga bercerita panjang lebar ni. Fuh!
          “Kau faham?”
          “Faham-faham. Habis tu, sekarang ni macam mana pulak?”
          Rifqi diam sesaat. Matanya menatap saluran Animax yang menayangkan cerita Servamp.
          “Seperti yang kau nampak, I bring her here..”
          “Sampai bila?,” soal Fariz lagi.
          “You bet?,” Rifqi pandang Fariz.
          Fariz menyentuh dagunya yang sedikit berjanggut. “Sampai kau kahwin?”
          Rifqi tersenyum sengit. Fariz terkebil-kebil memandang sepupunya itu. Kalau betul sehingga kahwin, bermakna sepupunya itu sudah betul-betul ada niat mahu mengahwini gadis itu. Tapi bagaimana dengan auntie Syika? Setuju ke wanita yang sudah ada calon menantu tu?
          “Ha! Servampire! Kita nak tengok!” Ifti muncul. Laju saja gadis itu melabuhkan punggungnya di sebelah Rifqi.
          Kedua lelaki itu tercengang.
          “Weh, kau kata dia amnesia?”
          “Uh-huh. Why ?” Rifqi, pelik.
          “Anime Servamp tu kan, baru keluar?” tutur Fariz.
          “And then?” soal Rifqi.
          “Why did she know it?”
          Ifti bagaikan perasan pandangan kedua lelaki itu terus menoleh ke arah mereka. Kening sebelah di angkat.
          “Nape?” soal Ifti.
          “Kau tau anime ni?” Rifqi bertanya.
          “Yeap. Tu kan favourite kita.” balas Ifti dengan senyuman manisnya.
          “Then why kau tak ingat aku?”
          Ifti diam. Matanya terkebil-kebil memandang Rifqi yang berwajah tegang tu. “Kita baru je kenal awak semalam.”
          Rifqi melepaskan keluhan berat. Sungguh hatinya terluka dengan keadaan Ifti. Lebih-lebih lagi gadis itu sedikit pun tak ingat dia.
          Fariz menepuk bahu Rifqi.
          “Sabar Rif. Mungkin memory Ifti masih belum process. Kau sabar je la. In sha Allah, Ifti kan kembali kepada Ifti yang dulu.” ucap Fariz memberikan sepupunya itu semangat.
          Tengok wajah hampa Rifqi, tampak sedih pulak.
          “Thanks..”





Flower Girl plus Black Prince✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora