Bab 25

2.1K 70 0
                                    



                                                                       Bab 25

 "JEMPUT minum Ifti. Maaflah.. ini saja yang boleh mak Su sediakan buat Ifti.." Mak Su yang berwajah pucat lesi itu meletakkan secawan air teh buat Ifti yang duduk di atas kerusi kayu. Dia sendiri terkejut apabila kemunculan Ifti di muka pintu rumah tadi. Paling tak disangkanya, Ifti bersama Ayai anak sulungnya.

Tidak jauh dari Ifti, Ayai turut duduk di atas kerusi kayu. Wajah pemuda itu tampak keruh.

"Terima kasih mak Su. Cukup lah air teh ni saja. Lagipun tujuan Ifti datang ni pun, sebab rindu mak Su. Tu yang datang melawat." Ifti tersenyum.

Akhirnya terubat juga rindunya pada wanita itu.

Walaupun dia baru sahaja mengenal wanita tersebut, namun hubungan mereka tidak ubah seperti ibu dan anak. Setiap kali waktu rehat Ifti akan selalu 'bertempek' di taman bunga. Setiap kali ada masa terluang, dia akan datang melawat lagi wanita penjaga bunga itu. Kerana sifat Ifti yang peramah itulah menarik hati mak Su.

Mak Su senyum. Dia melabuhkan punggung di atas sofa tidak jauh dari mereka.

"Tapikan.. macam mana boleh Ayai bersama Ifti? Korang kan belum pernah bersemuka?" Mak Su bertanya, pelik. Setahunya hanya Adli yang mengenali Ifti. Kalau Ayai mustahil. Sejak anaknya itu berubah, mereka tidak lagi seperti dulu. Wajah senyuman manis milik anak sulungnya itu sudah lama hilang.

Ayai menelan air liur kesat.

"Baru je kenal. Kebetulan Ifti jumpa abang Ayai kat simpang perumahan Ifti. Tu yang terus join nak jumpa mak Su." jawab Ifti, bohong.

Ek?Ayai pandang Ifti. Dia nak back up aku ke?

Kerutan di dahi mak Su makin berlipat. "Tapi.."

Tapi lagi.. Ifti dan Ayai menolok dalam hati.

"Ifti kan jenis tak mudah ikut orang yang tak dikenali walaupun kenal sehari?"

"Mak Su masih ingat lagi tak?"

"Ingat apa?"

"Gambar keluarga Mak Su. "Ifti buat alasan lagi.

Maafkan Ifti mak Su. Ni untuk kebaikkan abang Ayai, bisik Ifti di hati.

Mak Su berfikir. Mengingati. Setelah sepuluh saat berlalu barulah mak Su ingat. Di mana ketika itu dia pernah menunjukkan gambar keluarganya kepada Ifti. Sejak hari itulah Ifti mula mengenali wajah keluarganya. Tidak sangka Ifti masih mengingatinya.

"Mak Su ingat." ujar Mak Su.

Ifti.. seru Ayai di hati. Sedikit banyak dia rasa terharu dengan sikap Ifti yang menjaga kesalahan dirinya. Tanpa dia sedar dia tersenyum sambil memandang gadis itu.



AYAI meletakkan kereta kancilnya di bahu jalan raya tidak jauh dari rumah Ifti. Kalau diturutkan hatinya mahu sahaja dia menghantar Ifti di hadapan rumah gadis itu. Tapi Ifti enggan. Katanya nanti ada salah faham. Entah apa yang salah fahamnya, Ayai tidak pula mahu bertanya.

"Thanks abang Ayai. Ada jodoh kita jumpa lagi ye.." ucap Ifti dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya.

Ayai mengangguk. Wajah tetap selamba.

Flower Girl plus Black Prince✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang