Bab 18

1.7K 65 0
                                    

                                Bab 18

                                          CIKGU SURAYA, guru mata pelajaran English di kelas Tiga-Dua laju berceloteh di depan kelas. Pelajar  sebanyak sembilan  orang  itu  diam  dan  fokus  terhadap  subjek  tersebut.
       Rifqi yang sudah mengantuk mula menguap. Matanya berair menahan kelopak mata dari jatuh.Rifqi menggosok matanya perlahan.
       Ifti pula fokus memandang ke depan. Budak pintarlah dikatakan.
       “Pssst!..” Rifqi memanggil Ifti.
       Ifti menoleh ke belakang sambil mengangkat keningnya, bertanya kenapa.
       “Aku ngantok la..” adu Rifqi, manja. Kepalanya sudah mendarat ke atas meja.
       Ifti mendengus sebelum mencapai pembarisan dan diletuk ke atas tangan kiri Rifqi yang dekat dengannya. Rifqi bingkas bangun dan buat muka tidak puas hati.
       “Kata nak study betul-betul kan?,”
       Rifqi mencebik. “ Ye la..”
       Macam-macam. Ifti menggeleng sebelum memandang ke depan semula.
       “If..”
       Lagi seorang. Ifti menoleh ke meja sebelah kanan. “Yes, anything Qayyum?”
       “Pinjam kejap notes kau. Aku tak sempat salin hari tu..”bisik Qayyum perlahan.
       Rifqi mendengus. Matanya sakit menengok mamat nerd tu bercakap dengan kekasih hatinya. Sedikit banyak buat dia rasa cemburu.
       “Nah. “Ifti menghulurkan bukunya.
       “Jangan lama. “ tetiba Rifqi bersuara.
       Ifti dan Qayyum menoleh ke arahnya.
       “Sibuk aje dia ni.” Qayyum menjeling.
       Ifti menggaru keningnya. Aduii.. tak boleh bertemu.
   








DATIN HUSNA baru sahaja selesai menunaikan solat zohor di dalam biliknya. Jam di dinding dilirik sekilas. Hampir pukul satu setengah petang. Ifti masih di sekolah kerana ada perbincangan di antara kelas president. Itu pun baru sahaja diberitahu oleh Rifqi tadi. Bakal imam Ifti kata anaknya semalam. Datin Husna tersenyum. Sungguh hatinya rasa gembira dan senang apabila melihat wajah anak sulungnya itu mula berbicara tentang cinta. Melihat sahaja wajah Ifti yang jernih itu ceria, buat hatinya kuat mengatakan bahawa Rifqi itu memang betul-betul pilihan anaknya. Tapi..
       Dia kena bincang perkara ini bersama datin Syika terlebih dahulu. Dia tidak mahu anaknya itu terlalu lama menyimpan harapan untuk bersama Rifqi nanti. Lebih baik bertindak awal sebelum terlambat.
       Telekung dan tikar sembahyang diletak elok di atas sampiran khas. Dia keluar dari bilik dan menuruni anak tangga.
       Di ruang tamu, kelihatan Aira duduk sambil menonton kaca Tv yang menayangkan cerita cartoon.
       “Aira, sudah makan?,” soal datin Husna sambil mendekati Aira.
       “Dah umi.”jawabnya dengan senyuman.
       “Good. Pi tukar baju tu dulu. Solat Zohor dah ke?”
       “Dah. Abi singgah kat masjid tadi.” Aira bingkas bangun dan berlalu menaiki anak tangga.
       “Aira, umi pi rumah sebelah kejap ye?” jerit datin Husna sambil memasang tudung.
       “Baiklah umi..jangan lama.” balas Aira dengan nadanya yang nyaring.
       Datin Husna menggeleng. Tak padan dengan badan kecik, suaranya nyaring macam kakaknya.
       Sebaik sahaja dirinya nampak kemas dan menutup aurat, baharulah dia melangkah ke luar rumah. Matanya menoleh ke rumah sebelah. Nampak ada sebuah kereta mewah di dalam perkarangan rumah sebelah. Datin Husna yakin yang datin Syika ada di dalam rumah itu.
       Dengan lafaz bismillah, kaki melangkah menuju ke rumah datin Syika.
       Tidak sampai dua minit kakinya sudah menjejaki depan pagar rumah datin Syika.
       Lonceng di depan pagar ditekan. Sebaik sahaja di tekan pagar itu pun terbuka.
       “Assalamualaikum?,” tegur datin Husna sebaik sahaja seorang pak guard datang ke arahnya.
       “Wa’alaikumussalam. Puan nak cari siapa?”
       “Datin Syika. Dia ada tak?”
       “Ada. Sekejap ye puan. Puan duduk dulu lah kat situ.” tunjuk pak guard itu ke arah pondok kecil di hujung.
       Datin Husna mengangguk dan melangkah ke tempat tersebut.
       Sementara menunggu kelibat datin Syika, matanya memandang sekeliling kawasan rumah tersebut. Cantik dan nampak mewah. Matanya kini tertarik dengan pemandangan kolam kecil tidak jauh dari tempatnya duduk. Dia bangun dan mendekati kolam kecil tersebut. Kolam ikan rupanya. Cantik dan unik. Datin Husna kagum.
       “Assalamualaikum Husna..”
       Datin Husna menoleh ke belakang. Datin Syika baru muncul bersama dulang yang berisi dua cawan di tangannya.
       “Wa’alaikumussalam.”
       “Jemput lah duduk. “ pelawa datin Syika.
       Datin Husna duduk di tempat tadi.
       “Ada yang nak awak bincangkan ke?,” soal datin Syika tanpa mahu menunggu lama. Tangannya menghulurkan cawan berisi air teh kepada datin Husna.
       Datin Husna tersenyum dan  menyambut  huluran  tersebut. “Saya nak bincang pasal Ifti dan Rifqi.”
       Mendengar sahaja nama Ifti berubah air muka datin Syika. Sepertinya dia tidak lagi berapa kenan nak medengar nama itu.
       “Kenapa dengan mereka?” soalnya dingin.
       “Saya nak tahu. Katalah jikalau mereka ada hubungan, adakah awak akan setuju?”
       Senyuman sinis terbit di bibir datin Syika. “Sudah tentu saya tidak setuju.”
       Datin Husna mengeluh. Betul lah kata Ifti mengenai datin Syika melarangnya untuk rapat dengan Rifqi.
       “Sebab apa?”
       “Sebab, Naufal tu dah saya tentukan jodohnya. Maybe tahun depan, saya nak satukan mereka. Dan korang akan saya jemput bersama meraikan hari kebahagiaan mereka. Awak tak keberatan kan? “ ujar datin Syika, sinis.
       Datin Husna mengangguk sambil tersenyum hambar.
       Maafkan umi, Ifti. Umi dah tak tahu nak buat apa..







“NAMPAK IFTI, tak?”
“Tak nampak.” balas Ain.
Rifqi bertanya lagi ke arah orang lain. Jawapan mereka semua sama. Rifqi mendengus kasar. Mana Ifti ni. Takkan main sorok-sorok pula..getusnya sambil matanya liar mencari kelibat Ifti di kantin sekolah. Penat  sungguh  dia  berlari  pantas  kembali  ke  sekolah  semata-mata  mahu  menemani  Ifti. Selepas  sahaja  dia  menghantar  pesanan  kepada  datin  Husna , Rifqi  zupp terus  ke  sekolah.
       Sejurus kemudian matanya ternampak kelibat Ifti berjalan di koridor sekolah. Baru sahaja dia mahu melangkah menuju ke arah Ifti, langkahnya terhenti. Iqbal mendekati Ifti.
       “Boleh bagi saya laluan tak? Saya busy ni.” kata Ifti, dingin.
       Dahlah banyak kerja nak diuruskan lagi. Tetiba pulak mamat ni muncul. Heeh, masalah-masalah.
       Iqbal tersengih. Dia sengaja menghalang gadis itu dari melangkah melepasinya. Dia tahu Ifti akan mengelak dari berjumpa dengannya. Dan dia pun dah tahu bahawa Ifti sudah officially menjadi awek abangnya. Pui!
       “kejap ar. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni.”
       Ifti medengus kasar. File di tangan dipegang kuat. Geram.
       “Cakap tahun depan sajalah. Saya busy nak jumpa cikgu. Please Iqbal, tepilah!” marah Ifti.
       Bebal sungguh mamat ni. Aku  highkick  kang.
       “Okay, okay.. silakan tuan puteri.. besok aku datang jumpa kau lagi.” Iqbal senyum gatal dan memberikan Ifti ruang untuk berlalu.
       Whatever.. Ifti menjeling sambil meneruskan jalannya. Malas  dia  nak  melayan  sangat.
       Iqbal menghantar kelibat Ifti sehingga hilang di ruang matanya.
       Tetiba..
       “Aduh! “Iqbal mengaduh sakit sambil tangan memegang kepalanya. Seketika kemudian dia menoleh belakang.
       Rifqi!
       “Kau apehal?! main hempas kepala orang pula..” bentak Iqbal. Kepalanya masih diusap perlahan. Sakit siot!
       “Sakit tak?,”sarkastik Rifqi bertanya.
       “Sakit la siot. Kepala aku ni bukan besi. Kurang ajar betul kau ni.”
       Rifqi tersenyum sinis. “ Yang kau kurang ajar kacau awek aku tu, apehal? Nak cari mampos?”
       Iqbal senyum sinis. “Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu?”
       Rifqi mengetap giginya, menahan geram.
       “Sekali lagi kau kacau Ifti, lebam muka kau aku kerjakan. Ingat tu!” ugut Rifqi sebelum kakinya melangkah melepasi Iqbal.
       Ingin sahaja dia menumbuk muka adiknya itu. Tapi apakan daya. Nanti timbul pula satu masalah yang tidak diinginya lagi.Itu yang buat Rifqi malas nak hadapi.
       Iqbal tergelak. Macam orang tak siuman dah.
       “Well, let see Rif. Ifti kau tu akan aku dapati sampai kau menangis merayu kat aku untuk menyerah kan Ifti kembali kepada kau. Kau tunggu je..” Iqbal meneruskan gelak sinisnya.
      
      
      

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now