Bab 24

1.6K 67 0
                                    

                            Bab 24

                                           IFTI meliarkan matanya memandang kawasan bangunan besar yang hampir saja dimamah usia.  Tengok dari jauh pun sudah ketara betapa lamanya bangunan tersebut sudah ditinggalkan.  Sayang,  bina bangunan sampai berpuluh ribu.  Tapi tidak digunakan.  Sayang betul!  Sempat Ifti menolok di hati.  Namun,  hatinya Allah sahaja tahu.  Betapa berdebarnya dia sekarang ini. 
        Tidak pernah dia melakukan perkara sebegini.  Ini lah kali pertama dia buat kerja gila.  Yaa,  kerja gila.  Ifti menutup matanya seketika.  Masih rasa berwas-was untuk meneruskan perjalanannya menuju ke tempat yang ditetapkan oleh penghantar message beberapa minit lalu. 
        Namun
        Demi Aira,  dia sanggup.  Dia hanya mahukan adiknya itu kembali dengan selamat.  Jika nyawanya jadi galang ganti pun,  dia sanggup.  Asal adiknya selamat. 
        Setelah beberapa minit berlalu  kekuatan semangat di dalam dirinya sudah kembali up. Ifti mula keluar dari menyorok di belakang pokok besar.  Dengan langkah yang terkejar-kejar,  Ifti tetap meneruskan perjalanan.
        Sunyi.  Sepi. 
        Jantung Ifti mengepam laju.  Peluh kecil pulak,  mula turun. Banyak doa sudah Ifti baca. Sampai doa makan sekali masuk.
        Sebaik  saja  kaki  melepasi  gerbang  pintu  utama  memasuki  bangunan  tersebut, mata  Ifti  membulat.
        "A-adik.." Seru  Ifti  perlahan.
        Dilihatnya, Aira  sedang  duduk  dan  kedua  tangan  budak  itu  diikat  ke  belakang  kerusi. Mulutnya  pula  digam. Mata  Aira  kelihatan  sedikit  membengkak. Mungkin  bekas  menangis.
        Belum  sempat  Ifti  menghampiri  Aira, satu  tangan  kekar  menarik  Ifti. Tubuh  Ifti  dipegang  oleh  seseorang  dari  belakang. Ifti  tersentak.
        "Lepas  lah!" Ifti  mula  meronta. Namun  apakan  dayanya. Tangan  itu  lebih  kuat  mencekam  tubuhnya  dari  lepas.
        "Shh... Jangan  bising. Kalau  kau  bising menjerit sekalipun,  orang  lain takkan  dapat  tolong  kau. Kau  tau  kan  tempat  ni.. jauh  dari  orang?" Bisik  lelaki  itu  perlahan  di  sipi  telinga  Ifti  yang  dilindungi  tudung.
        Ifti  menahan  rasa  geram. Bau  nafas  lelaki  itu  menjengkelnya. Dah  la  bau  rokok. Tak  tahu  adab  pula  tu.
        "Aku  dah  datang  kan? So, apalagi? Lepaskan  lah  adik  aku!"
        "Lepaskan  dia? " lelaki  itu  gelak.
        Ifti  cuba lagi  meronta. Kali  ni  kuat. Dan  sekonyong-konyong  itu  tubuhnya  dilepaskan  kuat  sehingga  Ifti  jatuh  ke  atas  lantai. Aira  yang  sudah  sedar, menjerit  kecil  melihat kakaknya  menyeringai  sakit  dek  terjatuh  dengan  kasar  oleh  lelaki  jahanam  itu.
        "Ops. Sorry, bukan  sebab  aku  dia  jatuh  macam  tu." Ayai  buat  muka  tidak  bersalah.
        Ifti  menyentuh  sikunya  yang  sudah  terluka. Air  mata  mula  panas. Namun, Ifti  tidak  mahu  mengeluarkannya.
        Ayai  mula  mendekati  Ifti. Wajah  Ifti  di  amati  lama. Macam  kenal. Tapi  di  mana? Entah  dia  pun  lupa.
        "Hmm.. Cantik  juga  kau  ni  ek?" Dagu  Ifti  dipegang. Ifti  menepis  kasar.
        Namun  sekali  lagi  dagunya  disentuh  kuat. Ifti  memandang  tajam  buat  lelaki  berparut  di  bawah  mata  lelaki  itu.
        "Kenapa  kau  buat  aku  macam  ni? Apa  salah  keluarga  aku? Kalau  ye  pun  kau  nak  duit, aku boleh bagi. Berapa  kau  nak? " Ifti  mula  beranikan  dirinya  untuk  bertanya. Kalau  macam  ni  berterus, sampai  bila-bila  pun  dia  kena  seksa  macam  ni. Dia  tidak  sanggup  kena  sentuh  oleh  lelaki  bukan  ajnabi.
        Ayai  gelak  sinis. Tangannya  yang  tadi  menyentuh  dagu  Ifti, bertukar  mencengkam  baju  Ifti. Kasar.
        "Kau  nak  tahu  pasal  apa?" Soal  Ayai, kasar.
        Walaupun  pandangan  lelaki  itu  tajam , namun  Ifti  tidak  gentar. Malah  semakin  galak  dia  melawan  pandangan  itu.
        "Apa?"
        "Sebab.. Aku  kena  hantar  untuk.." Ayat  Ayai  tergantung. Ifti  menanti  dengan  rasa  berdebar.   
        "Mak  datin  tu  nak  aku  'ratah'  kau  dan  lepas  itu  adegan  tersebut  aku  capture  then  lastly  send  kat  kekasih  kau, Rifqi.." Bisik  Ayai  perlahan.
        Ifti  membulatkan  matanya. Tubuhnya  kejang. Air  mata  pula  laju  menuruni  ke  pipi. Dia  teresak-esak  sambil  tunduk.
        Melihat  keadaan  tetiba  Ifti  seperti  itu, Ayai  mula  gabra. Dia  mengerutkan  dahinya. Cengeng  juga  minah  ni. Aduhh... Aku  bab-bab  perempuan  menangis  ni, memang  kalah. Adoii! Ayai  melepaskan  cengkemannya. Dia  duduk  menghadap  Ifti  yang  menangis.
        "Erk..." Ifti  mula  menggosok  kedua  matanya. Perbuatan  wajib  setiap  kali  dia  menangis.
        Aira  turut  menangis.
        Manakala  Ayai  menolak  lidah  ke pipi. Dia  menanti  sampai  lima  belas  minit  Ifti  tidak  mahu  ada  tanda-tanda  ingin  berhenti  menangis.
        Akhirnya  Ayai  tunjuk  bendera  putih. Kalau  bukan  sebab  hutangnya  kepada  datin  Rina, tidak  mungkin  dia  melakukan  kerja  gila  ini  terhadap  manusia  tidak  bersalah. Sejak  dulu  lagi  dia  sudah  cuci  tangan  dari  buat  kerja  gila. Namun  oleh  kerana  datin  Rina  menggertaknya, dia  tiada  pilihan.
        "Tch  dah  la  menangis! Aku  hempuk  kang.. " marah  Ayai  buat  sekalian  kalinya.
        Ifti  diam. Namun  esakkannya  belum  terhenti.
        "Macam  ni  la.. Aku  bawak  kau  jumpa  datin  tu. Adik  kau , aku  hantar  balik  ke  rumah  mak  bapak  kau. Lagipun, mereka  perlukan  kau  saja." Hujung  ayat, kedengaran  perlahan.
         Plan B1 failed, move  to  plan  B2 .. Ayai  memandang  Ifti.
         Ifti mengangguk. Walaupun  hatinya  berat  untuk  mempercayai  lelaki  tersebut.
         "Apa? Tak  percaya? Aku  akan  hantar  adik  kau. Kau  pun  akan  ikut  aku. " ucap  Ayai, dingin. Seperti  faham  saja  air  muka  Ifti  yang  minta  kepastian  itu.
          Ifti  diam. Dalam  hati, dah  mencebik  benci.
















Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now