Bab 48

1.7K 61 0
                                    

                                 Bab 48

                            IFTI membuka matanya dengan perlahan. Di toleh kiri, Rifqi sudah tiada di tempat baringnya. Hanya sayup-sayup kedengaran bunyi percikkan air di kamar mandi.
           Ifti merenggangkan tubuhnya yang terasa penat. Sesaat itu otaknya teringat akan semalam. Ya, dia sudah selesai melakukan tugasnya sebagai isteri kepada Naufal Rifqi. Pipinya tetiba terasa kebas.
           “Alamak! Malunya!!” jerit Ifti perlahan. Selimut di tubuh ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Untuk seketika matanya bulat melihat tubuhnya yang berbaju. Yeaa memang dia berbaju namun baju itu kepunyaan Rifqi. Ahh! Malunya nak keluar! Bebel Ifti di hati.
            “Sayang, bangun lah. Subuh dah nak lepas ni..” Rifqi muncul dengan sebahagian tubuhnya dibaluti tuala.
           Ifti kaku. Damn it.
           “Oi..” Rifqi menggoncang tubuh isterinya. Dia tahu Ifti sudah bangun. “Tak nak subuh dengan saya ke?”
           “Kejap laa.. awak keluar dulu. Saya..”
           Rifqi senyum sinis. “Hoo, malu sebab..”
           “Rifqi!” jerit Ifti. Selimut di tubuh dibuka. Dan matanya bulat melihat tubuh sasa Rifqi yang nampak, seksi?! “Waaaah! Pakai baju la! Eee tak malu”
           Terus pecah gelak Rifqi melihat gelagat Ifti yang seperti budak-budak. Lebih-lebih lagi Ifti yang memakai baju t-shirtnya yang besar. Nampak comel dan lawak.
           Ifti menutup wajahnya dengan kedua tangan. Terasa panas. Walaupun air-cond begitu kuat.
           “Aih.. suami awak jugakan” Rifqi bangun dan melangkah menuju ke arah beg besarnya. Kain pelekat dan baju t-shirt di pakai. Kemudian rambutnya yang basah dikeringkan secepat mungkin.
           “Huh!” Ifti medengus sebelum turut bangun dan mencapai tuala.
           “Oh ya babe. Jangan lupa. Mandi yang ‘itu’. Okay?” Pesan Rifqi sebelum terkena bantal yang dibaling Ifti.
           “I know la!” jawab Ifti sebelum kelibatnya hilang di kamar mandi.
           Rifqi gelak. Sehingga mengalir air mata. “ Lawak betul wife aku ni..”







“WHAT! Kau joking je malam tu?” jerit Jaz dengan wajah terkejutnya. Tidak sangka, rupanya semalam Rifqi kawan ‘terbaiknya’ itu cuma berpura mabuk. Air pelik yang diminum Rifqi juga pelik baunya. Memang orang akan bersangka Rifqi meminum benda itu.
           “Ha’ah..” balas Rifqi selamba. Jarinya sibuk memetik guitar buruk Amir. Matanya leka memandang Ifti yang sedang bermain psp tidak jauh dari tempat mereka duduk lepak. Di ajak duduk bersama, ditolak mentah Ifti. Kata tak nak dengar ‘guys talk’.
           “Damn you. Aku ingat betul-betul kau terminum.” ucap Jaz separuh marah.
           Rifqi senyum kambing. “Well, night fool bro.”
           “Night fool my ass!” carut Jaz seraya menjeling tajam.
           Fuad dan Amir gelak.
           “Dia takut weh, wife kau marah kat dia.” sampuk Fuad dengan sisa tawanya.
           “Asal.. kau rasa wife aku tu garang ke?” soal Rifqi dengan wajah sinisnya.
           “Kau lebih tau!” jawab Jaz sambil memandang Ifti. Saat mata tajam Ifti memandangnya, pantas dia kembali memandang Rifqi.
           “Well from my view.. nah. Dia tak garang. First impression memang la kau kata dia tu garang. Even dulu, aku la dengan dia suka bergaduh. Apa orang kata, gaduh-gaduh manja..” cerita Rifqi tanpa dipinta.
           “Pui! Macam kita tak kenal kau. Kau memang suka kaki pembuli..” sampuk Amir dan diikuti dengan gelak tawa yang lain.
           Rifqi senyum senget. “Y’know me very well, men.”
           Amir gelak.
           “Nak tanya Rif.”
           “Apa dia?” Rifqi pandang Jaz. Nampak serius wajah lelaki yang sudah bertunang itu. Dia kenal Jaz bukannya baru. Dah lama. Segala ‘secret’, mereka sentiasa sharing.
           “Kau sayang dia, kan?”
           Fuad dan Amir berpandangan antara sama lain. Keadaan yang terasa tegang membuatkan mereka senyap dan hanya mendengar.
           Rifqi meletakkan guitar Amir di sisi. Senyuman di bibir terukir indah di wajahnya. Lagi-lagi matanya memandang Ifti.
           “Korang kenal aku kan? Tak mudah jatuh cinta. Apalagi percaya dengan kelembutan seorang manusia bergelar perempuan.” tutur Rifqi perlahan.
           Mereka mengangguk serentak.
           “Tapi.. tembok yang aku bina sejak dulu, sudah berjaya dipecah oleh seorang gadis bernama Ifti. Walaupun ketika itu aku dah cuba nafikan banyak kali. Bahawa, setiap kali aku nampak dia, jantung aku berdebar. Bila dia tiada, di minda aku penuh bayangan dia. Summarynya, aku cuma nak dia je di depan mata aku. Dan aku akan rasa tak senang, apabila terfikir yang dia akan bersama dengan lelaki lain selain aku.” luah Rifqi, penuh dalam.
           Tiga budak lelaki itu leka mendengar luahan Rifqi. Bukan selalu si Rifqi jiwang. Tadah saja telinga untuk mendengar.
           “Yes I do love her.” jawab Rifqi penuh romantis.
           Jaz berdecit. Tidak puas hati dengan mode jiwang Rifqi.
           “Cerita la lagi pasal korang. Nak juga dengar cerita panas dari Black Prince. Ye tak?” tutur Jaz sambil meminta pendapat Fuad dan Amir.
           “Ha’ah. Bukannya selalu dude.” sahut Amir dengan sengihnya.
           “Kaki aku nak?” ujar Rifqi sambil mengangkat kakinya.
           Jaz dan Fuad menggeleng laju. Dan kemudian mereka gelak serentak. Tidak tergambar jikalau Rifqi kembali ganas seperti dulu. Memang tidak cukup tanah mereka mahu melepaskan diri.
           Dari ekor mata Ifti memandang mereka. Dari tadi dia main psp, leka betul empat manusia itu bergelak-sakan. Entah apa yang mereka bualkan, Ifti tidak tahu. Sayup-sayup kedengaran perkataan ‘bad’ je dari mereka. Boy always be boy. Mulut mereka memang berbisa kalau bercakap. Pheww.. Ifti kembali concentrate main game psp sebelum masa untuk mereka pulang ke rumah masing-masing.






“AWAK, saya nak pergi ke rumah saya sebelah kejap.”
           “Eh, nak buat apa?” soal Rifqi dengan muka pelik. Sebelum ni, tidak pula Ifti bersuara mahu ke rumah sebelah semenjak pemergian arwah. Dan sekarang rumah itu kosong. Namun setiap hujung minggu mak Ti dengan rela hati akan menjenguk rumah tersebut.
           Ifti menggaru rambutnya yang semakin panjang. “Well, saya nak jenguk. Rasa rindu pula tak jejak ke sana lagi.”
           Sound’s like a pain. Rifqi duduk di sebelah isterinya. Ma dan pa sekarang tiada di rumah. Mereka pergi majlis hari jadi anak kawan mereka. Dan dengan kesempatan itu Rifqi dengan beraninya lepak di bilik isterinya.
           “Besok tak boleh ke?” ujar Rifqi. Tangannya menggapai tangan Ifti lalu dipegang kemas.
           Ifti tersenyum.
           “La, senyum pula dia..” Rifqi menarik hidung kecil Ifti perlahan.
           “Ye laa.. awak ni.” jawab Ifti, manja.
           “kenapa dengan saya? Hm?” Rifqi kemudian menarik Ifti ke dalam pelukkannya.
           “Nothing.” pelukkan Rifqi, dibalas. Hidungnya menghidu bau haruman Rifqi. Sungguh dia terasa aman.
           “Say it..”
           “Betul la.. takde apa-apa..” Ifti gelak.
           Pelukkan semakin erat. Ifti diam sambil mendengar degupan jantung Rifqi yang bergetar kuat.
           “I love you very much Ifti. To be honest, even you’re not infront of me.. I feel kinda lost. I can’t breath well without you. I’m so crazy inlove with you Ifti.” luah Rifqi penuh ke jiwa.
           “Erk.. selama ni bukan awak bernafas dengan baik ke? Even before you met me?” Ifti mendongak memandang wajah Rifqi.
           “Tch. Rosakkan mood romantik je awak ni.” tubuh Ifti dilepaskan. Rifqi mula memuncungkan bibirnya. Tanda merajuk.
           Aih.. apa pulak? Aku tanya yang betulkan? Ifti menggaru kening.
           “Awak.. sorry la..” baju t-shirt Rifqi ditarik-tarik. Namun tetap saja tiada sahutan dari Rifqi. Merajuk betul mamat ni. Ifti mendengus.
           Beberapa saat berlalu, tetiba Rifqi terkaku saat tubuhnya dipeluk kemas dari belakang oleh Ifti. Perkara yang jarang sekali yang dibuat oleh Ifti Aulia.
           “I love you very much than you do. And if I make a mistake, will you forgive me? I Ifti Aulia will take any punishment from you, Naufal Rifqi” kata Ifti, lembut.
           Rifqi yang mendengar pun sudah lembut hati apabila mendengar suara halus itu. “Anything?”
           Ifti menelan air liur. Dah sebut, kena terima padah. “Yes. I mean it.”
           Dan-dan itu pelukkan Ifti terlepas. Tubuhnya ditolak Rifqi sehingga dia terbaring. Rifqi sudah mengepung dirinya. Tidak ada peluang untuk dia melarikan dirinya.
           “Let me..”
           Wajah Rifqi semakin dekat. Ifti cuma menanti. Apa pun yang Rifqi lakukan, dia tidak kisah. Lagi-lagi dia sebagai isteri yang sah.
           Belum sempat Rifqi berbuat sesuatu, pintu bilik terbuka luas. Berdirinya datin Syika dengan matanya yang membulat.
           “Naufal!!!” jerit datin Syika tidak semana-mana.
           Rifqi dan Ifti mula kalut.
           Rule yang ditetapkan oleh datin Syika sebelum kahwin, jangan duduk berdua-duaan untuk menghindari mereka melakukan perkara yang ‘intim’. not before Ifti Aulia graduate from kolej.
           “We’re doom, Rifqi.”
           “Serve we right.” Rifqi tersengih membalas renungan tajam datin Syika yang sudah menggelagak api kemarahan.

#sorry jikalau ada typo.  :)

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now