Bab 49

1.7K 66 0
                                    

                       Bab 49

                              RIFQI merenung muka pa dan ma nya. Raut wajah pa nya tenang seperti air suam di dalam gelas, tidak berkocak. Ma nya pulak sudah seperti mak tiri cinderella. Mukanya merah dan dahi sudah berkerut-kerut, menahan berang.
           “Ma dah pesan kat korang kan?,” datin Syika mula bersuara.
           Rifqi dan Ifti diam. Ifti ingin menangis namun tangannya yang dipegang kemas Rifqi, membuatkan dia ada kekuatan sedikit.
           “Jawab Naufal, Ifti..”
           “You.. tak salah kan? Mereka kan suami isteri yang sah?”sampuk datok Azlan, perlahan. Mahu menjaga hati isteri dan anak menantu.
           “Memang tak salah you, tapi Ifti kan masih lagi belajar? Tambahan lagi Ifti ni bersedia ke tidak kalau dia punya zuriat nanti?” balas datin Syika. Matanya tajam memandang Ifti.
           Ifti tunduk lagi. Mahu sahaja dia membalas kata mertuanya itu. Namun hati mertua perlu di jaga juga.
           Datok Azlan menggeleng perlahan. Kesian pulak dia melihat Ifti yang sudah nampak bersalah walhal perkara itu bukannya salah pun.
           “Dahla sayang. Apa yang dia orang nak buat biarlah. Lagipun dia orang bukannya budak-budak lagi. Pandai-pandai la dia orang handle sendiri dia orang punya urusan. Okay?” kata datok Azlan, perlahan. Separuh memujuk isterinya. Berharap sangat isterinya itu akan faham.
           “Tapi..”
           “Ma. Ma jangan risau. Saya dan Ifti dah sedia pun nak pikul tanggungjawab masa depan tu.” Rifqi tetiba bersuara. Dia tidak mahu ma dan pa bertekak disebabkan hal remeh. Apalagi ingin menjaga hati isterinya yang sudah nampak ingin menangis itu.
           Datin Syika diam dan berfikir.
           “We will do our best ma.” janji Rifqi.
           Perlahan-lahan datin Syika tersenyum.
           Dan-dan itu pasangan baru itu buat muka pelik.
           “Yala, yala. Ma main-main je. Saja test korang.” ucap datin Syika dengan gelak kecilnya.
           “Eh?” Ifti dan Rifqi berpandangan sesama sendiri.
           “So is that mean, ma tak marah?” soal Rifqi dengan wajah bengangnya.
           “Ha’ah.” balas datin Syika selamba.
           “Really?” giliran Ifti.
           “Yes dear”
           “Amacam you, amazing right? Lakonan I?” datin Syika gelak. Lagi-lagi melihat reaksi dari anak menantunya. Sungguh bukan betul-betul pun dia mahu melarang mereka dari melakukan hal suami isteri. Saja menguji pasangan baru itu.
           Datok Azlan senyum dan mengangkat ibu jarinya ke atas.
           “What..pa pun komplot sama ek..”kata Rifqi, sinis.
           “Ha’ah. Ma kamu ni yang ajak.” jawab datok Azlan, tersengih.
           “Alahai..” Rifqi berkeluh sebelum membaringkan kepala beratnya atas peha Ifti.
           Ifti tersenyum kambing dengan kerenah mertuanya yang sebijik perangai Rifqi yang suka bagi orang kejutan tak di duga. Namun hatinya lega.








DATIN HAIZA berjalan mundar-mandir. Dari pintu utama sehingga ke hujung. Jari digigit. Tanda fikirannya bercelaru ketika ini. Panggilan semalam masih segar di halwa telinganya. Seperti tidak percaya. Apa yang ditakutkan selama ini telah pun terjadi.
           “Hello, apa kau nak?” soal datin Haiza sebaik saja telifon diangkat. Matanya sempat memandang jam yang menunjukkan pukul tiga petang.
           “Irlina sudah tahu tentang kembar dia.” kata  seorang  lelaki  di  hujung  talian.
           “Apa?!” tempelak datin Haiza, terkejut. Nasib baik waktu ni tidak ramai perkerja berkeliaran di luar. Kalau tidak, mahu terkejut mereka mendengar suara lantang boss mereka.
           “Macam mana kau tahu?” soal datin Haiza. Peluh di dahi timbul.
           “Alat pendengar yang saya letak kat beg Irlina”
           “Send the record now!” arah datin Haiza keras sebelum mematikan talian.
           Teet.. ada hantaran di kaca laptop miliknya. Sepantas itu juga datin Haiza cepat membuka.
           “Ibu jangan risau. Lina akan bawa balik adik secepat mungkin.”
           “Jangan lama Lina. Nanti datin Haiza tau rancangan kita.”
           “Yeaa. Don’t worry ibu. Selagi kita mampu, kita akan ambil hak kita. Dia tu cuma orang tua yang tidak ada hati manusia saja. Suka-suki menyerahkan adik orang kat orang lain.” kedengaran Lina seperti marah.
           Orang tua?! datin Haiza merengus kasar. Tidak menyagka cucunya yang disayanginya amat, berperangai backstabber.
           “Aih, bukan orang lain. Uncle Lina juga kan..”
           “Yala..ib-”
           Tanpa mahu mendengar ayat selanjutnya, datin Haiza terus saja menutup recording tersebut. Hatinya sakit. Kemarahan yang kian menggelagak di dalam dirinya semakin kuat. Dia kena buat sesuatu. Sebelum perkara yang tidak diingininya akan berlaku.
           “Puan.. cik Irlina dah sampai.”
           Lamunannya terhenti. Wajah pembantunya di pandang kosong. “Hm.. panggil dia masuk ke bilik as soon as possible.”
           “Baik puan.”
           Sebaik sahaja pembantunya beredar, datin Haiza melangkah masuk ke biliknya.
           Irlina melangkah masuk sebaik sahaja pintu di buka oleh pembantu muda. Senyuman di pamirkan sebaik saja pembantu cantik itu tersenyum.
           “Puan dah tunggu cik Irlina kat bilik bacaan.” beritahu pembantu itu dengan senyuman sentiasanya.
           “Terima kasih.”
           Irlina meletakkan beg mahalnya atas sofa sebelum berlalu menuju ke bilik bacaan. Dia tahu apa yang ingin dicakapkan oleh tok manya itu. Mesti dia dah syak yang aku dah tau tentang itu. Duga Irlina dengan senyuman sinisnya. Bukannya dia tidak tahu, konco tok ma ada meletakkan alat pendengar di begnya. Itu pun dia tahu selepas dia menyelongkar begnya semalam. Too cliche.
           Pintu diketuk sebelum suara datin Haiza kedengaran.
           “Tok ma.. kenapa panggil Lina?” soal Irlina dengan senyuman palsunya. Pintu di tutup sebelum dia melabuhkan punggung di sofa hadapan datin Haiza yang sudah bermuka tegang.
           “Tok ma?” seru Irlina.
           “Lina ada sorok sesuatu dari tok ma?” soal datin Haiza.
           “Hm..” Irlina menyentuh dagunya. Saja mempermainkan orang tua tersebut. “Tak. Kenapa?”
           Datin Haiza memandang tajam cucunya itu. Nampak cucunya yang disayanginya itu sedang mempermainkannya. Baik. Kita tengok. Siapa yang mainkan siapa.             Datin Haiza menggeleng sambil tersenyum nipis dibuat-buat. Keadaan yang tegang berubah menjadi ceria hambar.
           Irlina turut sama mempermainkan peranan.
           “Maafkan tok ma. Tok ma just terbawa-bawa.”
           “Maksud tok ma?”
           “Semalam di tempat kerja, ada seorang perkerja tok ma ni. Dia backstab tok ma. Habis hal sulit kerja dibocorkan kepada company lain. Tu yang buat tok ma sakit hati.” ujar datin Haiza. Namun matanya tajam menusuk kepada Irlina.
           Irlina mengangguk perlahan. Dia tahu apa sebenarnya yang dikatakan orang tua tersebut. Namun dia tetap berpura-pura buat seperti orang mengiyakan sahaja.
           “Tu la tok ma. Lain kali hati-hati. Baik atau pun jahat sekalipun orang tu, jangan sesekali percaya seratus peratus. Bak kata orang melayu benda yang menakutkan bukannya hantu tapi manusia sendiri. Summarynya, tak semua manusia ni punya hati yang suci. Belagak suci depan orang, kat belakang.. jahat giler. Aih.. seriau Lina bayangkan!” tutur Irlina sadis.
           Dan ternyata, bebola mata datin Haiza bergerak. Menandakan dia terasa dengan ayat sindiran pedas Irlina.
           Irlina tersenyum sinis. Padan muka! Don’t play with child tok ma. Child more dangerous when they started playing a dangerous game. 






DERUMAN motor memasuki perkarangan rumah membuatkan Ifti terpaku sebentar di katil. Psp di tangan diletak. Dia bangun dan berlalu mendekati tingkap. Dari luar, Rifqi sedang membuka helmetnya. Tampak kacak di mata Ifti ketika itu. Huh, balik juga dia. Dah la lewat. Tak ingat diri tu punya isteri. Bebel Ifti di hati. Matanya melirik jam yang sudah pukul dua belas pagi. Kalau pa dan ma masih bangun, confirm suaminya itu akan dibebel.
           “Yalaaa… janji tak balik lewat lagila ma..”
           Kedengaran suara garau Rifqi dari luar bilik. Secepat itu Ifti kembali baring. Psp yang ter’paused’ di ‘locked’. selimut di kaki ditarik sehingga ke dada. Mata ditutup rapat.
           Perlahan-lahan Rifqi membuka pintu. Nasib baik ada dua kunci bilik. Kalau tak, terpaksalah dia mengetuk dan menerima bebelan dari isterinya.
           Phew.. nasiblaa. Kalau tak sebab Jaz bawa lepak kat kedai tok tahi hidung masin tu, takde maknanya aku nak balik lewat. Rifqi melepaskan keluhan kecil. Matanya redup memandang wajah Ifti yang tidur lena. Perlahan dia mendekati. Seketika kemudian matanya terpandang psp yang terbuka. Rifqi senyum senget.
           “Alahai.. dah tidur rupanya isteri aku ni.” bebel Rifqi kuat.
           Tch! Pehal mamat ni memekak. Bisik Ifti dalam hati. Posisi tidur sikit pun tidak bergerak. Nanti kantoi!
           Ifti mula terasa berat di sisi sebelah menandakan Rifqi sudah pun berada di situ. Sesaat itu pipinya sedang diusap perlahan.
           Jangan bergerak Ifti. Dia sengaja usik kau tu!
           Rifqi asyik memainkan pipi gebu Ifti yang semakin hari semakin tebam. Geram pula dia tengok.
           “Bestnya punya pipi chibi ni..” suara Rifqi semakin dekat.
           Ya Allah.. boleh jadi gila aku dengan mamat ni. Keluh Ifti. Namun dia masih tidak mahu lakonannya terbocor.
           Cupp! Ifti pantas membuka matanya.
           “Hoo, baru kiss kat situ sayang saya dah bangun? Waaah amazing!” ujar Rifqi dengan gelaknya.
           Ifti bangun dan duduk bersila. Pipinya yang bekas kena kucup Rifqi tadi buat dia segan. “Awak ni kan. Tak sah kalau tak usik saya sehari?”
           “Aih.. marah nampak? Period ke?”
           “Awak!” jerit Ifti perlahan. Sebuah cubitan hinggap di bahu Rifqi. Rifqi gelak sakan.
           “Betul ke awak period?” soal Rifqi, mengusik.
           “Tak la… ish. Dah la lewat balik. Masuk-masuk usik orang tidur. Jahat tau tak..” Ifti memuncungkan mulutnya. Dia memalingkan wajahnya dari renungan Rifqi. Suka betul Rifqi memandang lama.
           “I’m sorry. Jaz, dia yang ajak saya lepak lama.” pujuk Rifqi sambil menarik Ifti ke dalam pelukkannya. Namun Ifti keras tidak mahu dipeluk.
           “Jaz tu isteri awak ke?” soal Ifti, sarkastik.
           “Hm.. yea. Isteri ke lima.” seloroh Rifqi.
           “Ha, ha , ha. Lawak.” Ifti pura-pura gelak.
           Terus pecah gelak Rifqi. Aigoo, sungguh comel isteri aku ni. “ Meh sini. Saya nak peluk sayang saya ni..”
           Mendengar ayat manis Rifqi, terus lembut hati Ifti. Dia membiarkan suaminya memeluknya, erat. Bau haruman Rifqi membuai-buaikan dirinya.
           “Lepas ni, saya janji. Tak akan lama lepak dengan member. Maafkan saya ye, sayang?” jarinya mengusap lembut rambut lurus milik Ifti. Rambut Ifti la favouritenya. Entah kenapa dia suka, dia pun tidak tahu.
           “Janji?” Ifti mendongak dan merenung wajah Rifqi, manja.
           “Janji.” balas Rifqi seraya mengucup lembut dahi Ifti.
           “Yey. Jom la tidur.. saya dah mengantuk.” Ifti meleraikan pelukkan suaminya namun cepat saja Rifqi kembali memeluknya. Ifti mengerutkan dahinya. “Nak tidur macam ni ke?”
           “Ha’ah. Tidur macam ni je..” Rifqi gelak kecil.
           “Sejuk la.. kalau ye pun, pakai la selimut.” Ifti turut gelak.
           Rifqi akur seraya menarik selimut menutupi tubuh mereka. Mereka baring sambil berpelukkan.
           “Goodnight Ifti Aulia..”
           “Goodnight too, Naufal Rifqi..”
           Rifqi tersenyum sebelum mengucup kedua belah pipi isterinya.














Flower Girl plus Black Prince✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن