Bab 27

1.4K 68 0
                                    

                            Bab 27

   
                                         “INALILLAHI wa inna ilaihi raji’un..” datok Azlan berpaling memandang isterinya yang terkedu melihat susuk tubuh kembarnya yang terbaring kaku di atas katil. Baru tadi doktor telah mengesahkan yang kembar isterinya itu sudah tiada. Yang lebih mengejutkan mereka lagi adalah penyebab kematian wanita tersebut.
        “Arwah mati disebabkan Arsenik. Iaitu racun yang telah menyebabkan beliau kejang sehingga akhirnya menyebabkan beliau mati.” ujar doktor muda itu.
        “Macam mana boleh terkena Arsenik?,” soal datok Azlan.
        “Hm.. sebenarnya Arsenik ini untuk menyembuhkan penyakit. Namun jika terlalu banyak digunakan secara berlebihan.. Arsenik ini juga boleh menybebkan kematian. Dalam kes arwah, besar kemungkinan beliau telah disuntik dengan begitu banyak.” ujar doktor muda itu dengan panjang lebar.
         Datok Azlan melepaskan keluhan kecil.
         Bukan kesudahan ini yang dia nak. Namun apakan daya. Ini semua luar jangkaanya.
         Datin Syika masih menatap kembarnya. Perasaannya ketika ini bercampur baur. Gembira, sedih, marah. Tu la perasaan yang dirasainya buat seketika.
         Tetiba pintu dari luar dibuka. Terjegul kepala Rifqi.
         “Pa..” Rifqi masuk sebaik saja datok Azlan melambainya.
         Rifqi memandang ibunya terlebih dahulu. Wajah ibunya tampak sungul. Seketika kemudian dia memandang wanita yang terbaring di atas katil tersebut.
         “How come jadi macam ni, Pa?”
         “Ada orang luar pecah masuk ke lokap auntie Syima. And he killed her.”
         Kening Rifqi berkerut. “He?”
         “Kami ada saksi, yang  mengatakan  ada  seorang  lelaki  pecah  masuk  ke  dalam.” sampuk polis bertagkan nama Harun.
         Rifqi menggelengkan kepalanya. Baru beberapa jam lalu dia menemui wanita itu. Tup, tup wanita itu telah dibunuh. Kejam sungguh orang..
         Tetiba..
         “Seterusnya nyawa gadis yang kau sayang akan dalam bahaya..”
         Rifqi tersentak. Suara sinis itu terngiang-ngiang dibenaknya.
         “Ih, nak ke mana tu Naufal?,” soal datok Azlan sebaik sahaja Rifqi melangkah mahu keluar. Namun anaknya itu pergi begitu sahaja tanpa berpaling. Datok Azlan menggeleng.







IFTI mengemas semua perkakas pensil warnanya yang berselerakkan di atas meja. Ramai rakannya sudah pulang ke rumah. Memandangkan jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Dia balik lewat pun kerana ingin menyiapkan komiknya yang masih ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Jangan tak sangka orang seperti Ifti si peminat bunga tidak pandai melukis. Hehe!
        “Ifti..”
        Ifti tersentak lalu mengangkat kepalanya.
        “Rifqi?” Ifti membulatkan matanya. Terkejut apabila melihat Rifqi berdiri sambil termenggah-menggah. Seperti baru berlari beberapa kilometer jauhnya.
        “ Awak dah kenapa? Baru buat marathon ke?” soal Ifti, pelik.
        Tanpa menjawab soalan gadis itu, Rifqi melangkah mendekatinya. Ifti mengerutkan lagi keningnya.
        “Rifqi?” serunya lagi.
        Soalan Ifti tidak dijawab. Sebaliknya dia mendekati gadis itu.
        “Kau hari ni tak apa-apakan?” Rifqi bertanya, sambil menilik Ifti dari atas hingga bawah.
        “Ih?” Ifti, blur.
        “Ada orang lain jumpa kau tak?,” soal Rifqi lagi.
        Erk. Kenapa dengan mamat ni? Ifti bertambah pelik dengan perangai pelik si Rifqi.
        Melihat wajah Ifti yang blur tu buat Rifqi rasa bersalah. Tambahan lagi teringat perihal semalam. Semalam baru sahaja mereka meletuskan pergaduhan. Mesti Ifti bertambah pelik tahap ‘gaban’.
        Rifqi kembali diam dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi milik Qayyum. Manakala Ifti turut melabuhkan punggungnya di atas kerusi miliknya.
        Ifti menatap wajah Rifqi. Jelas ketara wajah lelaki itu penat. Seperti risaukan sesuatu pun ada juga.
        “Awak.. awak ada masalah ke?” Ifti bertanya, lembut.
        Rifqi diam.
        “Kalau ada, share la sama saya. Saya kan, EX awak.” ucap Ifti.
        “Ha..Ex? Sejak bila kita putus?” soal Rifqi, sedikit marah.
        Ifti senyum.
        “Senyum pula minah ni.” keluh Rifqi.
        Tidak semana-mana Ifti meletuskan tawa kecilnya. Lawak melihat wajah cemberut Rifqi. Macam budak-budak!
        “Gelak pula.. orang tengah marah dia gelak!”
        “Alaaa.. orang gelak pun takleh. Kedekut.. “ujar Ifti sebaik saja sisa tawanya habis.
        “Elah! Kedekut la sangat..” Rifqi mencebik.
        “So.. apa cer? Dah lah tak sekolah. Penyakit ‘m’” tutur Ifti, sinis.
        Rifqi terlopong. Berani betul dia kata aku ni penyakit ‘m’? Fuh.. nasib kau awek aku.
        “Bukan malas. Takde mood nak sekolah.”balasnya, selamba.
        “ceh!” Ifti mencebik.
        Beberapa minit  berlalu, mereka tetap berdiam diri. Sehinggalah bunyi loceng lima belas minit sudah berlalu.
        “Saya nak balik.”
        Belum sempat Ifti berdiri tangannya dipegang Rifqi. Ifti terkejut.
        “Er.. aku.. minta maaf pasal semalam.” Rifqi menggaru pipinya. Rasa malu pula.
        Ifti senyum. Dengan perlahan dia melepaskan pegangan Rifqi. “It’s okay. I am too sorry..”
        Rifqi tatap wajah Ifti. Wajah senyuman manis milik Ifti mendebarkan jantungnya yang tadi relax kembali berkerja berlebihan. Sungguh dia amat mencintai gadis di hadapannya itu.
        “Ifti, jom kahwin.” ujar Rifqi, senada.
        Ifti terlopong.
        Dia rasa dia tak salah dengar. Tapi macam tak percaya pula Rifqi berkata macam tu.
        “A-apa aw-awak cakap?” soal Ifti, minta kepastian.
        “Jom kahwin dengan aku.” ucap Rifqi sekali lagi.
        Dan..
        Tubuh Ifti hampir saja jatuh ke atas lantai, namun nasib baik Rifqi sempat menyambutnya dari jatuh.
        “La.. pengsan pula minah samseng ni!” keluh Rifqi.
        
        
       
        

Flower Girl plus Black Prince✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora