Bab 26

1.7K 56 0
                                    


                                                                                 Bab 26

 IFTI berjalan perlahan di koridor sekolah. Keadaan sekolah yang masih sunyi tidak dipedulikan. Sudah tebiasa dengan keadaan seperti itu. Namun fikirannya melayang. Entah apa yang sedang difikirkannya sampai lah ada seseorang menegurnya dari jauh.

Ifti menoleh sekilas tanpa suara.

Qayyum berlari ke arah Ifti. "Weh, dah hampir lima kali aku panggil kau. Kau pakai earpiece ke?,"

"Tak pun"jawabnya selamba.

"Habis tu?"

"Day dreaming," Ifti sengih.

Qayyum mencebik. "Tak baik berangan."

"Berangan tu kan free?" bidas Ifti sambil meneruskan perjalanannya. Qayyum menyaingi langkah Ifti.

"Memang la free. Tapi.. berangan tu kan perangai syaitan?" balas Qayyum.

Ifti senyum. Memang tidak boleh disangkal lagi ayat kenyataan dari Qayyum itu. Dia tahu. Cuma dia saja bermain kata.

"Ye la.. ustaz Qayyum." Ifti senyum.

Qayyum gelak. " Apa pula ustaz, memang tak ngam la dengan aku."

"Okey apa.. ustaz Qayyum." Ifti turut gelak.

"Tak nak la!"

Senda-gurau mereka menarik perhatian Hanni yang kebetulan turut datang awal dan sedang berdiri di depan kelasnya. Dia mencebik benci melihat senyuman dari gadis yang dibencinya itu. Kerana senyuman itulah memikat orang yang disayanginya. Kerana gadis itu juga dia tidak dapat memikat hati si pujaan hatinya.

Sabar Ifti Aulia.. plan aku akan berjalan lancar kali ni. Hanni senyum sinis.

Sebaik sahaja mereka ingin masuk kelas , Hanni berjalan mendekati mereka.

"Hi there.. what a lovely lovey-bird walking together in the morning. Rifqi kau letak mana Ifti?," perli Hanni.

Qayyum pandang Ifti. Tenang saja wajah gadis itu.

"Well as you can see, only the two of us kan? About mana Rifqi tu.. tak pula aku tau. In fact.. aku bukan PA dia. So jangan tanya di mana dia berada. Okay cik Hanni? Then excuse us.. jom Qay." Ifti terus meninggalkan Hanni yang sudah sakit hati. Qayyum tanpa memandang Hanni mengikuti langkah Ifti.

"Biadap perempuan tu! Sabar, sabar.. kali ni kau menang Ifti. Kau tunggu je, huh!" rengusan kasar dihembus.

"Hanni, kau buat apa kat sini?," tegur Nia. Di sebelahnya pula Mia.

"Ih korang dah sampai..jom la. Letak beg dulu lepas tu teman aku pergi kantin." Hanni senyum plastik.

"Okay, jom. Kejap ye.."

Hanni mengangguk dan menghantar kelibat kawannya yang kembar itu.

"Mia.. Hanni tu pelikkan?" bisik Nia setelah mereka jauh dari Hanni.

"Ish, asal Nia cakap macam tu?," Mia kejap-kejap pandang ke luar. Kot-kot Hanni tetiba masuk. Habis nanti si Nia ni.

"Ye la. Asyik mencarut je bila dia seorang diri. Takut dia tu jenis psycho." ucap Nia.

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now