Bab 29

1.5K 60 0
                                    

                               Bab 29

                                         IFTI menekup mukanya ke dalam bantal busuknya. Fikirannya melayang memikirkan hal tadi. Rasa malunya pun masih belum lagi hilang. Kenapa Rifqi terlalu sweet hari ni? Bukan ke semalam punya semalam dia gaduh ngan aku? Haih.. boleh lost mind aku kalau macam ni! Ifti mula menggerakkan tubuh kecilnya ke kiri dan kanan di atas katil empuknya.
         “Akak! Turun, abang Rifqi datang!” jerit Aira dari bawah.
         Ifti tersentak. Terus sahaja dia bangun dan pantas kakinya melangkah keluar. Sambil turun anak tangga, dia menggaru rambutnya yang ditutup dengan tudung bawal.
         “Haih kak, laju larinya.. “Usik si kecil dengan sengihannya. Datin Husna yang duduk di sebelah Aira, turut tersenyum kecil.
         Pipi Ifti berona merah. Malu diusik.
         “Umi, Ifti jumpa Rifqi ye,?” Ifti minta izin.
         “Jangan dekat-dekat.” balas datin Husna dengan senyumannya yang tidak pandai lekang.
         Ifti mengangguk sebelum ke luar. Setibanya di luar, Rifqi sedang berdiri tegak sambil mendongak memandang awan yang gelap. Agaknya nak hujan.
         “Assalamualaikum, awak datang ni nak apa?,” sapa Ifti, senada. Jantungnya berdebar.
         Rifqi pantas mencari wajah Ifti lalu dia tersenyum. Rasa tenang apabila menatap wajah tanpa sebarang bahan kimia itu.
         “Wa’alaikumussalam. Saja je. Rindu..” balas Rifqi, selamba.
         Erk..
         Ifti menggaru keningnya. Malu yang mula higher, buat dia mula gabra.
         “Apalah awak ni. Kat sekolah kan boleh jumpa.”
         “Memang la. Kat sekolah, memang hari-hari muka kau terpampang kat mata aku. Tapi.. setiap kali aku nak bercakap dengan kau, kau lari. Nak dekat ngan kau pun susah.” luah Rifqi, ada nada sayu di hujung kata.
         Ifti terkedu. Memang dia sengaja berbuat demikian. Bukan apa, semenjak dua menjak ni Ifti rasa awkward saja apabila bersama Rifqi. Dia seorang gadis yang tidak pemalu jadi pemalu yang tidak bertempat. Macam mana dia mahu sorok, pelakuannya yang baru ni? Dia sendiri tidak tahu.
         “Oi, kau dengar ke tak ni?” sergah Rifqi apabila Ifti tidak ada sebarang respon.
         Ifti tersengih, “ Dengar la. Saya bukannya pekak.”
         Rifqi mencebik.
         “Ni.. aku bagi kau.”
         Kotak yang berbalut cantik dihulur oleh Rifqi. Ifti mengerutkan dahinya namun huluran itu tetap disambut. “Hadiah ke? Hari jadi saya belum lagi tiba tau.”
         “Aku tau la. Takkan bagi hadiah ni, kena tunggu hari jadi? Common people.” getus Rifqi, sinis.
         “Habis tu?” Ifti buat muka. Orang tanya je. Tu pun ke hati.
         “Ambik je la. Aku belikan hadiah tu untuk girlfriend aku. Tak salah kan?,” Balas Rifqi.
         Kesian betul awek aku ni. Blur tahap kronik.
         “Memang tak salah. Tapi..”
         “Tak payah tapi, tapi. Aku cubit kang pipi kau tu.” potong Rifqi, geram. Banyak songeh!
         “Dia ni kan..” Ifti muncung sedepa.
         “Dah, dah. Pi masuk. Kejap lagi nak masuk asar. Besok puasa, jangan lupa.. sahur ek..” ucap Rifqi tanpa menghiraukan wajah cemberut Ifti. Makin dilayan, makin berdebar jantungnya memandang wajah manis Ifti.
         Ifti akur.
         Sebelum Rifqi melangkah pergi, namanya diseru. Dia menoleh tanpa suara.
         “Thankyou awak. Nanti saya belikan untuk awak ek.. Assalamualaikum, sayang awak!” ucap Ifti seraya kakinya laju memasuki rumah.
         Dalam hati hanya Allah saja tau betapa malunya dia sekarang ini.
         “Wa’alaikumussalam..” jawabnya perlahan.
         Namun beberapa saat kemudian Rifqi terkedu. Lidahnya kelu. Badannya terkaku. Betul ke apa yang di dengarnya tadi? Ifti cakap sayang aku? Oh my..! Rifqi mula bersiul-siul menuju ke rumahnya. Hatinya berbunga. Fikirannya pun mula melayang.
       









“HAH! Follow aku Qay. Jangan dok hunting je kat situ. Tengok tu, lawan kita dah pecahkan turrent kita. Dang it!” ucap Rifqi. Matanya tetap menatap iphonenya di tangan.
         “Kejap. Miya cantik ni sedang ngorat aku weh.” balas Qayyum. Dia juga seperti Rifqi. Leka dengan gadjet di tangan.
         Manakala Rayyan dok tengah layan drama korea di kaca televisyen. Matanya leka dengan drama korea iaitu Rebel who stole people yang baru digilai oleh penonton.
         “Guys, dah.. dah la tu main mobile legend tu. Meh teman aku leleh mata tengok drama ni. Best yo..” Rayyan mula bersuara. Bosan juga tengok sorang-sorang. Takde teman bercakap.
         “Kau leleh la sorang bro. Kitaorang dah nenekmaster ni..” tolak Rifqi tanpa mengalihkan pandangannya.
         Qayyum cuma mengangguk.
         Rayyan mencebik. Gila game! Hang berdua makan la game tu. Bagi kenyang sikit perut tu.
         “Yes! Kita menang !” jerit Rifqi tetiba.
         Qayyum juga tidak kurang, terkinja-kinja di atas lantai yang berlapikkan karpet empuk. Gembira!
         “Ya Allah, korang ni. Dapat pangkat apa?,” soal Rayyan.
         “MVP.” Senyuman lebar di pamir Rifqi.
         “Hang?” Rayyan pandang Qayyum. Sengih saja mamat nerd tu.
         “Golden dude.”
         “Huh! Ingat pangkat tu real? Piraaah!” getus Rayyan, sinis.
         “Cemburu lah tu.” perli Rifqi, separuh mengusik.
         Qayyum gelak kecil.
         Rayyan memang bukan gamer. Walaupun dia bukan gamer, tapi dia seorang cyberPro. Bab-bab computer, serah je kepada Rayyan. Kalau game tentu sahaja kepada budak dua ekor tu.
         “Whatever” Rayyan julingkan matanya. Dan mereka berdua gelak.
         Seketika kemudian pintu bilik diketuk dari luar. Rifqi bingkas bangun seraya membukanya. “Ma..”
         Datin Syika senyum sambil membawa dulang yang berisi minuman dan makanan. “ Izinkan ma masuk.”
         “Sure.” Rifqi memberikan laluan untuk mamanya.
         Rayyan dan Qayyum memberikan senyuman buat wanita itu. Dahlah malam-malam lepak di rumah Rifqi. Memang hantu mereka ni.
         “Korang tak nak tidur sini ke?”
         “Tak auntie. Kita orang balik before sebelas malam.’ jawap Qayyum, sopan.
         “Laa.. kan elok korang tidur je kat sini. Lagipun besokkan cuti? Why not korang tidur sini je? Boleh kita semua sahur sama.” ujar datin Syika dengan senyuman murahnya.
         Dua orang pemuda itu tampak bersalah. Nak tolak macam tak sopan pula. Nak terima pelawaan itu, mereka berdua kena tanya kedua orang ibu-bapa mereka dulu. Tapi, diaorang ke sini pun tanpa pengetahuan ibu-bapa mereka. Haih masalah.
         “Ma, besok kan first puasa? Mestilah mereka ni nak first puasa dengan family diaorang. Kan guys?” Rifqi menyelamatkan mereka. Terus sahaja kedua orang pemuda itu mengangguk.
         “Oh.." wajah datin Syika tampak hampa. Namun  tak pula dipaksanya. Siapa dia nak paksa anak orang?
         “Lain kali je ye auntie..?” kata Rayyan, mengambil hati datin Syika.
         Datin Syika mengangguk perlahan.
         Sebaik sahaja wanita itu keluar, Rifqi cepat menyentuh makanan yang dibawa oleh mamanya tadi. Kemudiannya diikuti oleh Rayyan dan Qayyum.
         “Sedap ma kau masak.” puji Qayyum. Kuih di dulang di capai lagi.
         “Of course.” jawab Rifqi, bangga.
         “By the way Rif. Apa cer kau dengan Ifti? Okey dah?” soal Rayyan.
         Rifqi senyum sebelum menjawab. “All well’s bro.”
         Rayyan mengangguk.” Alhamdulillah. “
         “And you know what..”
         “What?” soal mereka serentak. Mereka menelan air liur sambil menanti kata-kata Rifqi.
         “Dia cakap sayang kat aku.”
         “Perghh.. akhirnya.. congrates bro!” bahu Rifqi ditepuk kuat oleh Qayyum. Dia turut gembira dengan hal itu. No wonder wajah Rifqi gembira benor hari ni.
         “Congratulation mr. Samseng.. akhirnya, dia luahkan perasaan cintanya  pada  kau. “ Rayyan sengih.
         “Kau.. aku luku kang kepala kau tu.” ugut Rifqi. Tidak suka dengan gelaran samseng tu.
         Rayyan angkat kedua tangannya ke udara. “Surrender. Sorry!”
         Ketiga-tiga mereka gelak.
         Tanpa mereka sedar, Iqbal mencuri dengar dari luar pintu. Darahnya mendidih, geram. Terasa sakit di hati. Si abang gembira. Si adik pula merana.
         “Kau tunggu, Rifqi. Aku takkan bagi kau peluang gembira selamanya.” dendamnya lalu meninggalkan tempat itu.

Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now