Bab 31

1.5K 59 0
                                    

                                  Bab 31

                                       SUDAH HAMPIR dua bulan berlalu. Di bulan lalu yang banyak rintangan dan cabaran yang dilalui. Dan hari ini, adalah hari cuti yang di cari oleh pelajar. Ifti tersenyum bila teringat pada hari peperiksaan menjelang sebulan lalu. Di saat hampirnya peperiksaan sekolah hampir tiba, mereka semua bersepakat mahu mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Dan tempat menjadi pilihan mereka mengulangkaji adalah di rumah Rifqi.
          Pada mulanya memang lelaki itu membantah. Namun setelah banyak kali Hafiz merayu, barulah lelaki itu mengalah. Dia setuju mereka datang ke rumahnya. Dengan syarat Ifti mesti ikut sama. Ifti pun setuju walaupun sedikit keberatan dengan permintaan tersebut. Bukan kerana dia tidak mahu, tapi dia takut kehadirannya tidak akan di undang oleh datin Syika.
          “Akak.. dah lemas bunga lily tu.” tegur Aira apabila ternampak kakaknya seperti mengelamun panjang.
          “Ha..? alamak!” Ifti tersentak. Cepat saja dia menjauhkan pili air dari menyimbahi bunga kesayangannya. Dia menggaru rambutnya yang ditutupi tudung. Menyedari akan kealpaannya.
          “Akak mengelamun ek..” Usik si kecil. Hampir tergelak dia melihat kekalutan kakaknya.
          “Mana ada.” bidasnya.
          Ifti melangkah menutup pili air yang tidak jauh. Kemudiannya dia berjalan menuju ke arah buaian. Aira mengikutinya.
          Aira memandang wajah kakaknya.
          “Yes.. anything?” Soal Ifti setelah menyedari renungan adiknya.
          “Dah lama akak tak keluar dengan abang Rifqi.”
          Ifti tersentak.
          Betul. Dah lama dia tidak berjumpa dengan kekasihnya itu. Sudah sebulan mereka tidak bersemuka apabila habis waktu sekolah. Di sekolah pun, cuma berbual tentang pelajaran sahaja. Ifti perasan yang hubungan mereka semakin hambar. Hubungannya dulu bersama Rifqi pun sudah tidak ada manisnya. Layanan Rifqi pun sudah berbeza dari yang dulu.
          Tapi kenapa? Adakah dia ada melakukan kesalahan? Sehingga begitu dia dilayan? Berubah hati ke lelaki tu?
          Ifti tunduk. Wajahnya suram.
          “Akak?” seru Aira.
          Ifti mengangkat kepalanya kembali seraya memberikan senyuman yang sengaja dibuat-buat. “ Dia pergi bercuti. Sebab tu kitaorang jarang berjumpa.”
          “Oh..” Aira mengangguk, tanda faham. Padahal dia tidak tahu bahawa kakaknya sedang menahan rasa.
          Di mana awak Rifqi? Dah lama awak tak contact saya. Bisik Ifti perlahan di hati. Sungguh, perasaan rindu mebuak-buak di dalam dirinya.
          “Ifti, Aira.. meh masuk dalam kejap. Abi nak kata sesuatu..” Suara datin Husna kedengaran.
          “Okey, jom akak!” Aira menarik tangan Ifti seraya membawa kakaknya masuk ke dalam rumah.
          Sempat mata Ifti memandang rumah sebelah yang kelihatan sunyi. Seketika kemudian, dia melepaskan keluhan kecil.


“WHAT!? kau balik kampong? Seriously Ifti?”
          Ifti menjauhkan Handphonenya dari telinga. Sungguh sakit telinganya sekarang ini. Bukan main lagi suara gadis bernama Medina itu besar.
          “Weh! Kau dengar tak ni?” soal Medina, kuat. Hilang pulak minah ni, getus Medina,
          “Terlebih dengar lah mak cik. Kalau ye pun, slow-slow la suara tu. Kau ingat aku ni pekak ke?” perli Ifti, geram.
          Di hujung talian Medina gelak. Tersedar akan kesalahannya. “ Sorry, aku just terkejut je. Tetiba pulak, uncle bawak kau balik kampong.”
          “Aku pun terkejut.” ujar Ifti.
          Pelik pun ada. Tetiba abi nak balik kampong. Sedangkan hubungan abi dan Tok ma iaitu mak kepada umi tidak ngam. Sudah hampir bertahun mereka tidak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa, semasa Ifti berumur lapan tahun. Itu pun dari kecil tok ma tak pernah nak pandang dirinya. Tok ma benci aku kot.
          “Haih..” Medina mengeluh. “ Aku nak ikut!”
          Pula.. Ifti menepuk dahinya.
          Sambil pegang handphone, Ifti membaringkan tubuhnya ke katil. Matanya memandang bintang-bintang yang terang yang melekat di dinding.
          “Kau tau kan, tok ma aku tu macam mana?”
          “Tau.”
          “Then?”
          Medina diam.
          Dia kenal Ifti dari sekolah rendah lagi. Segala tentang Ifti dia tahu. Apatah lagi latar belakang keluarga Ifti. Mereka juga sekampong dahulunya. Semasa kecil Medina pernah bertandang ke rumah tok ma Ifti. Mereka bermain-main sehingga tok ma tidak suka mereka buat bising di kawasan rumahnya. Dan semenjak itu tok ma melarang Ifti mahupun Medina wujud di rumah mahupun di luar kawasan rumahnya.
          “Dee.. kau okey ke?,”
          Medina tersentak. Tidak menyedari bahawa dia berangan.
          “Oi..!”
          “Aku dengar la Ifti Aulia.”
          Ifti gelak kecil.
          “Asal kau nak ikut aku?” sekali lagi Ifti bertanya.
          “Aku tak nak la jauh dari kau. Kan kau kembar aku yang tak sedarah? Kang aku aku rindu kau macam mana? Pasal  tok  ma  kau lagi..” luah Medina, sedih.
          Ifti tersenyum mendengar luahan sedih Medina. Sedikit banyak dia terharu dengan gadis yang dari kecil sehingga besar, sentiasa bersamanya.
          “Medina..”
          “Apa?”
          “Thank you. Aku tau kau risaukan aku. Tapi.. aku tak dapat bawak kau sekali. Umi dah pesan. Hanya kami sekeluarga saja ke sana. Maybe next time, I can bring you with me. Alright my dear friend?” ucap Ifti, perlahan.
          Medina berdecit. Namun dia terpaksa akur. Jika itu kemahuan sahabatnya, dia mesti akur walaupun terasa payah.
          “Okey, balik nanti bawak present banyak-banyak.”
          “Will do, In Sha Allah..”








Flower Girl plus Black Prince✔Where stories live. Discover now