Bab 52

2.5K 67 0
                                    

             Bab 52

                              SINARAN cahaya matahari yang masuk menyebabkan Rifqi terkejut dari lenanya. Saat mata dibuka dia menoleh ke kanan dan tiada bayangan Ifti di sisinya. Rifqi bingkas bangun dan duduk bersila. Telinganya di buka untuk mendengar bunyi air. Kot-kot isterinya masuk ke bilik air. Namun sunyi.
           Mana Ifti ni? Rifqi mula risau.
           Dia bangun dan melangkah keluar. Matanya meliar mencari kelibat Ifti yang tiada.
           “Assalamualaikum…nurse ada nampak isteri saya tak?,” soal Rifqi pada jururawat yang sedang bertugas di kounter pertanyaan.
           Jururawat bertag nama Julia itu mengerutkan dahinya. “Wa’alaikumussalam..Nama isteri encik siapa?”
           “Ifti Aulia. Baru petang kelmarin dia masuk sini.” jelas Rifqi sambil kepalanya masih bergerak-gerak mencari Ifti.
           “Hm.. maaf encik. Saya baru je bertugas. Kejap ye.. Ame, ada nampak cik Ifti tak?” soal Julia pada Ame yang tidak jauh darinya.
           “Ah. Ada. Tadi dia lalu nak pergi ambil angin katanya..dia-”
           “Dia lalu mana?” cantas Rifqi tanpa menyempat.
           Ame menggaru rambut ikalnya. “ kat depan tu.”
           Tanpa mengatakan terima kasih, Rifqi laju saja berlari menuju ke arah yang di tunjukkan jururawat tersebut.
           “Tah apa-apa orang zaman sekarang ni. Ucap terima kasih pun tak.” bebel Ame sambil tangannya lincah melakar di atas kertas document. Julia hanya menggeleng kecil dengan bebelan rakan sekerjanya itu.







TRING.. tring..
           Datin Syika berlari mendapatkan telefon rumah yang sedang berdering. Mana pembantu rumah ni? Aku dah bagi  gaji, tapi buat kerja lembap! Haih.. bebel datin Syika dalam hati sambil tangannya sudah mencapai gagangan telefon.
           “Hello..?”
           “Ma.. Ifti hilang! Dia ada kat rumah tak?” di hujung talian, Rifqi terus bertanya tanpa salam.
           Datin Syika mengerutkan dahinya. Dari pagi sehingga sekarang dia duduk di ruang tamu, mana ada nampak kelibat Ifti masuk ke rumah. Musykil ni.
           “Mana ada Ifti balik. Naufal dah pergi cari dia dalam hospital tak? Kot-kot dia masuk kedai ke apa..” ujar datin Syika, berfikiran positive.
           “Dah ma. Puas saya pusing kat hospital ni. Satu orang pun tak nampak kelibat Ifti. Dia hilang ma..” suara Rifqi kedengaran cemas. Hujung ayat kedengaran perlahan dan sebak.
           Datin Syika mula cemas. Fikirannya kini terbayang-bayang akan Ifti kena culik. Tak lain tak bukan dalam fikirannya sekarang ini ialah datin Rina. Sudah terlalu lama wanita itu tidak muncul di depannya.
           “Kita call polis Naufal.”
           “Tak boleh ma. Ifti belum 24hour pun hilang.”
           “Okay,okay.. Naufal balik, ma call papa. Lepas tu kita bincang nak buat apa lepas tu. Okay Naufal?” ujar datin Syika.
           “Tak. Ma bincang ngan pa. Saya pergi Ifti sekarang juga. Minta bantuan polis if can. I promise will bring Ifti in one pieces.”
           “Naufal, nanti-” datin Syika terkedu. Talian sudah diputus Rifqi.
           “Ya Allah.. lindungilah anak menantu aku.” doa datin Syika, sebak.











“WOI, bangun!” jerkah datin Haiza sambil menepuk-nepuk kasar pipi Ifti yang memerah. Air baldi sebakul di humban kasar ke arah wajah Ifti yang sudah dirantai pada kaki dan tangannya.
           Mata Ifti bergerak-gerak sebelum terbuka dengan perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa berpusing-pusing namun Ifti gagahkan dirinya untuk mencelikkan mata. Sebaik saja kelopak matanya terbuka, terpampang wajah yang cukup dia kenal walaupun baru pertama kali berjumpa. Wanita itulah yang bakal membunuhnya sekejap lagi. Pantas Ifti bingkas dan mengesotkan dirinya ke belakang.
           Ifti panik apabila melihat tangan dan kakinya dirantai. Bebola mataya laju memandang persekitaran yang agak janggal di pandangan. Ini bukan tempat biasa! Aku kat mana ni? Soal Ifti, mula cuak.
           “Saya kat mana ni? Kenapa puan buat saya macam ni?” soal Ifti sambil menarik lututnya hingga ke dada. Tangannya yang dirantai ke hadapan memudahkan dia untuk memeluk lutut. Dia benar-benar ketakutan. Apatah lagi setelah melihat beberapa orang lelaki berbadan sasa yang asing dari pandangannya.
           “Tempat kau akan dimatikan sekejap lagi.” sahut datin Haiza sambil ketawa lepas. “Kau dah tau, tapi kau nak tanya juga ek.”
           Tawanya yang lepas juga turut diikuti oleh pesuruhnya. Ifti menelan air liur. Fikirannya mula berputar pada peristiwa sebelum dia pengsan. Di mana dia sedang menghirup udara tadi pagi, tetiba ada orang menutup mulutnya dari belakang menggunakan tuala yang beracun dan membuatkannya dia pengsan.
           “Saya tak buat salah. Lepaskan saya!” Ifti mula meronta-ronta. Sedaya upaya dia cuba menahan air matanya dari gugur tetapi dek rasa takut yang kian menjalar, setitis demi setitis mutiara jernih jatuh jua daripada kelopak mata.
           “Kau memang tak sedar dirikan? Aku dah bagitau kau banyak kali. Kau tu penyebab anak menantu aku benci kat aku. Kau faham takl” herdik datin Haiza sambil menarik-narik rambut Ifti yang dilitupi tudung dari belakang.
           Ifti menjerit kesakitan yang sukar ditahan.
           “Aku benci gadis tak sedar diri ni. Aku nak dia kena seksa dulu baru kita cabut nyawa dia. Ziq.. kau urus dia. Nak buat apa pun, ikut suka hati kau. Aku nak pergi toilet dulu.” arah datin Haiza pada suruhannya. Ifti menggeleng laju seraya tanpa sedar dia memegang kaki datin Haiza.
           “Lepaskan saya puan. Saya janji akan pergi jauh dari sini. Saya tak nak disentuh puan.. tolong la saya..” rayu Ifti, sebak. Rasa jatuh maruahnya dipijak-pijak wanita tua itu.
           Datin Haiza tersenyum sinis. Kakinya yang dipegang Ifti di angkat tinggi lalu diayunkan menendang tubuh Ifti.
           Ifti menutup kedua matanya menahan sakit yang berbisa. Betul-betul tidak ada hati kemanusian betul wanita ni, desis Ifti dalam hati.
           Ziq yang tersengih sumbing mendekati Ifti sebaik saja kelibat datin Haiza hilang. Tinggallah dia dan rakannya yang lain tajam memerhatikan Ifti yang sudah mengesot ke belakang dan tersandar di dinding.
           “Jangan sentuh aku la!” bentak Ifti berani. Dia melarikan wajahnya apabila lelaki asing itu cuba mendekatkan wajahnya. Terbayang akan wajah suaminya yang tidak tahu akan dirinya. Ya Allah, selamatkanlah aku! rintih hati Ifti semakin ketakutan. Menggigil tubuhnya apabila dagunya dipaut kasar Ziq.
           “Lepas la!” bentak Ifti lagi sambil menepis tangan Ziq.
           Ziq mencerun tajam memandang Ifti. Terasa egonya dicabar dengan suara Ifti yang meninggi. Pantas sekali lagi rambut Ifti yang dibaluti tudung dicekak kasar. Jeritan Ifti langsung tidak mendatangkan belas kasihan dalam hati Ziq.
           “Seperti yang kau tau, kau tu cucu boss kita orang. Kau dilahirkan sama dengan cucu boss. Kalau aku tengok betul-betul memang kau ada iras-iras rupa cik muda Irlina iaitu cucu kesayangan boss aka kembar kau.” tanpa dipinta, Ziq mula membuka satu rahsia.
           Ifti terkedu seketika. Irlina?
           “Dan disebabkan itu, boss tak suka dalam family dia ada kembar. Dia cuma nak ada satu cucu kesayangan saja yang dia nak. Dan kau, bernasib malang.. terbuang dari keluarga boss. Dahsyat betul cerita kau.” Ziq gelak kuat dan diikuti rakannya.
           Kurang ajar. Ifti meludah air liurnya dan tepat kena pada muka Ziq.
           Ziq terkedu dan rakannya terdiam.
           “Kau tu yang bernasib malang punya boss macam wanita tua tu!” tempelak Ifti, berani. Segala kekuatan yang timbul entah dari mana membuatkan Ifti lebih berani untuk melawan lelaki di depannya itu. Dia paling pantang ada orang cuba perselekehkannya.
           Pangg!!
           Buat kali pertamanya pipi Ifti ditampar kuat sehingga membuatkan hidung dan bibir Ifti pecah berdarah. Dada Ifti mula berombak menahan marah. Dia mencerlung memandang lelaki itu dengan pandangan yang tajam.
           “Lelaki tak guna. Dayus! Gila!” tempelak Ifti, sengaja memprovok lelaki berambut ikal itu.
           “Sial betul budak ni. Aku bunuh kau sekarang  juga!” tengking ZIq lantas, mengeluarkan pistol yang terselit di pinggangnya.
           Rakannya saling berpandangan. Suasana menjadi tegang. Ifti dan Ziq beradu pandangan.
           “Nak bunuh aku? Bunuhlah! Pengecut! Tunggu arahan baru nak buat. Dasar lembu dicucuk besi! Pergi mampos kau kat neraka!” jerit Ifti, menghamburkan marahnya yang bersisa. Biar dia melepaskan semuanya, asalkan dia puas.
           “Kau jangan cabar aku perempuan!” Ziq memberi amaran. Rahangnya sudah berlaga sesama sendiri akibat menahan amarah yang membuak-buak dalam dadanya. Picu pistol ditarik. Kepala Ifti menjadi sasaran.
           Ifti cuba memberanikan diri. Walhal dalam hati betapa kecut perutnya melihat muncung pistol revolver itu betul-betul dihalakan tepat ke dahinya. Sekali petikan, pasti kepalanya berderai.
           Ya Allah, andai ini penamat hidupku..Kau ampunkalah dosa-dosaku. Tetapi aku masih berharap agar Kau menyelamatkan aku dari seksaan ini Ya Allah. Aku tak mahu menghadap-Mu dengan keadaan yang tidak sempurna ya Allah.. monolog Ifti bersama air matanya yang laju menuruni lekuk pipi.
           Bang!
           Ifti terkejut. Matanya membulat. Tubuh lelaki di hadapannya tumbang dengan begitu sahaja. Apatah lagi kepala lelaki itu sudah berkecai dek kena tembakkan yang tetiba.
           Air darah yang pekat juga terasa membasahi wajahnya.
           “Kan aku dah cakap. Seksa dia. Bukan bunuh dia bodoh!” suara datin Haiza berkumandang, kasar.
           Ifti terkaku di tempatnya. Tetiba pandangannya semakin pudar dan dia pengsan di situ.








BUNYI gelak sakan dari luar mengejutkan Ifti. Dia menggerakkan matanya perlahan sebelum membukanya. Suasana bilik itu kelihatan gelap. Sekilas pandang jendela kecik yang berpagar di atas, di luar nampak gelap. Menandakan hari sudah malam.
           Ifti menegakkan tubuhnya. Dia duduk termenung sambil memandang keadaan dirinya. Tetiba air mata berlinangan di tubir matanya. Apalah nasib aku sekarang ini? Besok ke aku nak mati? Rintih Ifti, sebak.
           Bayangan Rifqi muncul di kepalanya.
           “Dah makan ke dia? Tahukah dia yang isteri dia dah hilang? Ha ha.. mestilah dia tahu.” omel Ifti sambil gelak kecil.
           Kemudian dia menangis tersedu. Mengenangkan suaminya yang jauh di sana.
           “Maafkan saya awak. Saya tak pandai jaga diri” Ifti tersenyum pahit.
           Ifti menangis tanpa suara.           

SEMENTARA itu Rifqi sudah mengumpul orang-orangnya untuk mencari lokasi isterinya. Sejak pagi tadi, tidak ada masa untuknya berasa lega mahupun bersenang-lenang. Di dalam fikirannya sekarang ini cuma isterinya.
           “Rif, aku dah jumpa mana lokasi isteri kau sekarang ni.” Jaz bersuara sebaik saja menerima panggilan dari seseorang.
           Rifqi bangkit seraya mencapai kunci motornya.
           “Jom bergerak!”






Flower Girl plus Black Prince✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant