Bab 20
RIFQI menghentikan langkahnya. Nafas dihembus perlahan. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas lagi dan hembus. Hatinya rasa berdebar. Rasa debaran ini lah kali pertamanya dia rasa. Seketika kemudian dia melirik jam di tangan. Dah pukul tiga petang. Sekejap lagi rakan kelas Ifti akan datang, teka Rifqi.
Aku tunggu kat sini je la. Sementara mereka belum datang, getusnya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi khas.
Matanya sekejap-sekejap memandang orang awam berjalan ke hulur ke hilir. Apa lagi segala bermacam-macam pesakit yang dilihatnya.
"Assalamualaikum. Naufal Rifqi, kan? " tegur seseorang.
Rifqi terkejut dan mengangkat kepalanya.
Melihat air muka Rifqi terkejut itu pantas saja datok Safuan tersenyum. " Uncle ni, ayah Ifti. Kamu Rifqi, kan? "
Setelah diberitahu, baharulah Rifqi bingkas bangun dan pantas sahaja dia menghulur tangan bersalaman dengan datok Safuan sebagai tanda hormat. Wajahnya yang tadi terkejut campur hampeh, dimaniskan sebaik mungkin. Kot-kot jadi bakal menantu, keke. Perasan betul kau ni, Rif.
"Wa'alaikumussalam. Saya Rifqi. Maaflah, saya tak pernah tengok wajah uncle. Tu yang, slow. " Rifqi tersenyum malu.
"Takpe la nak. Ni pun, kali pertama uncle tengok kamu ni. " datok Safuan menepuk perlahan bahu Rifqi.
"Kamu datang sini, nak melawat Ifti ke?,"
"Ha'ah uncle. Sekejap lagi, rakan kelas kami yang kan menyusul lawat Ifti. " Rifqi memanjangkan kepala mencari kelibat rakan kelasnya, namun belum kelihatan.
"Kalau macam tu, masuklah dulu. Uncle nak ambik Aira kat sekolah ugama dulu. Mama Ifti pula, ada meeting petang ni. Kamu tolong, tengok-tengokkan Ifti ye?" Pinta datok Safuan.
"Baiklah uncle. "
Sebaik sahaja kelibat datok Safuan menghilang, Rifqi mula melangkah menuju ke arah bilik Ifti.
Tidak sampai seminit, kakinya sudah terpacak di hadapan pintu. Dia mengetuk pintu perlahan. Hatinya mula berdebar.
"Masuk."
Sebaik sahaja pintu dibuka, Rifqi terlopong melihat suasana dalam bilik wad itu. Ini tempat hospital ke kedai?!
Ifti mengangkat keningnya. " Hey, awak okay ke?"
"Tu soalan aku. Kau okay ke tak?," soal Rifqi, pelik.
"Saya , okay. " balasnya pendek.
"Kau sakit ke tak?"
"Sebab saya sakit lah , saya terlantar kat sini." Ifti mendengus. Apa punya soalan lah Rifqi ni. Dah buang tebiat agaknya.
Rifqi menggeleng, sebelum kaki melangkah menuju ke arah Ifti. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah kiri Ifti. Wajah Ifti direnung.
"Bae, who's giving this chocolate and this flower to you?"
Jari panjang Rifqi menunjuk kesemua makanan chocolate yang berbagai jenis terletak elok di atas meja kecil. Begitu juga dengan berbagai-bagai jenis bunga yang disusun rapi di tepi katil Ifti.
Ifti menelan air liur, kesat.
"Ifti Aulia.." Seru Rifqi, serius.
"From my cousin. Ehee.." Balas Ifti dengan sengihan. Wajah serius milik Rifqi buat hati mudanya seriau.
"Boy or girl?,"
"Boy dan girl."
Rifqi mencebik. Tangan menopang dagu sambil matanya merenung wajah pucat milik Ifti. Air mukanya yang tadi serius kembali jernih.
"This is not like you Ifti." Ucap Rifqi perlahan.
Tanpa sedar tangannya sudah mendarat menyentuh pipi Ifti. Ifti terkejut. Namun tidak pula dia melarikan tangan itu.
"Get well soon. Aku rasa sakit bila kau takde ." Rifqi menundukkan wajahnya. Tangannya pula sudah lari dari pipi Ifti.
Ifti senyum hambar. Dia tahu perasaan Rifqi sekarang ini. Sama seperti air muka uminya semalam.
"In Sha Allah. Saya akan sihat awak. Awak jangan risau ek.. Doa kan saja untuk saya." Balas Ifti lembut.
Kini tangannya pula mengelus lembut rambut pacak milik Rifqi. Rifqi mengangkat kepala.
"I will my love." Rifqi senyum.
Ifti gelak halus.
"Apahal kau gelak?, " Rifqi mencebik. Dia tahu Ifti gelak pasal apa.
"Tak sesuai la.. Awak.." Ifti menyambung gelaknya.
Rifqi merengus.
"Kau gelak lagi, aku kiss . kau nak ke?," ugutnya, serius.
Tawa Ifti mati. Spontan tangannya menutup mulutnya." Awak ni.. Gatal!"
"Aku gatal pun.. Dengan kau je." Ucap Rifqi, selamba. Tangannya mengemaskan rambut pacaknya. Lagak cool .
Ifti mendengus."Benci."
"Apa dia, sweetheart?" Usik Rifqi.
"Benci awak!"
"Sayang awak!" Balas Rifqi.
"Tak suka !" Ifti mula mengenggam tangannya, menahan dari menarik rambut Rifqi.
"Suka, suka" Rifqi mula gelak.
Sudah lama mereka tidak bertekak. Rasa teringin mahu mengusik gadis itu lagi dan lagi. Rifqi senyum dalam diam.
"Tak nak layan awak la." Ifti menyerah kalah. Dan Rifqi kembali gelak besar sehingga rakan mereka datang.
DJ yang memainkan lagu membuatkan manusia yang berada di dalam tempat tersebut itu menjadi alpa dengan keasyikkan diri masing-masing. Majoritinya, banyak remaja-remaja yang menjadi pendatang setia di tempat haram itu.
"Hey girl. Alone ke?," tetiba suara garau menegur Hanni yang sedang menari mengikut rentak musik yang di mainkan.
Hanni senyum sinis. Orang yang ditunggu sudah pun tiba. Wajah pemuda itu diamati lagi. Kesimpulannya, tidak sia-sia dia menyiasat latar belakang tentang gadis yang telah mencuri apa yang ingin dimilikinya. Sekarang, 'kambing hitam' untuk menjerat gadis tersebut sudah pun ada. Cuma untuk menjalankan misi sahaja lagi.
"You tak payah tanya I alone ke tak. You dah tau kan? I yang panggil you kat sini?"
Pemuda itu sengih. "Of course I know m'lady".
"So, you nak jumpa I ni.. Ada hal ke?"
Afiq menggapai cawan milik Hanni. Dengan selambanya diteguknya perlahan.
Hanni mengeluarkan sekeping photo kecil dari begnya. Lalu dihulur kepada Afiq.
Dahi Afiq berkerut. " Ni photo .."
"Ifti Aulia. She's your cousin right?"
"Yeap. So, kenapa you ada picture dia? On what purpose you show me this?" Afiq pandang Hanni. Berbagai-bagai andaian timbul di kepalanya. Orang seperti Hanni ni, kena hati-hati. Takut nanti, dia yang tersungkur.
"You tau tak, dia ada boyfriend?"
Air muka Afiq berubah. "Be-betul ke?"
Hanni mengangguk.
"Kurang ajar!" Afiq menumbuk meja dengan kuat. Hanni senyum sinis.
"I ada plan. You nak join tak?""PUKUL lapan malam, baru balik?"
Langkah Rifqi terhenti. Kepalanya mencari suara itu. Datin Syika sedang duduk dan tajam merenungnya. Rifqi berdiri malas dan menolak lidah ke pipi dalamnya.
"Ma tanya kamu ni, Naufal. Tolong jawab.." Desak datin Syika lagi.
Sakit hatinya dengan perangai anak sulungnya itu. Apatah lagi sejak anaknya itu berkawan rapat dengan gadis bernama Ifti. Semakin menebal kebenciannya terhadap gadis itu.
Rifqi merengus kasar. "Saya pi lawat Ifti tadi. Then lepak ngan rakan kelas. Tu je. Takde ke mana-mana pun."
"Ma warning kamu Naufal. Jangan lagi berkawan dengan budak bernama Ifti tu. " nada datin Syika mula naik.
"Pasal apa pula ma? Takde salah pun saya rapat dengan Ifti. " lembut sahaja Rifqi membidas ayat datin Syika. Dengan sebaik mungkin dia menahan diri dari melawan kata-kata ibunya.
Datin Syika mula berdiri dari duduk. Nafas nya sudah turun naik menahan marah yang sudah kemuncak. Di sebabkan topik Ifti, hatinya panas.
"Ma tak nak mahu banyak cakap, tapi ma nak kamu ingat ni Naufal. Ma tak nak kamu rapat lagi dengan Ifti. Dan for your information, hujung tahun ni kamu akan berkahwin dengan Hanni. No objection."
Rifqi terlopong. Belum sempat dia mengatakan sesuatu, datin Syika sudah berlalu menaiki anak tangga.
"Damn it!" Rifqi tunduk. Tangan menyentuh rambut. Sudah hilang akalnya mahu menghentikan plan tidak patut dari ibunya itu. Bukan dia mahu melawan permintaan ibunya itu. Cuma dia tidak mahu berkahwin dengan perempuan seperti Hanni Safura.
Tiba-tiba..
"Satu cara . Iaitu dangerous way. Lantaklah kalau ni cara yang bahaya. Janji aku tak kahwin dengan minah gila tu." Getus Rifqi sebelum kakinya melangkah menaiki anak tangga.
![](https://img.wattpad.com/cover/98230181-288-k253529.jpg)
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
RomanceMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.