Bab 36
"DAH, dah la tu. Kamu tenung dia lama pun belum tentu dia nak bangun tu Naufal. Dia cuma demam saja. In sha Allah Ifti tak de apa-apa.. " Tok ma menyentuh bahu Rifqi. Sudah tiga jam lebih Rifqi dok merenung Ifti. Berharap si gadis akan sedar. Nasib baik tok ma telah memeriksa Ifti dan mengatakan bahawa gadis itu cuma demam. Rifqi pun sudah menyentuh dahi Ifti yang panas.
"Naufal.. Meh keluar. Tak manis duduk di dalam bilik anak dara. " sekali lagi tok ma bersuara.
Rifqi melepaskan keluhan kecil sebelum berdiri dan beredar mengikuti tok ma masuk ke ruang tamu. Hati tetap resah. Mindanya penuh pelbagai persoalan. Entah apa soalannya.
"Tok ma. " panggil Rifqi sebaik saja mereka melabuhkan duduk.
Tok ma pandang cucunya. Suara siaran tv, diperlahankan.
"Saya nak kahwin dengan Ifti. Boleh tak tok ma?, " Soal Rifqi, direct. Tak nak round-round.
Ternyata reaksi Hajah Rokiah terkejut. Dah kenapa cucu aku ni? Dah gatai nak kahwin ke apa? Bisiknya di hati.
Hajah Rokiah berdeham seketika. Wajah Rifqi ditatap penuh sayang. "Naufal ni, serius benor ke? "
Rifqi mendekati tok ma lalu dia duduk di bawah dan mendongak tok ma. Wajahnya yang sedia serius di seriuskan lagi. Dia dah fikir masak-masak. Apa pun terjadi dia akan bertanggungjawab. Dia dah janji mahu mendampingi gadis itu.
"Saya serius tok ma." Jawab Rifqi, senada.
Tok ma telan air liur, kesat. Macam deja vu pula babak ni. Di mana anaknya, Azlan meminta restu mahu mengahwini seorang gadis. Peristiwa berpuluh tahun daa.
"Tok ma , bantu la saya..." Rengek Rifqi sambil menggoyangkan lutut tok ma. Terserlah lah sifat manja Rifqi.
"Yela, yela. Tok ma bincang dengan pa dan ma kamu dulu. Apapun keputusan diaorang, tok ma janji akan tetap menyatukan kamu. Tapi kamu kena janji dulu Naufal."
"Apa pun janji yang tok ma nak, saya akan tunaikan tok ma." Janji Rifqi.
Hajah Rokiah tersenyum.
"Jaga anak orang macam jaga nyawa kamu sendiri. Janji?"
"Simple. Saya janji tok ma." Rifqi mengangkat tangan seperti bersumpah sebelum menguntumkan senyuman gembira.TEPAT jam 10 malam. Ifti terbangun. Dia menyentuh kepalanya yang terasa pening. Dan-dan itu, terasa tekaknya dahaga. Toleh kiri kosong dah air suam yang terletak elok di atas meja kecilnya itu. Tanpa berlengah, Ifti bingkas bangun dan keluar dari bilik. Walaupun rumah tok ma gelap, tidak pula dia rasa takut. Apa yang penting tekaknya kena dibasahi air.
"Air, air.." Tiba di dapur Ifti mula membuka peti sejuk. Dikeluarkannya sebotol air lalu dia mencapai gelas yang tersusun rapi.
Gulp, gulp..
"Alhamdulillah.. Sejuk jantung." Ujarnya seraya tersenyum.
Tiba-tiba..
"Aaaaargh!!! Tok maaa... Pontianak!!" Jerit seorang wanita yang terkejut melihat Ifti yang berdiri di hapadan kabinet yang gelap.
Ifti terkebil-kebil. Pontianak?
Sejurus mendengar suara pekikan wanita itu, terus saja lampu ruang tamu dan juga dapur dibuka. Rifqi dan tok ma muncul.
"Laaa... Kenapa ni Lia? Malam-malam menjerit." Tok ma mendekati Dahlia yang menutup kedua belah matanya. Kelihatan wanita itu gementar, kaku.
"Ifti! Kau dah bangun?" Rifqi mendekati Ifti yang terpegun di tempatnya.
"Kenapa dengan saya?" Soal Ifti.
Dan-dan itu, Rifqi dan tok ma tersentak. Cara bahasa Ifti pun sudah berubah. 'Kita' jadi 'saya'
"Kau.." Rifqi menghentikan katanya.
"Kenapa saya? Rifqi, awak ni menakutkan saya la!" Ifti mengerutkan dahinya. Dia sendiri pelik dengan wajah-wajah mereka yang memandangnya pelik.
Rifqi pandang tok ma.
Tok ma jongket bahu.
"Guys, guys.. Siapa gadis kecik ni? Ifti Aulia ke?" Dahlia sudah tenang. Sekelip mata saja takutnya hilang tatkala melihat tubuh kecil tadi yang berdiri bukan ponti. Adui.. Bikin malu saja.
"Dia la Ifti Aulia." Jawab tok ma tatkala tiada sahutan dari Rifqi yang masih tercengang dengan kelakuan Ifti.
"Oh my!! Serupa kacukan Japan muka dia." Ucap Dahlia, girang. Kakinya laju melangkah ke arah Ifti dan merangkul tubuh kecil itu tetiba.
"Eh, Liaa..." Rifqi ingin meleraikan pelukkan itu namun pantas saja Dahlia menepis tangannya.
"Nak peluk dia pun tak boleh ke? Kitaorang perempuan tau!" Marah Dahlia. Kedekut.
Rifqi mengetap bibirnya menahan geram akan sepupunya itu. "Huh, dasar lesbo!"
Tok ma mula gelak kecil sebelum beredar meninggalkan mereka berebutkan Ifti.
"Apa kau cakap? Lesbo?! Hey, aku dah kahwin tau? Dengan le-la-ki okey!" Marah Dahlia. Pelukkan belum dileraikan.
Ifti tersepit di dalam rangkulan wanita bernama Dahlia tu. Hampir sesak nafasnya.
"Huh, kau cinta dia ke?" Tukas Rifqi, sinis.
"Kalau dah kahwin, memang la cinta. Apa punya soalan, childish!" Balas Dahlia, tidak mahu mengalah.
Sejak kecil lagi dia dan Rifqi bagaikan api dan api. Dua-dua memang tidak mahu kalah. Mesti sorang menang. Sampai tak sudah mereka suka cari gaduh. Pernah kena jodohkan, namun ditolak mentah Rifqi. Sejak itu Dahlia menganggap Rifqi itu jenis 'gay'.
"Erkk, Dahlia.. Saya.."
Dahlia terkejut. Terus saja dia melepaskan pelukkannya. "Sorry, sorry Ifti.. Saya tak sengaja.."
Ifti tersenyum. " It's okay.."
Rifqi dengan peluang yang ada menarik lengan Ifti keluar dapur. Dahlia terkebil-kebil.
"Woi, aku belum kenal dia lagi la." Jerit Dahlia, tak puas hati.
"Penyibuk!" Getus Rifqi.
"Rifqi, lepaskan saya la.. Ish.. Dia ni." Marah Ifti. Tidak suka dengan perlakuan Rifqi tu.
Tiba di ruang tamu atas, Rifqi melepaskan tangan Ifti perlahan. Ifti terkebil-kebil memandang Rifqi yang dah diam.
"Awak.. Kenapa ni?" Soal Ifti, perlahan.
Suasana agak tegang.
"Kau dah ingat semua ke?" Tanya Rifqi tanpa menoleh Ifti.
Ifti diam tak berkutik.
"Ifti Aulia jawab soalan aku." Suara Rifqi bernada tegas.
"Bercakap tu boleh tak pandang saya? Apa, dah tak sudi pandang flower girl awak ni? Black prince ?" Tutur Ifti ,jelas dan nyata.
Rifqi terkedu. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan keramat itu. Dia menoleh ke belakang dan tepat mata memandang mata Ifti yang berwarna unik itu. Wajah gadis itu keruh dalam senyuman hambarnya.
"Bukti apa lagi yang perlu saya tunjuk, supaya awak tau yang saya dah ingat semuanya?" Soal Ifti, perlahan. Senyuman belum pudar dibibir yang pucat itu.
Tatkala mendengar suara perlahan yang jelas ikhlas itu, ingin sahaja Rifqi memeluknya. Namun, dia masih berfikiran waras. Walau cetek agama, tapi dia tidak mahu melanggar undang-undang yang dah di ajar oleh tok ma dan papanya.
"Siapa aku di hati kau?" Duga Rifqi, dengan senyuman meleret.
Wajah Ifti panas. Bola matanya memandang ke tempat lain. "Of course awak cinta hati saya."
"Kata pandang kau. Tapi kau tak pandang aku." Perli Rifqi, separuh bergurau.
"Ceh! Saja nak buli saya la tu! Dah la saya nak masuk tidur. Menyampah saya layan awak ni." Getus Ifti seraya melangkah meninggalkan Rifqi yang sudah gelak besar. Suka la usik aku! Tak berubah langsung.
"Babe, aku rindu kau laa! " jerit Rifqi tetiba. Satu rumah boleh dengar.
Ifti terpegun di tempatnya. Malu pun ada.
"Oi, ayam jantan! Pergi tidur la. Jangan memekak macam orang gila tengah angau! " Dahlia memekik dari bawah. Memerli si Rifqi.
"Sibuk minah kepochi!" Bidas Rifqi.
Ifti menoleh kembali lalu memberikan jelingan maut pada si Rifqi yang tersengih-sengih seperti iklan gigi. Menyampah.
"Have a nice dream, sweetie.." Ucap Rifqi, manis.
Ifti merengus sebelum kakinya masuk ke dalam bilik tanpa membalas ucapan Rifqi.
"Tu la Ifti Aulia sebenar.." Rifqi tersenyum sebelum kakinya turun menuju ke bilik tidurnya.Ps: (´ヮ') nak tahu macam mana boleh Ifti Aulia ingat memory dia semula? Adalah tu. Nnti author cerita. Ni author tengah tension ni. Raya dah nak dekat. Tu yang busy kat rumah. Sorry ye, reader.
![](https://img.wattpad.com/cover/98230181-288-k253529.jpg)
YOU ARE READING
Flower Girl plus Black Prince✔
RomanceMengisahkan cerita cinta antara Flower Girl dan Black Prince.