PROLOG

172K 4.9K 384
                                    

Tuxedo tersarung kemas di badan. Pandangan dingin dihalakan ke depan dengan mata helangnya. Muka beriak bengis jelas terpancar. Sesiapa yang terpandang, turut tertelan air liur. Gerun.

Kaki diatur tak terlalu perlahan dan tak terlalu laju melangkah keluar daripada rumah agam itu, diiringi dua orang bodyguard nya yang berada di sebelah kiri dan sebelah kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki diatur tak terlalu perlahan dan tak terlalu laju melangkah keluar daripada rumah agam itu, diiringi dua orang bodyguard nya yang berada di sebelah kiri dan sebelah kanan.

Di luar rumah, terdapat berpuluh-puluh orang lelaki berbadan sasa yang berpakaian serba hitam sedang berdiri tegak. Muka masing-masing serius dan dingin.

"Buenas dias, Joven Maestro." sapa salah seorang dari mereka sebaik kakinya keluar daripada rumah agam tersebut.

Dia hanya mengangguk kecil tanpa secalit senyuman dibibir kepada mereka yang sedang menunduk hormat kepadanya.

Pintu kereta di sebelah pemandu sedia terbuka, dia melangkah masuk ke dalam kereta Lamborghini Reventón bewarna kelabu tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu kereta di sebelah pemandu sedia terbuka, dia melangkah masuk ke dalam kereta Lamborghini Reventón bewarna kelabu tersebut.

Manakala, dua lelaki yang mengiringi nya tadi bergerak ke arah kereta lain.

Itulah gelaran untuknya, Tuan Muda. Harta yang tak pernah habis. Kehidupan yang serba mewah dan juga keinginannya akan tercapai. Cuma tunggu sebut dan --

Tap!

Sekelip matq, apa yang diinginkan akan berada dihadapan mata dan akan dia miliki.

Seketika, dia memecut laju kereta tersebut diekori pengawal peribadinya yang menaiki kereta BMW bewarna hitam dari belakang meninggalkan perkarangan rumah agam itu hingga menghasilkan bunyi yang mampu menarik perhatian orang ramai.

Setengah jam kemudian, kereta yang dipandu menuju ke sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang. Kereta diletakkan pada kawasan VVIP yang dikhaskan untuknya.

Setelah keluar daripada perut kereta, dia terus melangkah masuk ke dalam hotel itu. Pandangan daripada penginap hotel yang memandangnya dengan mata tak berkelip tak dihiraukan.

Auranya, mampu menarik perhatian sesiapa saja yang memandangnya. Tidak kira siapa, pasti akan menoleh kepala dua kali.

Bagi perempuan, dia termasuk dalam ciri-ciri lelaki berpakej lengkap, walaupun mukanya bengis dan dingin. Dan, itu juga yang buatkan para wanita terus terjatuh cinta pandang pertama saat melihatnya.

Attractive. Intimidating.

Receptionist perempuan yang terpaku beberapa saat ketika melihat wajahnya tersenyum manis. Kepala ditundukkan sedikit.

Siapa yang tak kenal dengannya. Lelaki paling berkuasa dan juga lelaki paling dingin pada abad ini. Walaupun begitu, mereka yang mengenali dia tetap hormat dan juga sedikit gerun.

Tambahan, bila dia dalam keadaan mood yang tak berapa nak baik. Tersilap sedikit, pasti dia melenting. Tak pun, jika arahan yang diberi tak dilaksanakan, terus dipecatnya tanpa berfikir dua kali.

"Bienvenida Joven Maestro."

Ucapan selamat datang daripada penyambut tetamu itu dibalas dengan anggukan kecil. Tetap seperti tadi, tiada senyuman di wajahnya.

Tapi, dia bukanlah seorang yang mudah terpikat dengan makhluk bernama wanita apatah lagi tergoda. Baginya, cinta itu cuma kerana harta dan kemewahan semata-mata. Typical women.

Setiap arahan yang keluar di bibirnya, harus dilaksanakan walau terpaksa sekalipun. Setiap bait-bait kata sinisnya, cukup menggerunkan sesiapa saja.

Dan, bila nama mereka menjadi sebutannya, bersedialah untuk berdepan dengan sisi kejam nya.

He, the ruthless.

Satu prinsip, tiada belas kasihan dalam dirinya. Dia kejam. Bila mereka naikkan api kemarahannya, sama ada lelaki ataupun perempuan, dia peduli apa.

Apa yang penting, jangan naikkan kemarahannya kalau rasa tak mampu untuk melawan.

Dia kejam. Bengis. Dingin.

Sebut saja Tuan Muda, hampir seluruh negara mengenalinya. Meremang bulu roma dan melemahkan sendi lutut. Memang dia mampu menggerunkan semua orang.

Berbadan tegap. Rambut yang bewarna hitam berkilat dan sedikit perang keemasan digayakan dengan gaya pompadour bang cukup menyerlahkan ketampanannya.

Mata bewarna kelabu-kebiruan dengan pandangan setajam helang mampu mencairkan hati wanita.

Dia, Carl Ayden.





TRANSLATIONS;

Buenas dias, Joven Maestro
[Good Morning, Young Master.]

Bienvenida joven maestro
[ Welcome, Young Master]

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now