🌹 - 48

74.5K 3K 187
                                    

Zara Nafisa yang nyenyak tidur di atas katil itu dipandang sayang. Zara ditempatkan ke hospital selepas berjaya diselamatkan Carl Ayden.

Isterinya terpaksa ditahan kerana cik isteri kekurangan air dalam badan sekaligus membahayakan keselamatan bayi mereka.

Luluh hatinya melihat wayar yang berselirat ditangan kiri isterinya.

"Sayang, abang datang ni." perlahan saja suaranya.

Wajah pucat isterinya meragut kegembiraan Carl Ayden, keadaan isterinya begitu teruk sehingga tak sedarkan diri selama seminggu.

Hari ini doktor mengatakan yang cik isteri sudah tersedar dan dia sangat bersyukur dengan perkara itu, sudah cukup isterinya terseksa.

Dahi Zara dikucup lama. Tika itu perasaannya bercampur-baur mengenangkan keadaan isterinya yang tak bermaya itu.

Setitik airmatanya jatuh mengena pipi kiri Zara. Dia tak sanggup melihat isterinya begitu, dia inginkan Zara Nafisa yang dulu.

"Wake up, wife. I miss you damn much. Buka mata, sayang."

Carl Ayden duduk melabuhkan punggung kembali ke atas kerusi. Tangan Zara disentuh lalu jari-jemarinya disatukan dengan jari cik isteri yang tak bergerak itu.

Kepala ditunduk kebawah seraya membawa belakang tapak tangan isterinya lalu ditekapkan pada bibir. Hatinya merintih pilu supaya cik isteri bangun, dia rindukan isterinya.

"I'll wait for you, love." suaranya cuba dikuatkan penuh semangat seraya memujuk hatinya sendiri.

Nafas dihela panjang, bibir Zara dikucup sesaat. Jarinya mengusap pipi kanan Zara dengan ibu jari. Ditatap penuh minat wajah pucat itu sambil tersenyum nipis.

Mata dilirikkan ke arah perut Zara yang membuncit, tapak tangan diletakkan pada perut isterinya.

Wajahnya berkerut seketika bila terasa pergerakan di situ sebelum telinga kanannya dirapatkan pada perut Zara Nafisa.

"Baby, baby tendang perut mama tu kuat-kuat tau, suruh mama bangun. Hm." bisiknya kecil dengan dahi yang berkerut.

Carl Ayden tergelak kecil bila tersedar yang bayinya tak dapat bercakap. Tapi tak apa lah, asalkan dia dapat menghilangkan seketika kesedihan dihatinya menanti Zara bangun dari lenanya.

"Mama dah lama tidur. Nanti baby cakap dekat mama yang papa rindu mama tau. Okay, baby?" perut isterinya diusap lembut.

Tersenyum dia sebaik terasa tendangan kecil dari bayinya, mungkin bayi itu turut mengiyakan kata-katanya sebentar tadi. Kepala digeleng kecil.

"Momma don't want to open her eyes, maybe she hates me because I'm late to save her. Baby pujuk mama untuk papa, okay?"

Kepala dilentokkan pada bahu cik isteri, sebelah tangan elok terlekap pada perut isterinya manakala sebelah tangan lagi bertaut dengan tangan cik isteri.

"Miss you so bad, wife." adunya walaupun tiada siapa yang mendengar.

Mata dipejam rapat. Memang badannya letih teramat tika ini tapi demi Zara dia rela tidur di hospital tanpa pulang untuk membersihkan diri dulu.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now