🌹 - 47

71.7K 2.7K 187
                                    


Carl Ayden melangkah ke arah bilik seksaan dengan wajah menyinga diikuti Zull, Fazz, Jack dan Shay daripada belakang.

Samuel dan Diego sudah awal-awal lagi menunggu di bilik seksaan tersebut.

Carl Amsyar pula sibuk menyiapkan segala peralatan dan senjat di atas meja, disusun mengikut nama mereka yang akan menggunakan perlatan dan senjata tersebut.

Dan untuk kali ini, dia juga turut menyertai Carl Ayden menyeksa Haris.

"Wah! Wah! Wah! Makanan untuk singa dah terhidang. Tak sabar aku nak makan!" laung Fazz sinis seraya bertepuk-tangan.

Dari pintu utama bilik seksaan, dapat dilihat Haris yang dirantai dengan rantai besi dengan tangan mendepa dan begitu juga dengan kakinya.

Haris menunduk lemah kerana sebelum dia dirantai, anak buah Carl Ayden sudah membelasahnya tanpa henti.

Arahan Carl Ayden membenarkan mereka membelasah secukupnya tapi jangan sampai putus nyawa.

Leo pula sama seperti Haris, dibelasah beramai-ramai oleh anak buah Carl Ayden. Leo dipasung pada tiang berbentuk salib dengan wajah yang dipenuhi dengan darahnya sendiri.

"Pray to your God, Leo."

Carl Ayden tersenyum sinis pada Leo yang kelihatan lembik seolah-olah tulang sendinya telah diputus dan dipatahkan.

Fazz dan Zull tersengih-sengih menghampiri Leo, Jack pula berjalan ke arah Haris dengan muka tak berperasaan.

Masing-masing sudah tahu apa yang ingin dilakukan pada Haris dan juga Leo.

Carl Ayden menuju ke arah meja yang telah disediakan pelbagai jenis senjata oleh adiknya. Diperhati satu-persatu peralatan tersebut.

Setelah itu, screw driver diambil lalu dipusing-pusing atas meja itu dengan senyuman jahat di bibir.

"I'm hungry, let me eat first."

Zull dan Fazz mengangkat kedua belah tangan seakan pesalah pada Carl Ayden lalu mereka berundur ke belakang dan terus mengambil tempat di sofa.

Senyuman penuh makna terukir dibibir masing-masing.

Tak mudah untuk tengok Carl Ayden menyeksa mangsa kerana sebelum ini lelaki kejam itu terus bunuh tanpa cakap banyak.

Jack mengangkat sebelah keningnya pada Carl Ayden bila melihat screw driver ditangan lelaki itu.

Susuk tubuh Haris dihampiri dengan muka tak berperasaan. Haris merenung tajam Carl Ayden yang berdiri dihadapannya.

Walaupun badan dia lemah dan tak berdaya tapi rasa sakit hati dengan Carl Ayden masih kuat dihatinya.

"Nak bunuh aku? Silakan." perlahan saja Haris bersuara. Masih lagi berani.

Carl Ayden beriak tak berperasaan sebelum rambut Haris dicengkam kuat dan wajahnya dirapatkan pada telinga kanan musuhnya itu.

"Aku nak seksa kau macam mana kau seksa bini aku. Then, I will kill you smooth and slowly, yeah?"

Bisiknya keras penuh kebencian pada Haris lalu wajahnya dijauhkan seraya melepas cengkaman pada rambut Haris. Dipandang sekilas wajah berkerut campur bengang lelaki itu.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now