🌹 - 15

90.7K 3.7K 26
                                    

Carl Ayden memberhentikan keretanya secara mengejut di hadapan rumah. Dengan wajah bengis dan langkah kaki yang laju, dia meluru masuk ke dalam rumah.

Satu saja yang yang berada dalam fikirannya tika ini. Isterinya; Zara.

Makin risau hati Carl Ayden bila melihat pintu utama yang terbuka. Diabaikan orang bawahannya yang tercungap-cungap selepas berbalas tembakan sebentar tadi.

"Zara!"

Laju dia berjalan ke arah Zara yang teresak-esak menangis dengan lutut yang rapat di dada dan kedua belah tangan menekup muka. Serba-salah dibuatnya melihat Zara yang sedang ketakutan.

Zara membuka tapak tangan yang menutup mukanya bila terdengar seseorang menyebut namanya. Melihatkan kelibat Carl Ayden,terus dia bangun dan memeluk tubuh suaminya.

"Hey, it's okay."

Carl Ayden sedikit tergamam dengan perlakuan Zara. Faham dengan perasaan isterinya ketika ini, pelukan Zara dibalas sambil mengusap lembut belakang badan isterinya.

"Saya ta-takut." ujar Zara tersekat-sekat dengan sisa tangisnya.

Pelukan diregangkan. Wajah Zara yang tersembam di dadanya didongakkan dengan kedua belah tangan memegang tepi wajah Zara supaya dia dapat melihat muka si isteri.

Mata di pejam sesaat bila melihat Zara yang masih mengalirkan airmata. Mata bundar itu sembab kerana menangis.

"Shh. Aku ada dengan kau. Jangan takut.." pujuk Carl sambil mengesat airmata Zara yang masih lagi mengalir menggunakan ibu jarinya.

Zara mengangguk perlahan tanpa bersuara. Sekali lagi tubuh suaminya dipeluk, apa yang terjadi benar-benar membuatnya ketakutan.

"Jangan tinggalkan saya lagi, saya betul-betul takut." sayup-sayup suara Zara di pendengaran Carl Ayden.

Carl Ayden mengeluh berat dalam hati. Entah kenapa dia rasa bersalah kerana meninggalkan perempuan itu sendirian.

Dibiarkan saja Zara memeluknya. Selang beberapa minit, tiada tanda-tanda Zara ingin melepaskan pelukannya. Sisa tangisan Zara juga sudah tiada.

Dahi berkerut seribu. Kenapa dengan isterinya? Tak mungkin Zara pengsan, kalau tidak memang dia tak tahu nak buat apa.

Carl Ayden melirikkan mata ke bawah, melihat wajah Zara. Kepala digeleng kecil, rupanya si isteri sudah tertidur. Banyak sangat menangis, mengantuk lah jadinya.

Kepala Zara yang terlekap di dadanya di jauhkan sedikit. Sebelah tangan diletak pada bawah lutut Zara, sebelah lagi diletakkan pada belakang kepala, penuh berhati-hati dia mencempung tubuh kecil Zara, tak tergamak nak kejutkan isterinya.

Biarlah, bagi dia rehat.

Mudah kerjanya memandangkan tubuh Zara yang kecil dan sederhana berat itu untuk diangkat. Carl Ayden segera membawa Zara menuju ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik.

Setelah membaringkan Zara diatas katil, badan Zara diselimutkan hingga paras bahu. Untuk pertama kali dalam hidupnya dia melayan perempuan sebegitu.

Jika sebelum ini, untuk menyentuh dia tidak mahu. Tapi Zara isterinya, dan dia bukan lelaki yang akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami untuk melindungi isterinya.

"Sleep well, mi esposa.." bisik Carl Ayden perlahan.

Cup!

Satu ciuman diberikan pada dahi isterinya sebelum keluar dari bilik tersebut. Ada perkara yang nak diselesaikannya.

×××××

Tuan Carl Asyraf meletakkan gagang telefon di tempatnya. Kepala yang tiba-tiba berdenyut dipicit perlahan.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now