🌹 - 4

92.1K 4.4K 49
                                    

Sudah dua minggu berlalu. Tinggal lagi seminggu untuk menghadapi detik-detik mendebarkan iaitu menjadi isteri kepada lelaki muka dingin tersebut.

Zara Nafisa hanya duduk dan lihat saja persiapan majlis perkahwinannya. Semua persiapan sudah diaturkan Puan Sri Aisyah sepenuhnya. Zara hanya menunggu untuk diijabkabulkan saja minggu hadapan.

Untung dapat ibu angkat yang penyayang dan prihatin padanya. Zara merenung ke luar tingkap.

Sejak pertemuan pertama hari itu wajah Carl Ayden masih lagi belum kelihatan sehingga ke hari ini. Kata Carl Amsyar, abangnya ada kerja yang perlu diselesaikan.

Secara jujurnya, Carl Ayden ni misteri sangat. Bila ditanya pada Puan Sri Aisyah dan Tuan Carl Asyraf, mereka cuba mengelak untuk menjawab nanti dia akan tahu sendiri.

Bukan dia suka mengambil tahu, tapi dia langsung tak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang Carl Ayden. Pekerjaan lelaki itu juga dia tak tahu.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu bilik melenyapkan lamunan Zara sekelip mata. Tanpa berlengah, dia menyarung tudung di kepala, aurat perlu dijaga.

Pintu bilik di buka dan muncul wajah kacak Carl Amsyar yang tersengih memandangnya. Lelaki itu selalu saja ceria.

"Ni dah kenapa kau tersengih-sengih ni Am? Buang tebiat ke apa?" soal Zara dengan muka berkerut.

Carl Amsyar tak membalas soalan Zara, sebaliknya dia menekan-nekan skrin telefon bimbitnya sebelum skrin tersebut ditunjukkan pada Zara.

Zara melihat skrin tersebut dengan teliti. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Carl Amsyar pula sudah tersipu-sipu yang dibuat-buat.

"Kau tahu benda favourite dia? Tak kira lah apa-apa pun." tanya Zara lagi.

Carl Amsyar yang sudah pun melabuhkan punggung di kerusi kecil yang berada di meja bersebelahan dengan katil bersaiz king milik Zara menggaru-garu tengkuknya yang tak gatal.

Segan sebenarnya.

"Yang aku tahu, dia suka sangat dengan ---- dress. Ah! yang tulah tak silap aku." jawab Carl Amsyar sambil mengangguk-anggukan kepala.

Zara menjongketkan sebelah keningnya pada Carl Amsyar, dah tahu tapi masih nak tanya dia kenapa?

"Kau tahu dia suka dress? Apa susah, kau pergilah beli. Tu pun nak tanya aku ke?" ujar Zara pelik.

Keluhan kasar terlepas dari bibir Carl Amsyar. Dia nak minta tolong Zara sebenarnya, lagipun Zara mesti pandai kalau berkaitan dengan hal macam ni.

"Kau tolong lah aku. Aku tahu lah dress tu macam mana. Tapi, kau kan perempuan of course kau pandai nak pilih mana yang paling cantik. Boleh lah... " pinta Carl Amsyar dengan suara yang meleret, memujuk Zara dengan muka penuh berharap.

Zara tersenyum nakal. Wajah Carl Amsyar dipandang. Nampak beria benar nak bagi hadiah pada kekasih hatinya sempena hari lahir perempuan tersebut.

"Kalau aku tolong kau, apa aku dapat?" duga Zara sambil tersenyum senget.

Carl Amsyar mengecilkan matanya memandang Zara yang sedang tersenyum mengejek padanya.

"Kau ni, tu pun nak berkira. Tak ikhlas! Okay-okay,aku belanja kau makan. Puas?" ujar Carl Amsyar dengan nada menyampah.

Zara tergelak kecil. Suka tengok muka tak puas hati Carl Amsyar. Sebelum ni asyik lelaki tu je kenakan dia, apa salah kalau dia balas sekali sekala kan?

"Okay, jom." tersengih dia memandang Carl Amsyar .

Langkah kaki di atur menuju ke pintu bilik yang terbuka luas itu, Carl Amsyar terus saja keluar dengan perasaan lega.

Zara menekan butang lif untuk ke tingkat bawah, ruang tamu. Selepas pintu lif terbuka terus saja dia keluar dan menuju ke arah sofa di ruang tamu. Tunggu putera raja turun, Carl Amsyar.

Sementara menunggu Carl Amsyar turun, dia mengambil keputusan untuk bermain dengan telefon bimbitnya.

"Jom!"

Zara mendongak kepala saat suara seseorang menegurnya. Carl Amsyar tersengih kecil. Zara menganggukkan kepala sebelum bangun dan mengikuti Carl Amsyar daripada belakang.

Tapi tanpa Zara tahu, Carl Ayden memerhati setiap gerak-gerinya.

×××××

Di dalam sebuah bilik, duduknya Carl Ayden yang sedang bersandar di kerusi beroda yang didudukinya bertentangan dengan meja yang diatasnya terdapat pelbagai jenis fail dan juga dokumen yang lain.

Manakala, setiausaha perempuan di sebelahnya sibuk bercakap dengan klien yang terpaksa dibatalkan perjumpaan mereka hari itu.

"Young Master, anything else you need before I leave?" soal perempuan tersebut dengan suara seriusnya.

"No. You're dismissed, thank you."

Carl Ayden terpaksa membatalkan semua temujanji yang dibuat atas arahan mamanya yang tidak membenarkan dia bekerja memandangkan hari perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Seketika tadi, dia diberitahu oleh orang kanannya bahawa Carl Amsyar dan juga bakal isterinya baru saja pulang ke rumah.

Setelah setiausahanya berlalu pergi, Carl Ayden mengambil telefon bimbitnya sebelum nombor Carl Amsyar didail.

"Kau nak apa? Kalau pasal Zara, kau jangan risau, dia dah selamat dalam bilik dia."

Belum sempat Carl Ayden bersuara, pantas saja suara Carl Amsyar memotong sekaligus memberitahu apa yang ingin ditanya olehnya.

Tawa halus terkeluar di bibir, Carl Amsyar seakan tahu saja apa yang berada dalam fikirannya. Kepala digeleng kecil.

"Baguslah. Aku tak nak nanti kau susahkan bini aku." sengaja dia berkata begitu, mahu mendengar balasan daripada adiknya.

"Apa kau cakap? Bini? Bakal bini, dia tu bukan sah jadi milik kau lagi. Kang aku suruh mamat lain usha dia, baru kau tahu."

Entah mengapa, mendengar apa yang dikatakan Carl Amsyar membuatnya tidak senang duduk, gigi diketap rapat.

Kalau sebelum ini dia tidak kisah jika gadis yang bakal menjadi isterinya nanti sudah mempunyai kekasih hati.

Tetapi, sekarang Zara sudah bersetuju untuk menjadi miliknya, dan dia tidak akan benarkan mana-mana lelaki merampas gadis itu darinya.

"Fuck off, you piece of shit."

Terus panggilan dimatikan setelah cacian diberikan pada adiknya yang hanya membalas dengan mentertawakannya.

Wajah diraup perlahan, Zara Nafisa benar-benar membuat hatinya terusik.

Perbuatannya ingin mengetahui kemana saja Zara pergi bukan dilakukan tanpa alasan. Ianya mempunyai sebab tertentu.

Jika difikirkan kembali, dia tidak mahu untuk masuk ke alam perkahwinan tapi sampai bila dia harus menolak permintaan ibu bapanya?

Walaupun Zara bakal dinikahi tanpa rasa cinta, tak semestinya dia akan mengabaikan gadis itu. Mungkin sekarang belum ada apa-apa perasaan, tapi dia tidak tahu hari esoknya bagaimana.

"Zara Nafisa. Hm, nama pun dah cantik."gumamnya perlahan.

[#] DONE.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now