🌹 - 38

77.2K 3K 162
                                    

Carl Ayden terpinga-pinga bila isterinya seakan mahu mengelak darinya. Raut wajah cik isteri juga bukan main serius. Sekarang, suara manja dan lunak Zara tak terkeluar langsung.

Puan Sri Aisyah dan Tuan Carl Asyraf tenang menjamu selera pada tengahari itu. Suasana di meja makan hening seketika.

Mereka berdua awal-awal lagi dah tahu kenapa Zara diam saja. Saja nak tengok reaksi Carl Ayden.

"Zara naik dulu mama, papa." pamit Zara seraya bangun daripada kerusi.

Wajah encik suami juga tak dipandang, terus dia berlalu pergi meninggalkan ruang makan dan naik ke atas. Tak terniat nak buat macam tu pada encik suami tapi itu lah, dia merajuk.

Terhenti suapan dimulut Carl Ayden, masih tak faham kenapa isterinya begitu. Dia ada buat salah ke macam mana? Mama dan papa pun sama macam Zara, tak bersuara.

"Que esta mal?" (what's wrong)

Tuan Carl Asyraf mendongak sedikit memandang wajah tertanya-tanya anak sulungnya itu, kesal dia dengan sikap Carl Ayden yang langsung tak berubah. Asal tertekan pasti arak yang diteguk.

Bukan hari ini saja, dah masak dengan perangai Carl Ayden yang satu itu. Ni mesti Zara belum tahu Carl Ayden memang minum minuman keras, boleh jadi perempuan itu begitu sikapnya.

"Nothing. Ask yourself what you did yesterday." suara ditekan seraya merenung tajam Carl Ayden yang kehairanan itu.

Wajah Puan Sri Aisyah dipandang, mamanya hanya menjeling tajam padanya. Semalam? Apa kena dengan semalam? Seingat dia, dia cuma terlebih minum je.

Sesaat, bibir diketap kuat. Dia mabuk semalam! Semestinya Zara terkejut sebab sebelum ni dia minum pun tak sampai mabuk. Mesti Zara marahkan dia. Damn!

"You're drunk! Mana Zara tak marah nya? Pandai-pandailah kamu pujuk isteri kamu! Mama dan papa malas nak tolong! Pandai buat pandai tanggung!" marah mamanya dengan mata yang dijegilkan, geram.

Carl Ayden meraup kasar rambutnya. Betul tekaannya, isteri dia merajuk! Mama dan papa pun tak membantu langsung, membebel adalah!

"Shit!" carutnya perlahan tanpa menghiraukan jika dia terkurang adab dihadapan mama dan papanya.

Dia turut bangun meninggalkan ruang makan. Apalagi kalau bukan nak memujuk cik isteri. Bodoh! macam mana dia lupa yang cik isteri tak suka benda-benda macam tu. Argh!

Puan Sri Aisyah dan Tuan Carl Asyraf tersenyum sesama sendiri, nampaknya anak sulung mereka dah jatuh cinta! Sebelum ni nak pujuk perempuan memang tak pernah. Sekarang?

"Anak abang dah jatuh cinta dengan isteri dia. Tak sia-sia saya suruh Zara berlakon. Pandai tak saya bang?" tersengih Puan Sri Aisyah bila rancangannya berjalan lancar.

Tuan Carl Asyraf tergelak kecil, isterinya memang tak pernah tak kenakan anak-anaknya.

Mulanya dia pun terkejut bila isterinya berpakat dengan Zara, tapi bagus lah jugak sebab boleh tahu Carl Ayden tu ada perasaan ke tidak.

"Awak selalu aje kenakan budak-budak ni. Kalau Carl dah jatuh cinta, hmm, maknanya anak awak tu ada perasaan lah, kan? Pandai isteri abang, tapi sikit je lah."

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now