🌹- END

87.1K 3.6K 294
                                    

"Siapa abang sebenarnya?" soal Zara secara tiba-tiba.

Tika itu hanya mereka berdua saja, tiada gangguan. Dan itu waktu yang sesuai untuk Zara menanyakan soalan yang berlegar dikepalanya.

Carl Ayden tersenyum, mata tak dialihkan dari melihat gelagat anak-anaknya yang sedang bermain di dalam kolam renang tingkat tiga rumah mereka.

"Abang suami sayang lah." nada Carl Ayden berbaur gurauan menjawab pertanyaan isterinya.

Zara mencebik, jus oren yang dihantar Nini disisip perlahan sebelum memandang wajah tenang suaminya yang sedang tersenyum itu.

Carl Que Alexander dan Carl Hans Mikael sudah berusia empat tahun dan selama itu juga mereka berdua tak pernah bermesra cuma sekala sekala saja.

Carl Que Alexander sebiji macam Carl Ayden, bengis dan dingin manakala si adik pula jenis tak kisah, santai dan juga terkadang manja.

"Betul-betul lah, ish!" peha encik suami dicubit manja.

Carl Ayden tersengih kecil. Rasanya sekarang masa yang sesuai untuk dia beritahu perkara sebenar tentang dirinya yang sebenar.

Mungkin cik isteri fikir dia pembunuh kejam dan juga kaki suap supaya kegiatannya tak terbongkar.

Tapi hakikatnya ia tak sama sekali seperti itu. Ianya jauh lebih daripada perkara tersebut, dan kesannya begitu mendalam.

"Sayang rasa, siapa abang?" dikerling cik isteri di sebelahnya.

Zara mengeluh halus, kalau dia cakap mesti suami dia terasa nanti. Tapi dah encik suami tanya, kena jujur juga. Jujur itu kan menyakitkan?

"Pembunuh? Maaf kalau buat abang terasa tapi itu yang saya rasa siapa abang" laju Zara berkata-kata dengan wajah serba-salah.

Carl Ayden tersenyum sinis. Wajahnya yang tadinya tenang kini bertukar mendung.

Tanpa sebarang kata, kepala dibaringkan pada peha cik isteri sambil memejam mata rapat.

"Abang bukan pembunuh , abang tak kejam tapi sebab dia, abang jadi macam ni. Abang bukan apa yang sayang nampak sebelum ni. Semua tu berubah bila dia yang mula dulu. Sayang nak tahu satu rahsia tak?"

Zara menunduk merenung encik suami, rambut lembut suaminya diusap perlahan. Berkerut wajahnya mendengarkan apa yang dikatakan suaminya.

"Siapa dia tu, abang? Rahsia? Abang ada rahsiakan sesuatu ke dengan saya?" soalnya sedikit sebanyak dengan perasaan hairan dan ingin tahu.

Carl Ayden tersenyum hambar, nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan.

Dia tak mahu jatuhkan airmata di depan cik isteri kerana terpaksa membuka kisah lama yang rapi disimpan sehingga dendamnya terbalas.

"Abang tak pernah rahsiakan apa-apa pun dekat sayang. Sebenarnya, rahsia ni mama dan papa pun rahsiakan dari sayang sebab tak nak sayang rasa sayang ni cuma untuk dipergunakan."

Bertaut kening Zara, maksud suaminya tak jelas. Ada kena-mengena dengan dia ke sampai mama dan papa pun rahsiakan?

"Maksud abang, selama ni sayang cuma dipergunakan keluarga abang? Macam tu? Apa salah sa-" terhenti kata-kata Zara bila jari telunjuk encik suami ditekapkan pada bibirnya supaya diam.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now