🌹 - 46

67K 2.8K 20
                                    


BANG!

BANG!

Shay melepaskan tembakan pada konco-konco Haris yang berlari keluar daripada tingkat dua rumah tersebut.

Peluru dikelurkan daripada poket seluarnya lalu pantas dimasukkan ke dalam pistol.

"60 seconds Carl! Hurry!" laung Shay penuh cemas.

Ditingkat bawah rumah pula Fazz menumbuk lelaki yang tak sempat untuk menembaknya hingga jatuh terduduk, lalu dengan pantas dia menerkam ke arah lelaki itu.

Pisau rambo ditusuk pada perut lelaki tersebut bertubi-tubi.

Zull mengeluarkan busur panah lalu anak panah dilepaskan berkali-kali apabila susuk tubuh konco-konco Haris sedang bergelut untuk menyerangnya dari arah kiri dan kanannya.

"Diego! Cari lagi dekat ruang tamu. Bunuh semua sekali!"

Laju Diego bergerak ke arah ruang tamu dengan menyilang beg yang mengandungi berpuluh-puluh bilah pisau serta anak panah di dalamnya.

Zull mengintip anak buah Haris yang sedang mencari sasaran itu secara senyap dan belakang badan lelaki itu ditendang sekuat hati hingga tersembam diatas lantai.

"Mati kau sial!"

××××

"ABANG!"

Carl Ayden tersentak mendengar jeritan yang menyebut namanya. Itu suara isteri dia!

Laju dia melangkah ke arah salah satu lorong kecil sebelum nafasnya seakan tersekat bila terpandangkan isterinya yang terbaring lemah sambil menangis teresak-esak itu.

"Zara! Maafkan abang. Maafkan abang." bisiknya penuh emosi dengan mata yang berkaca-kaca.

Dia berlari mendapatkan tubuh isterinya, jeritan Shay yang memberi amaran padanya sempat didengar. Tubuh Zara yang lembik itu dipeluk erat.

"Zara takut.." rengekan ketakutan Zara membuatkan hati Carl Ayden bagai dicarik-carik.

Carl Ayden terus mencempung tubuh Zara penuh berhati-hati.

Airmata lelakinya yang gugur dihadapan isterinya tak dipedulikan, yang penting dia bahagia dan bersyukur isterinya berada depan matanya sekarang.

"Shhh, abang bawak Zara balik." pujuknya lembut seraya mengucup pantas dahi isterinya.

"45 seconds Carl!"

Jeritan Shay membuatkan Carl Ayden bertindak lebih pantas. Dalam keadaan berlari anak tubuh isterinya dicempung untuk keluar daripada bilik tersebut.

Sesekali tedengar isterinya mengaduh sakit tapi dia terpaksa kerana kesuntukan masa.

"Shay, now!"

××××

Samuel memberhentikan kereta secara mengejut betul-betul dibahagian belakang rumah Haris.

Tak dihiraukan lalang-lalang yang tinggi itu mencalarkan kereta yang dipandunya. Semak-samun itu diredah begitu saja.

Dia keluar daripada perut keteta lalu bergerak ke bahagian belakang, pintu kereta dibahagian belakang itu dibuka seluas-luasnya dengan kasar lalu tangga besi diambil.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now