🌹 - 33

79.3K 3.1K 26
                                    


Felix sedaya upaya cuba menekan butang untuk menutup ruang antara tempat pemandu dan penumpang di belakang dengan tubuh yang lemah, isteri majikannya lagi penting tika itu. Dia tak kisah jika sesuatu berlaku padanya.

Tapi bukan Zara. Itu arahan yang selalu dipesan pada mereka oleh Carl Ayden supaya memastikan isterinya berada dalam keadaan selamat.

Nampaknya hari ini dia tidak mampu untuk lakukan hal itu.

BANG!

Belum sempat jarinya yang terketar-ketar itu menekan butang tersebut, tangannya ditembak oleh lelaki itu.

Felix mengerang sakit, tambah lagi kaca cermin kereta yang terkena pada dahinya. Wajahnya berlumuran dengan darah merah pekat.

Lelaki itu memasukkan beberapa butir peluru di dalam pistol sambil memerhati Zara yang sudah tak bermaya di tempat duduk belakang. Pistol diselit pada poket jaket kulit yang dipakainya.

Sebilah pisau yang berkilat dan tajam dikeluarkan; dimana pisau tersebut diselitkan pada tepi kasut yang dipakainya itu.

Tubuh pemandu tersebut dihampirinya hingga dia berada dihadapan wajah yang dipenuhi darah itu.

"Kirim salam dekat Tuan Muda kau."

ZAP!

Serentak itu dada Felix ditikam bertubi-tubi tanpa menghiraukan erangan lelaki tersebut.

Darah tersembur keluar daripada mulut Felix dengan mata terbeliak apabila nafasnya tersekat di kerongkong sebelum Felix menghembus nafas terakhir.

Dalam pada masa yang sama, muncul sebuah kereta Ferarri bewarna merah berhenti betul-betul dihadapan lelaki itu.

Keluar seorang lelaki yang meletakkan kacamata di batang hidung, lalu dia melangkah ke arah lelaki yang diupahnya.

Senyuman sinis terlakar dibibir saat melihat pemandu kereta tersebut sudah tak bernyawa.

Mata dikerling pula ke arah Zara yang berada di belakang, makin melebar senyumannya. Berpuas hati dengan kerja yang dilakukan lelaki tersebut.

"Pergi dari sini, sekarang. Kerja kau dah habis."

Lelaki itu segera berlalu ke arah motorsikalnya, enjin dihidupkan sebelum memecut laju meninggalkan tempat tersebut setelah mendapat habuan seperti yang telah mereka bincangkan.

Manakala, lelaki yang berbaju biru tua itu melangkah menghampiri tempat duduk belakang.

Pintu kereta dibuka dan dia menjenguk sedikit kepala ke dalam, dilihatnya Zara yang lemah dan tak bermaya itu.

Dahi Zara yang terdapat kesan luka kecil disentuhnya lembut lalu tubuh Zara dicempungnya keluar daripada kereta tersebut.

Pun begitu, Zara masih lagi sedar dengan apa yang berlaku, tapi tubuhnya saja yang sukar untuk digerakkan.

"Le-paslah!"

Walaupun dalam keadaan begitu, Zara tetap meronta supaya dilepaskan. Wajah lelaki yang mencempungnya samar-samar kelihatan.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now