🌹 - 26

88.2K 3.5K 229
                                    

Carl Ayden melangkah ke arah sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Siapa lagi kalau bukan bodyguard nya.

Samuel dan Diego mengiringi Carl Ayden, mata tetap meliar di sekeliling kawasan. Berjaga-jaga. Musuh ada di mana-mana saja.

Orang sekeliling yang memerhati mereka dengan pandangan hairan dan gerun tak dipedulikan. Gerun kerana ditangan masing-masing erat memegang pistol.

Ada juga mata-mata yang terpegun dan teruja memandang Carl Ayden yang segak berpakaian, profesional. Cukup membuat gadis-gadis ternganga kecil.

Sayangnya, Carl Ayden langsung tak memandang mereka walaupun sebelah mata. Cuma Zara Nafisa saja yang berada di hatinya. Isteri dia.

"He preparado un avión privado para el, Joven Maestro

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"He preparado un avión privado para el, Joven Maestro."

Carl Ayden mengangguk kecil. Langkah kaki dibawa masuk ke dalam pesawat persendiriannya begitu juga dengan Samuel dan Diego.

Sebaik pesawat mula bergerak, kumpulan lelaki yang berpakaian serba hitam tadi terus menunduk hormat sebelum mereka berpecah menjalankan tugasan dan pesanan yang dititipkan oleh Carl Ayden.

Kemudahan yang serba lengkap dan mewah. Lantai yang bercorak, satu set sofa panjang dan televisyen yang disediakan di ruang tersebut.

 Lantai yang bercorak, satu set sofa panjang dan televisyen yang disediakan di ruang tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata terhala pada kaca tv tetapi fikirannya melayang memikirkan si isteri. Dia juga masih belum pasti sama ada mampu menjaga Zara Nafisa.

Walau apa yang terjadi, dia akan cuba menjaga isterinya sebaik mungkin walaupun terpaksa menggadai nyawanya sendiri. Selang beberapa minit, Carl Ayden tertidur.

Perjalanan dari Malaysia ke England mengambil masa beberapa jam untuk sampai. Samuel yang baru berniat ingin menanyakan apa-apa keperluan yang diinginkan Carl Ayden terus terbatal niatnya melihat Tuan Mudanya sedang tertidur.

Dia keluar dari ruang tersebut dan melangkah ke arah Diego yang sedang meneliti fail-fail dan jadual penting Carl Ayden sepanjang di England. Punggung dilabuhkan bersebelahan Diego.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now