🌹 - 44

65.4K 2.8K 129
                                    


T

engku Haris tersenyum puas apabila mendapat berita tentang kekecohan yang berlaku oleh ahli keluarga Tuan Carl Asyraf tentang penculikan Zara Nafisa.

Puas hati dia dapat membuatkan Carl Ayden terseksa, memang mereka tak akan menjumpai Zara Nafisa.

Dia dah kata Zara Nafisa akan jadi milik dia.

Memang dia yang mengupah orang untuk menculik Zara kerana dia tahu Carl Ayden akan terleka di majlis perkahwinan rakan-rakannya dan peluang itu digunakan sebaik mungkin.

Sekarang, pemandangan di malam hari dengan cahaya lampu menerangi kota raya Paris itu membuktikan bahawa Zara akan menjadi miliknya.

Masuk hari ini sudah dua hari dia mengurung Zara tanpa menjenguk perempuan itu.

"Aku sanggup seksa Zara sekalipun asalkan aku puas tengok kau menderita Tuan Muda!" bisiknya keras dengan menekankan perkataan 'Tuan Muda' itu.

Seketika, dia teringat kembali bagaimana dia menculik Zara Nafisa dan dilarikan ke kota Paris tempoh hari.

Semuanya begitu mudah.

"Bagus! Aku dah ada dekat sini. Jangan lambat!" tuturnya tegas pada pemanggil disebelah talian.

Haris menyimpan telefon bimbitnya seraya tersenyum sinis. Tika ini dia menunggu orang upahan yang diupah untuk menculik Zara membawa perempuan itu padanya.

Dia menunggu di dalam helikopter peribadi miliknya, dan dia akan membawa Zara jauh daripada sini kerana dia tahu di Malaysia bukan lah tempat yang sesuai untuk menyorok Zara, suami tak guna Zara memang licik dan cekap.

Seketika, sebuah van hitam berhenti beberapa meter daripada helikopter dan mencempung tubuh Zara yang terkulai itu lalu menghampiri Haris.

"Duit kau mintak dengan anak buah aku. Kerja kau selesai dekat sini. Kalau Carl Ayden tahu, aku bunuh kau. Blah!"

Haris mencempung Zara dan bergerak masuk ke dalam helikopter tersebut. Tanpa menunggu lama, helikopter tersebut perlahan-lahan bergerak ke udara.

"Zara Nafisa. You'll be mine."

Terus dia melangkah menuju ke arah bilik dimana Zara Nafisa dikurung.

Mendengar aduan anak buah yang menjaga Zara, perempuan itu tak henti-henti menangis. Tak apa, dia puas sekarang.


Zara mengundur ke belakang bila terlihat susuk tubuh lelaki yang makin buat dia meluat dan benci dengan sepenuh hatinya.

Tengku Haris.

Dia tak pasti apa yang lelaki itu inginkan darinya. Sudah dua kali dia diculik oleh lelaki yang sama.

Hatinya tak pernah tak berharap supaya suaminya datang untuk selamatkan dia.

"Nak makan sayang? Biar aku suap kau okay? Tangan kau kan kena ikat, mana boleh makan sendiri." senyuman nipis dipamerkan pada Zara.

"Saya tak nak makan. Saya dah kenyang."

Haris tergelak kecil, dia tahu Zara takut dan benci dengan dirinya tapi dia tak peduli.

Haris duduk mencangkung di depan Zara lalu bungkusan plastik makanan dihulurkan pada perempuan itu.

"See? Aku dah cakap kan, kau tak boleh jugak ambil makanan ni. Biar aku suap tau. Tak kesian ke dekat anak jantan celaka tu?" ejek Haris sambil tersenyum sinis.

Zara mengetap kuat giginya, sakit hati bila Haris menghina suaminya.

Tak dihiraukan Haris yang sedang merenungnya malah anak mata dilarikan ke arah lain daripada menatap lelaki tak siuman itu.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now