🌹 - 32

80.6K 3K 20
                                    


Sejak hari dimana Carl Ayden memulakan aktiviti hukumannya pada Jack dan yang lain, Zara mogok dengannya.

Bercakap bila perlu, bila suaminya bertanya sepatah yang dijawab. Walaupun begitu, layanannya pada Carl Ayden tetap lembut dan sopan.

"Zara Nafisa!"

Carl Ayden mengeluh kasar, isterinya yang sedang menghidu bau bunga di halaman belakang rumah dihampiri.

Kusut dibuatnya bila perangai Zara lain daripada hari biasa. Tak banyak cakap, tak kuat membebel, tak nakal-nakal dengan dia. Semua tu cukup buat Carl Ayden tak puas hati.

Disebabkan kes tempoh hari dimana dia menghukum Shay dengan menyuruh perempuan itu bersaing dengan Fazz; bertumbuk.

Itu je pun, bukan dia suruh Shay buat maksiat.

Zara sedikit terperanjat bila ditegur suaminya lalu badan dipusing ke belakang menghadap wajah kusut dan tegang encik suami.

Dia mengaku yang dia sedikit terkilan dengan sikap Carl Ayden, lagi-lagi bila teringat Shay yang dihukum hari itu. Shay tu kan perempuan.

"Saya nak naik atas, nak mandi." lantas dia berjalan ke arah pintu belakang. Malas nak tengok muka encik suami!

Baru kakinya ingin melangkah masuk ke dalam rumah, lengannya direntap lembut dari belakang sehingga terpusing Zara dibuatnya.

Betul-betul wajahnya berada di dada encik suami.

Carl Ayden merenung wajah kelat isterinya yang tak langsung menatap wajahnya itu. Perempuan kalau merajuk, semua benda tak kena.

"Kau nak marah aku ni dah kenapa?"

Terkedu seketika Zara, lengannya yang berada dalam genggaman encik suami cuba dilepaskan.

Jelas terpancar riak menyampah dan tak puas hati Zara selama beberapa hari ini. Tertekan juga Carl Ayden melayannya.

"Tak ada masa saya nak marah awak. Lepas lah! Saya nak mandi ni!" tajam matanya merenung wajah encik suami.

Carl Ayden perlahan-lahan melepaskan lengan Zara dan pantas pinggang cik isteri dipeluk kemas hingga tiada ruang untuk Zara bergerak.

Dia tak akan benarkan Zara untuk mengelak dari bersua muka dengan dia kali ini.

"Tak? Okay, prove it." kening diangkat sebelah pada cik isteri. Mahu lihat reaksi Zara bagaimana.

Zara mengetap gigi kuat dan tanpa menghiraukan kata-kata encik suami, tangan yang melingkar dipinggangnya cuba dirungkaikan dengan muka berkerut.

Kuat betul tangan suaminya, Zara merengus geram.

"Nak prove it apa benda nya? Saya tak marah pun lah. Awak ni dah kenapa?"

Carl Ayden mengetap bibir, geram betul bila cik isteri sengaja buat dia naik angin. Tajam matanya merenung Zara sekaligus memberi amaran pada cik isteri.

Melihatkan renungan maut encik suami, Zara terpaksa mengalah. Bimbang jika singa mengamuk, suaminya bukan boleh dijangka.

Kalau dah datang aura bengis dia tu, mahu Zara balik rumah mamanya.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now