🌹 - 2

95.9K 4.8K 144
                                    

Tangannya digenggam erat. Hatinya berdebar-debar menanti kehadiran seseorang. Siapa lagi kalau bukan husband-to-be nya.

Ini kali pertama dia berpeluang nak tengok dengan mata kepalanya sendiri rupa bakal suaminya. Tidak tahu bagaimana dia mahu bersemuka dengan lelaki itu.

Puan Sri Aisyah tersengih memandang wajah gelisah anak angkatnya. Entah apa yang difikirkan Zara, dia pun tak tahu. Mungkin berdebar nak berdepan dengan bakal suaminya kot.

Tuan Carl Asyraf pula masih tekun dengan surat khabarnya. Biasalah, ahli perniagaan memang nak ambil tahu tentang perkembangan semasa.

Manakala, Carl Amsyar sedang bermain-main dengan telefon bimbitnya. Tak lain tak bukan, main game lah tu.

Mereka berkumpul sambil menantikan kehadiran Carl Ayden, yang semestinya selalu menyakitkan hati, liat betul nak balik rumah.

"Mama, Zara takut lah. Boleh tak kalau Zara tak jumpa dia? " soal Zara tiba-tiba.

Wajahnya juga jelas menunjukkan yang dia sedang risau. Rasa tak tenteram je hati. Wajah Puan Sri Aisyah dipandang dengan muka berkerut.

Apa yang mamanya senyumkan pun dia tak tahu, sedangkan hatinya berdetak kuat tika ini. Mungkin mamanya tengah bahagia, tapi dia macam nak pitam je rasa.

"Nak takut apa nya Zara? Dia pun manusia jugak. Lainlah kalau dia tu alien ke kalau Zara nak takut. Calm down,okay?" pujuk Puan Sri Aisyah lembut.

Zara menggigit bibir bawahnya kuat. Tuan Carl Asyraf hanya tersenyum tipis, tahu dengan perasaan takut Zara. Lagipun anaknya yang satu tu, muka macam nak bunuh orang pun ada.

Itu satu sikap Tuan Carl Asyraf, lebih suka berdiam diri. Serius dan juga tegas.

"Macam mana kalau dia nampak Zara then dia marah-marah Zara sebab dia tak suka dengan Zara? Ha? Zara tak nak lah mama." adu Zara dengan suara yang hampir-hampir ingin menangis.

Zara memang betul-betul takut, bukan dia mengada-ngada. Lagipun ini kali pertama dia ingin bertemu bakal suaminya.

Carl Amsyar tergelak saat mendengar suara Zara yang seakan ingin menangis ditambah lagi mukanya pula dah memerah. Takut sangat tu.

"Kau tau tak Zara? Dia kalau tak suka dekat orang tu kan, memang dia mengamuk lah. Bukan mengamuk biasa-biasa je, takut dia terkam kau je nanti." sakat Carl Amsyar berpura-pura serius.

Zara yang mendengar kata-kata Carl Amsyar terus membuntang mata nya. Semakin hebat jantungnya berdegup. Matanya mula bergenang dengan airmata.

"B-betul ke mama, papa? Jangan lah buat Zara macam ni. Zara takut lah. " tutur Zara dengan suara sedikit serak.

Puan Sri Aisyah menjegilkan mata pada Carl Amsyar yang sedang menahan ketawanya. Begitu juga Tuan Carl Asyraf yang merenungnya tajam. Memberi amaran pada Carl Amsyar.

Anak bongsunya itu memang suka mengusik Zara, maklumlah Carl Amsyar tiada adik perempuan jadi bila adanya Zara, memang itu yang menjadi hobinya.

"Mana ada lah Zara. Amsyar bergurau je tu. Takkan kamu tak tahu lagi perangai dia tu macam mana? Suka sangat menyakat orang." lembut kata-kata Puan Sri Aisyah sambil menjeling tajam Carl Amsyar. Memberi amaran.

Zara yang berasa tertipu memandang tajam ke arah Carl Amsyar yang sedang tersengih macam kerang busuk dan terus dia memukul badan Carl Amsyar yang berada di sebelahnya dengan bantal kecil bertubi-tubi.

Carl Amsyar ketawa geli hati sambil menahan muka nya dengan kedua belah tangan daripada dipukul Zara.

Puan Sri Aisyah dan Tuan Carl Asyraf tergelak kecil. Terhibur sebentar melihat kemesraan antara Zara dan Carl Amsyar. Sebiji macam adik-beradik.

ZARA : BIDADARI TERAKHIR  |✔|Where stories live. Discover now