2.

35.4K 1.1K 104
                                    

"WARDAH!"

"Wardah Arinna!"

"Hoi perempuan!"

Terpisat-pisat Wardah tersedar dari lenanya. Dia menggosok matanya lalu bangkit dari baringnya apabila terdengar suara garau yang memekik nama penuhnya. Dia tertidur diatas sejadah sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Seluruh anggota badannya terasa lenguh.

Mesti Aiden dan balik ni. Desis hatinya.

Telekung yang masih tersarung ditubuhnya terus dibuka. Dengan langkah berhati-hati dia meletakkan Al-Quran ditempat asalnya. Kemudian, dia terus berlalu keluar dari dalam bilik.

"Ya, tuan" Terdapat getaran dalam nada suaranya. Dirinya menjadi tidak keruan apabila matanya tertancap pada tali pinggang yang digenggam oleh Aiden.

Bibirnya diketap lalu mengalihkan pandangannya kearah perempuan yang berpakaian macam tak cukup kain di sebelah Aiden. Perempuan itu melontarkan pandangan sinis untuknya.

Wardah menelan liurnya yang terasa kesat dikerongkongnya lalu menoleh ke wajah menyinga Aiden semula.

Nampaknya tali pinggang itu bakal menghentam tubuhnya sekali lagi.

"Kau pergi mana? Kenapa lama sangat nak menyahut panggilan aku? Rambut dah pendek pun still pekak lagi! Kau ni memang sengaja nak naikkan darah aku kan?" Ujar Aiden perlahan dalam nada yang tertahan-tahan.

Lengan Wardah dicengkam oleh Aiden kemudian diheretnya Wardah masuk kedalam biliknya. Wardah mendesis kesakitan apabila lukanya yang hampir kering itu terasa berdarah kembali.

"Tuan, saya mintak maaf. Saya tertidur tadi tuan" Dia menunduk kebawah. Tidak mempunyai keberanian untuk bertentang mata dengan si suami.

"Tuan, saya betul-betul tak sengaja. Saya,"

"Diam! Kau memang cari nahas dengan aku!" Terhinjut bahu Wardah apabila mendengar herdikan Aiden. Tubuhnya dihempas keatas katil dengan kasar kemudian tali pinggang itu dilibas, tepat mengena dibelakang badan Wardah.

Rasa perit itu terus menjalar diseluruh badan Wardah.

"Kalau aku panggil, jangan pekak!" Tali pinggang itu dihayun tinggi lalu dilibas dibelakang badan Wardah.

"Kalau aku tengah bercakap, pandang muka aku!" Zapp! Sekali lagi tali pinggang itu dilibas dibelakang badan isterinya.

"Kau tu betina aku! Hak milik aku!" Dilibas tali pinggang itu lagi dan lagi.

"Kau memang layak jadi hamba aku!" Amarah Aiden semakin memuncak sehingga dia tidak sedar apa yang dia katakan itu.

"Adik dengan abang, dua-dua menyusahkan aku! Bodoh" Hancur berderai hati Wardah.

Abang, tolong adik...

Adik tak kuat dah abang...

Rintihnya didalam hati. Berharap agar abangnya mendengar setiap bait rintihannya walau dimana lelaki itu berada.

Wardah menggigit bibirnya dengan kuat agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Air mata tidak usah dikata, dari tadi mengalir je.

"Baby, sudah lah tu. Daripada you libas perempuan ni, baik you layan I"

Ilya masuk kedalam bilik itu kemudian dengan selambanya menahan tangan Aiden yang mahu melibas Wardah lagi.

Aiden membaling tali pinggangnya ke lantai dan terus mencumbui Ilya dengan rakus.

Wardah memejamkan matanya dengan rapat. Dia tidak kuat untuk melihat adengan panas suaminya dengan perempuan lain. Hatinya bagai dirobek-robek kasar. Dia bangun lalu membetulkan bajunya. Dengan suara tergagap-gagap menahan kesakitan, dia segera meminta diri.

Wardah Arinna ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя