40

17.2K 394 4
                                    

"Abang.." Panggil Wardah kemudian menempel manja disebelah Aiden yang sedang membuat kerja itu.

Sudah seminggu mereka pulang dari Sabah dan dalam seminggu itu jugak perangai Wardah semakin tidak menentu. Sekejap marah, sekejap cengeng. Naik pening Aiden layan kerenah Wardah. Tetapi dia faham, perangai bini dia macam ni disebabkan Wardah berbadan dua sekarang ini.

"Iya sayang" Aiden mengambil jari jemari wardah lalu diletakkan diatas pahanya.

"Jom keluar?" Cuti-cuti macam ni Aiden mahu meluangkan masa dirumah sahaja memandangkan kerjanya semakin bertimbun apabila ada satu lagi projek baru yang perlu diuruskannya sebaik sahaja pulang dari berbulan madu.

"Abang busy lah sayang..next time okay?" Jawabnya sambil menaip sesuatu di macbook. Matanya tidak lepas memandang kaca screen macbook itu. Kadang kala dahinya berkerut kecil.

"Alaaa! Wardah bosan lah! Wardah nak pergi cafe abang tak bagi!" Lantas itu Wardah terus memeluk tubuh dan menarik muncung panjang. Aiden mengeluh panjang sambil menyerabaikan rambutnya.

Sungguh jelas yang dia sedang bersabar dengan perangai Wardah sekarang ni. Dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri untuk tidak menyakiti hati mahupun fizikal isterinya itu.

"Please, not now sayang..abang betul-betul busy right now" Tangan Aiden naik untuk menyentuh rambut isterinya namun ditepis Wardah.

Selamba sahaja Wardah mendaki tangga untuk kebiliknya tanpa rasa bersalah. Hati jantannya sedikit terusik dengan perlakuan isterinya namun cepat-cepat dia beristighfar.

Fikirnya nanti-nanti jelah dia pujuk buah hati kesayangan dia tu kerana banyak kerja yang akan tertangguh. Lagipun cara dia nak pujuk nanti akan memakan masa dengan aktiviti diatas katil.

——

Wardah melabuhkan punggungnya dengan kasar diatas katil. Perutnya sudah berbentuk itu diusap penuh kasih sayang.

"hailaa anak mama..papa busy sangat tu sampai tak pedulikan kita" Bicaranya sendiri seolah-seolah bayi didalam kandungan itu faham akan kata-katanya.

Ting!

Telefonnya yang terletak diatas meja solek berbunyi tanda ada messages masuk. Segera telefon itu diambil lalu messages tersebut dibacanya.

From:011++++++++

'Soon and you'll died'

Jantungnya mula berubah rentak menjadi laju. Messages tersebut dibaca berulang kali sehingga dia rasa bulu roma dia sudah menegak keatas. Cepat-cepat dia menekan butang delete conversation serta nombor itu juga diblock.

Siapa pulak yang berani-berani ugut aku ni? Desis hatinya.

"No matter what, mama tetap akan jaga baby baik-baik!" Itu tekadnya. Dia tidak mahu membuat kecuaian sekali lagi.

Lebih baik dia mengambil wudhuk bagi menenangkan hatinya kemudian membaca Al-Quran.

——

"Mama! Papa! Tunggu Wardah!" Laung Wardah dari jauh. Dia melambai-lambaikan tangan kepada orang tuanya yang berada tidak jauh darinya. Dia meredah segala bunga-bunga yang menghalang laluannya untuk kesana. Taman luas yang dipenuhi dengan bunga-bungaan ini kelihatan sungguh indah dimatanya.

"Ma nak pergi mana? Pa? Wardah rindu sangat dekat mama dengan papa!" Wajah mamanya dipandang penuh kasih sayang.

"Kami pun rindu dengan kamu berdua" Kepala Wardah diusap lembut.

Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now