19.

20.4K 645 27
                                    

"SAYANG, kalau bosan-bosan kat rumah pergi lah kafe tu. Dorang pun dah excited nak jumpa Puan baru dorang" Berkerut dahi Wardah mendengar ayat 'Puan baru' itu.

Disebabkan Wardah sudah melepasi waktu-waktu pantangnya, Aiden tiba-tiba teringat tentang kafe. Maksu sekeluarga juga sudah pulang ke Kelantan semula. Uwais pula katanya mahu mencari ketenangan di Negeri Sembilan.

Dia mahu kesemua stafnya berkenalan dengan isterinya. Lagipun dia sudah tidak mampu menguruskan kafe itu kerana dipejabat juga terlalu banyak kerja yang menimbun.

"Puan baru? Maksud abang?"

"Sayang lupa lah ni. Kafe tu kan abang dah tukar nama sayang. So, sayang pemilik kafe sekarang ni" Aiden mencuit hidung Wardah dan pipi gebu Wardah menjadi mangsa bibirnya.

Pipi yang dahulunya cengkung, kini semakin gebu itu dikucup berkali-kali sehingga Wardah berasa rimas.

"Gelilah abang! Dah lah tak shave!" Pipi Aiden ditolak lembut oleh Wardah.

"Tak ada siapa nak shave kan nak buat macam mana" Aiden menarik lembut lengan Wardah kemudian tali leher yang berwarna kelabu diletakkan diatas tapak tangan Wardah. Seperti selalu, Wardah jugalah yang tolong ikatkan tali leher Aiden setiap pagi.

"Abang ni, shave lah sendiri. Takkan itu pun Wardah nak buat. Lepastu takkan seluar dalam abang pun Wardah nak pakaikan?" Selamba sahaja dia berkata.

Selepas menyedari ketelanjurannya, Wardah terus menekup mulutnya. Matanya membulat melihat Aiden yang tengah buat senyum miang tu.

"Amboi, nakal eh sayang. Tunggu malam nanti" Aiden menyentuh kedua bahu Wardah dan wajahnya dirapatkan lagi ditepi telinga Wardah.

Dengan suara yang meleret dia berbisik sesuatu yang boleh meremangkan bulu roma isterinya.

"Jangan harap sayang dapat lari malam ni" Wajah Wardah dah membahang habis.

Apalah yang suami dia sedang merepek ni? Makin hari makin nakal. Nasib baik lah dia sayang.

"Mengarutlah abang ni!" Malas nak layan perangai miang Aiden, Wardah terus keluar dari bilik mereka dengan pipi yang dikembungkan.

"Sayang! Tunggulah!" Pintu bilik ditutup kemudian dia mengikuti Wardah dari belakang. Sampai je dekat meja makan dia terus mengambil tempat disebelah Wardah.

Mee goreng yang baru nak disuap masuk kedalam mulut Wardah terus dialihkan kemulut Aiden pulak. Tak tunggu lama, Aiden membuka mulut tanda mengalu-alukan mee goreng Wardah masuk dalam mulut dia.

"Abang, Wardah dah fikir masak-masak nak..." Setelah berberapa minit mereka berdiam diri melayan perasaan sendiri, Wardah mula membuka bicara. Ada sesuatu yang dia perlu selesaikan dengan Aiden.

"Nak apa sayang?" Wardah belum habis cakap, Aiden dah menyampuk dulu.

"Abang dah tahu kan yang Wardah tak boleh pregnant lagi lepas accident hari itu so Wardah ingat nak..." Belum sempat dia nak habiskan ayat, Aiden dah cantumkan bibir dia dengan bibir Wardah.

"Ab.." Aiden tekankan lagi bibir dia dekat bibir Wardah tanda dia suruh Wardah diam. Tak sanggup dia nak dengar apa yang keluar dari mulut Wardah. Minta-minta lah bukan apa yang dia fikir sekarang ni.

Kahwin lain..

Anak angkat..

Dan lain-lain..

Bukan dia tidak tahu apa yang berada difikiran isterinya itu sekarang. Tak kan dia nak kahwin lain sedangkan dia dah ada Wardah yang serba-serbi sempurna ni? Sopan lagi. Untung dia.

Cuma itulah dulu entah setan mana yang hasut dia sampai nak berdendam dengan Wardah hanya disebabkan kematian kakak dia.

"Mungkin, sayang. Mungkin" Dia tekankan perkataan mungkin itu untuk sedapkan hati Wardah dengan hati dia.

"Tapi.." Aiden menggeleng. Dia taknak dengar apa-apa dah. Muka yang ketat dia tayang. Mata dia tajam pandang Wardah yang mula menundukkan kepalanya.

Wardah tak tahu nak buat apa sekarang ni. Aiden tidak mahu dengar apa yang dia cakap. Tapi dia taknak Aiden berharap sangat yang dia boleh bagi Aiden anak. Dia takut, Aiden putus asa terhadap dirinya.

Come on? Rumahtangga mana yang tidak mahu dipenuhi dengan zuriat?

"Abang nak pergi office dah. Nanti kita lunch sama-sama dekat cafe. Abang dah suruh Zul dengan Yusuf hantar sayang"

Sebaik sahaja kereta Aiden selamat keluar dari kawasan rumah agam William, sebuah kereta berjenama Minicooper masuk lalu memberhentikan keretanya dikawasan parking kereta rumah agam William. Wardah yang tadinya baru nak masuk dalam rumah balik terus terbantut niat dia.

Seorang wanita, bertudung labuh dan berjubah longgar keluar dari kereta tersebut sambil menunduk.

"Ya, Cik cari siapa?" Wardah menyoal wanita yang dari tadi menunduk dihadapannya ini.

"Wardah dah tak kenal akak ke?" Atas bawah atas bawah Wardah perhati. Macam kenal suara serak basah ni, tapi siapa eh?

Wanita tadi mengangkat wajahnya dan Wardah terus membulatkan matanya. Apakah semua ini? Takkan dia masih bermimpi lagi kut? Mana ada orang mati hidup balik!

Kak..

KAK AIDEENA!!

Kakak kesayangan suami dia. But, how come dia boleh hidup balik ni?

"Kak Dee?" Sebaik sahaja wanita itu senyum manis, Wardah terus rebah tak sedarkan diri.




Wardah Arinna ✓Where stories live. Discover now