8.

31.1K 949 58
                                    

AIDEN mencapai bagasi kepunyaan dia dan Wardah kemudian dimasukkan kedalam bonet keretanya. Pagi ini dia dan Wardah akan bertolak ke Kuala Lumpur semula.

Mula-mula memang Wardah tidak rela, Uwais pun begitu. Berat hati dia nak lepaskan Wardah pergi tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa bila Tengku Suraya dah bersuara.

"Walau guano kejam pun Aiden ke Wardah, itu hal mereka laki bini. Selagi Aiden dok ceraikan Wardah, selagi tu mu dok buleh masuk campur"

Terngiang-ngiang suara maksu ditelinganya.

"Kami gerak dulu maksu.." Wardah dah mula mencebikkan bibirnya. Dia akan kembali dibawah neraka Aiden lagi.

Sedihnya nak tinggalkan abang! Hatinya meraung kesedihan.

"Abang...Wardah taknak ikut" Wardah memeluk Uwais dengan ketat sambil suaranya mendayu-dayu membisikkan kata-kata tersebut. Uwais pula tidak mampu membuat apa-apa.

Dia menarik senyum sayu, matanya sudah berkaca-kaca. Maafkan abang, adik. Bisiknya dalam hati.

"Nahh, it's okay. Be strong, abang tahu adik perempuan yang kuat. Don't worry abang selalu doakan adik dari jauh" Uwais mengusap belakang badan Wardah perlahan-lahan.

Pelukan dirungkaikan kemudian ibu jari Uwais naik menyeka air mata adiknya yang sudah membasahi pipi gebu ini.

"Dah, jangan nangis. Adik kuat!" Uwais memegang bahu adiknya. Matanya menatap mata adiknya yang berkaca-kaca.

"Wardah..." Tengku Suraya menyeru nama Wardah pula. Hasya hanya melihat adengan air mata tu dengan sayu.

Wardah mengalihkan pandangannya kearah Tengku Suraya kemudian dia lekas memeluk maksunya itu.

"Jago diri, jago maruah sebagai bini Aiden deh. Ingat, syurga seorang isteri dibowoh tapok kaki suami"

"Terima kasih maksu sebab tolong Wardah berubah. Kalau ada masa nanti Wardah datang lagi jenguk maksu" Tengku Suraya hanya senyum. Wardah menarik Hasya kedalam pelukannya pula.

"Nanti kirim salam dekat Raul ya, Hasya. Maaf tak sempat nak jumpa dia" Teringat pula Wardah kepada adik saudaranya yang seorang lagi itu akan pulang ke rumah pada hari ini. Fikirnya mahu berjumpa dahulu dengan Raul tetapi Aiden pula mahu pulang terlebih awal.

"Aiden, ingat ko gapo maksu royak" Laung Tengku Suraya kearah Aiden yang berada didalam kereta.

Lelaki itu membuat muka menyampah didalam kereta. Mindanya teringat pesan ataupun sesuai digelar ugutan maksu semalam.

"Macam ni lah, kalau you dok ubah cara layanan you ke Wardah, maksu dok kei teragak-agak nok ambil dia mula dari you. You'll never meet her again. Mark my words, Tengku Aiden William"

Ingat dia gelabah lah? Sikit pun dia tidak gentar akan ugutan wanita tua itu.

Setelah bersalam-salaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada Tengku Suraya, Hasya dan juga Uwais, kereta Aiden laju membelah jalan kampung ini.

Tangisan Wardah masih tidak boleh reda. Makin sedih adalah. Kepala disandarkan di tingkap kereta suaminya. Pandangannya terhala kearah jalan raya yang sibuk.

"Dah dah lah tu nangis. Cengeng betul lah! Aku nak bawak kau balik rumah je, bukan nak bawak kau pergi neraka betul-betul pun" Sakit telinga dia mendengar esakan Wardah. Bebola matanya digulingkan.

"Memang nak pergi neraka pun. Dia tu iblis, tak sedar diri!" Wardah menggumam kecil dalam tangisan. Biarpun dia bercakap perlahan, tetapi telinga Aiden cekap menangkap setiap patah kata yang keluar dari mulut Wardah.

Wardah Arinna ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum